Apa Kejadahnya Nu Rave?

Posted on Sunday, August 19th, 2007 at 22:27

Untuk abang-abang dan akak-akak (yang kemungkinan besar lebih muda daripada aku pun) yang sedang duduk di kubikel kecil di pejabat, penuh dengan gambar anak-beranak, bangga dengan kejayaan membeli sebuah Proton Waja, hasil penat-lelah pembelajaran di IPTA tempatan (dan mungkin Missouri atau Kentucky) dengan pinjaman agensi kerajaan, mungkin banyak perkara yang aku fikirkan biasa agak asing untuk kamu semua.

Engkaulah, cik abang yang menggoogle ‘skandal bikini fazura’ dan engkaulah, akak yang sedang membaca syokkahwin.com!

Yang kau tahu, kalau berambut panjang, rock. Kalau botak, punk. Kalau hitam, death metal.

Seperti mana kau obsessif tentang drive shaft Mitsubishi atau spot kuih raya paling power di Jalan Masjid India, seperti itu lah kami men-generalisasi-kan kamu semua. (Bahasa Melayu amat mudah, cuma pinjam dari Bahasa Inggeris sahaja, bukan?)

Hidup men-generalisasi-kan satu sama lain.

Mungkin itu fungsi blog ini, memberikan kamu semua tingkap kecil untuk menjenguk ke dalam dunia yang jauh asing dari kehidupan kamu di Ampang Hilir atau Kajang (maaf kepada semua penduduk dua bandar tersebut, saya hanya men-generalisasi!), yang jauh lebih mengujakan dari kehidupan kamu yang terperok di dalam kemeja putih, seluar gelap, tudung Wardina (mungkin dah out-of-fashion, saya tak pasti), baju kurung berlabuci kamu.

Keluarlah dari dunia pengasingan kamu. Bermula sekarang.

Kalau kamu nak tahu, sebulan sekali, di restoran kecil tak seberapa di lorong belakang Jalan Bukit Bintang, ada parti terhebat sekali yang aku sendiri tak pernah pergi. Selalu dijemput, tapi aku bukan kaki parti lagi. Sudah tua.

Penuh dengan warna neon, permainan plastik, orang Malaysia yang berpakaian lengkap ala Batman dan superhero lain. Penuh dengan gaya kehidupan alternatif. (Yang jauh dari kehidupan engkau semua, dan alternatif di sini bukan bermaksud lagu ‘Zombie’ nyanyian The Cranberries)

Penuh dengan nu-ravers.

Ya, yang kamu tahu techno (ala… yang dum-tak-dum-tak tu) dan r’n'b. Yang aku tahu Sheila Majid bukan jazz, ok?

Ini nu-rave, beb.

Muzik sampah era 90-an dan serpihan genre electroclash. Fikirkan The Klaxons bertemu Dr Alban, Franz Ferdinand bergaduh dengan Technotronic. The look? Fikirkan t-shirt berslogan besar, dengan aksesori berwarna neon (cermin mata neon, rantai plastik neon, mesingan plastik neon) dan seluar jeans skinny merah/putih/kuning. Fesyen de-constructionalism, yang betul adalah yang salah, yang tak kena itulah yang kena.

Kiranya kalau korang cakap, asal boleh la.

Macam ini.

Maaf ya, aku kenal beberapa orang di dalam gambar ini, jadi untuk melindungi imej underground mereka aku telah menapis mereka. Satu garisan hitam jer beb.

Ok begini. Aku sebenarnya seorang pengarah seni, seorang yang kreatif, berkecimpungan di dalam dunia kreatif, muzik dan fesyen.

Aku selalu menjadi pengarah seni untuk sessi fotografi, bekerja dengan ahli muzik tersohor di rantau asia, model kurus kedengking berbuah dada besar. Kawan-kawan yang mengenali aku pun kata aku agak berfesyen (Itu kata mereka, saya kata saya hanya minimalist.) Kiranya aku memang faham konsep fesyen-lah.

Tapi, aku tak faham fesyen nu-rave. Sumpah aku tak faham.

Aku pernah berjaket poliester hitam berkilat ketika kemaruk Nine Inch Nails dan Ministry, aku pernah berseluar Levi’s Silver Tab ultra-massive di zaman aku ke sana ke mari dengan K2 Fattys aku, dan sekarang semua kawan lama aku ingat aku ‘budak emo’ (istilah generik untuk mereka yang berpakaian hitam atau gelap tetapi bertalipinggang warna cerah, biasanya putih, dan rambut terpacak tetapi disikat ke tepi DAN depan. Sila google.)

Tapi aku takkan jadi nu-rave.

Aku taklah membenci nu-rave, atau kawan-kawan aku yang nu-rave, tapi ini adalah satu benda yang mungkin aku tak faham.

Mungkin sebab aku dah tua kot.

Bacaan lanjut – sila layari sini.

Popularity: 5% [?]

Responses (6)

  1. zaX says:

    nu rave ke new_wave?
    ntah.

  2. Melayu Minimalis says:

    Zaman New Wave telah berakhir.
    Nu Rave.

  3. Dazed and Confused Ili says:

    tektronik. no go sungguh.

  4. Anonymous says:

    Kamu orang bangi kah?Saye juge menetap di Bangi.Incase kamu tak tau,di Bangi skang nih ade a group of manusia (mungkin baru berjinak2 dgn party dan clubbing) menggelar diri mereke P.P.S.B = Paty Planer Sdn. Bhd.Kebanyakkan berusia around 20 yrs old.

    Kalau ade event/party/mahu berpesta tanpe tujuan,mereke akan post bulletin dan mesej semue org bertanye jikalau ade yg ingin ‘continue partying’ so that mereke boleh sewa villa,etc,which i think is very poyo.

    Banyak lagi aktiviti mereke.Siasatlah.

  5. who care? says:

    haha.komplot.hahahahahahahaa.
    sangat warna warni.silau mata aku.
    hahahahahaa.TAK SUKA! geng geng nu rave ni mereka rasa mereka paling up-to-date.dah macam water color. tapi tak leh nak buat apa kan?
    diri sendiri.

  6. melayugebang says:

    tapi budak2 band nak jadi raver skang aku xboleh blah langsung. Semua nak spin sbb nk jadi cool. Yang XHcX semua ilang pedoman/ethics sbb nak minum2 bersama “awek ampang” ahahhahaha fucking poser!

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes