Rancangan Radio Paling Menghiburkan Di Dalam Dunia

Posted on Sunday, August 19th, 2007 at 21:07

Aku sebenarnya sudah lama ingin menulis berkenaan rancangan radio ini, tetapi asyik terlupa, jadi sebelum sel-sel neuron di dalam otak tua aku ini menghampakan aku lagi, ingin aku persembahkan Rancangan Radio Paling Menghiburkan Di Dalam Dunia.

Kalau anda pendengar setia saluran Traxx.FM (dahulunya Radio 4), anda mungkin biasa dengan rancangan ‘Traffic’ yang ke udara setiap petang. Sebelum itu, aku ingin mengatakan bahawa Rancangan Radio Paling Menghiburkan Di Dalam Dunia ini disiarkan dalam Saluran Radio Paling Menghiburkan Di Dalam Dunia.

Di mana lagi di Malaysia anda boleh mendengar Metallica (Master Of Puppets ok, bukan Metallica versi pondan berambut pendek yang anda dengar sekarang), Helloween, Morrissey, Carburetor Dung di saluran radio tempatan?

Di mana lagi anda boleh mendengar macha yang perasan ghetto yang mungkin bertugas di bawah pengaruh yang mungkin narkotik?

Di mana lagi anda boleh mendengar pemanggil obsessif yang syok sendiri (tidak termasuk RadioKL, dahulunya Radio 3 Ibu Kota) yang mungkin juga di bawah pengaruh narkotik?

Hanya di Traxx FM beb. (90.3FM di Lembah Kelang, 98.7FM di Pulau Pinang, 102.9FM di Johor Selatan dan 90.1FM di Ipoh)

Ok, kembali ke rancangan ‘Traffic’ yang aku sebut di atas sebelum aku terbawa-bawa ke iklan percuma Traxx FM saya tadi. Maaf.

Kalau tak silap aku, ‘Traffic’ ke udara setiap hari dari jam 4 ke 7 petang (kira-kiranya rancangan untuk menghiburkan anda tika anda tersangkut di traffic jam di Jalan Imbi). Tetapi, ‘Traffic’ yang ke udara pada hari Jumaat, di antara jam 6 hingga 7 malam, adalah teramat istimewa. Kerana pada ketika waktu lebihkurang sejam inilah, rancangan radio yang tak seberapa ini dan mungkin membosankan di hari-hari yang lain akan bertukar kepada Rancangan Radio Paling Menghiburkan Di Dalam Dunia.

Semuanya kerana Cik Mat. (sp. Cek Mat? Chek Mat? Check Mutt?)

Cik Mat ni, pada fahaman aku, adalah seorang pegawai JPJ. Dia memang berpengetahuan luas di dalam bidang yang kena mengena dengan JPJ, termasuklah hal perlesenan, enjin kereta dan macam-macam lagi. Kiranya, kalau ada kena mengena dengan kenderaan bermotor, memang dialah ‘manusia wikipedia’ (ensiklopedia sudah tak relevan di zaman rempit-cyber ini). Memang semua dia tahu.

Cuma yang dia tak berapa tahu ialah Bahasa Inggeris. Dan ‘Traffic’ merupakan sebuah rancangan radio. Di dalam Bahasa Inggeris.

Jadi bayangkanlah, seorang yang mungkin berhati mulia, ingin menolong pendengar mengatasi masalah kenderaan mereka, tetapi disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah, akhirnya menjadi lebih kelakar dari Raja Lawak Astro. (maaf, saya tak pernah menonton rancangan ini)

Contohnya.

(Pemanggil 1 mempunyai masalah menukar nama geran kereta dan masalah-masalah yang sewaktu dengannya)

Pemanggil 1 - …yeah I was thinking about asking a runner to settle this transfer for me..
Cik Mat – (di dalam intonasi Bahasa Melayu) eh no no, don’t use the runner, they are the ones that create all the trouble, if cans, you tries to do it for yourself, but then, I understand also, they have to look for food..

“..they have to look for food.”

“Mereka pun kena cari makan.”

!!!. (chk chk chk)

Banyak lagi contoh-contoh tentang keajaiban Cik Mat.

(Pemanggil 2 mempunyai masalah enjin kereta.)

Pemanggil 2: “Yes Cik Mat, when I turn on my ignition, the car makes this sound, br, br, br, br..”
Cik Mat: “Oh, like br, br, br, br, or brrr, brrr, brrr, brrr?”
Pemanggil 2: “No, like, br, br, br, br.”
Cik Mat: “Oh, like that, thats mean thats (….terus membuat diagnostik tentang masalah enjin dan cara-cara untuk mengatasinya. Aku memang kurang arif bab kereta.)

Pemanggil 2: “Wow Cik Mat even my mechanic doesn’t know that.”
Cik Mat: *tersengih* (Walaupun tidak kedengaran, tapi aku pasti dia sedang tersengih).

Memang Cik Mat adalah hero alaf baru. (Yang sudah masuk tahun ke-tujuh).

Cerita ini mengingatkan aku pada cerita yang kawan aku Battery ceritakan tempoh hari. Pasal bomoh handphone. Dia berjumpa kamu sekali, lakukan magis dia, dan tiap-tiap kali kamu jatuh sakit kamu hanya perlu membuat booty-call kepada bomoh tersebut, dan kamu akan pulih serta-merta.

Tapi bomoh tu pakai Digi, Maxis atau Celcom?

Popularity: 3% [?]

Responses (3)

  1. Anonymous says:

    hhaha ni best! buat saya nak dengar radio ni. cik mat cool!

  2. Asrif says:

    Aku dengar En. Mat tetiap petang with Double D. And aku rasa aku dengar gak kut yang En. Mat kenal problem kereta through sound “br br br…” tu. Gempak memang gempak.

    Traxx pagi Wake Up show with Navsta pun layan. Aku pernah pasang sekali dia main lagu Texas Flood. Bitchin!

  3. Iron Butterfly says:

    eh cam best jugak la nanti nak dengar jugak.

    Asrif is that you??

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes