OK, sebenarnya aku tak pernah buat blog dalam Bahasa Melayu, malah, aku sendiri pun tak berapa ingat kali terakhir aku betul-betul menulis (atau menaip) dalam BM. Jadi, anggaplah ini sebagai eksperimentasi aku di dalam dunia blog Bahasa Melayu.
Bukan apa, aku sebenarnya cemburu melihat kawan aku Mike dengan blognya Semusim Di-Neraka (2?) dan mungkin juga sebab aku tahu aku ada banyak cerita yang mungkin boleh dikongsikan bersama, dan mungkin juga sebab aku nak kaya selepas t-shirt ‘Aku Tak Peduli’ aku menjadi million-seller. Tapi yang aku tahu aku gatal nak berblog.
Jadi sebenarnya blog ini adalah blog ke-3 ataupun mungkin ke-4 aku. Blog sebelum ini mudah saja, aku buat di akaun Myspace aku (yang telah aku padam, sebab Myspace sekarang penuh dengan perempuan gemuk, pondan dan mat rempit cyber(cafe)) tapi di atas sebab-sebab tertentu (mungkin ada kena-mengena dengan tindakan undang-undang) aku telah memadamnya. Mungkin sebab ramai sangat yang kenal aku dan mungkin juga sebab aku dengan penuh selamba mengutuk orang yang pernah aku sayang.
Sebelum itu, ingin aku memperkenalkan diri terlebih dahulu. (kandungan dipadam sebab ianya amat mengantulkan diri, terima kasih)
Barisan pertama tu pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa aku ada banyak cerita yang ingin dikongsikan.
Tapi itu bukan sebab utama yang saya ingin berblog (mengeblog? pemblogan? tiada istilah tepat untuk blog dalam Bahasa Melayu ke?).
Saya ingin berblog sebab saya ingin memperbaiki penguasaan saya di dalam Bahasa Melayu.
Ok, sekarang sudah dekat jam 3 pagi, saya ingin tidur, iklan Merdeka di dalam tv asyik mengingatkan aku kepada kamu semua yang belum ‘merdeka’, dan saya bekerja esok pagi.
Sehingga malam esok, selamat malam! Dan Selamat Hari Terjadi!
Popularity: 5% [?]
CAYA LER BRADER
AKU SK KO CRITA
encik aku-tak-pedulik,
taktau nak cakap macam mana, tp saya rasa bila tulis dalam bahasa melayu mcm ikhlas benar bunyinya.
me, like u before, i blogged only in english with a bit of malay here and there. kira bahasa cakap la gitu.
tp, there was one incident where i find typing it in malay would just seems relevant to my anger. :D
in english it would sound slightly mellow. bahasa melayu kalau direct, kasar aje bunyinya.
tah la, its just my 2 cents shit. i dunno why i post a comment at this very entry anyway.
sekian.
[...] akan mula menulis tentang perkara peribadi (yang aku kata aku tidak akan tulis suatu masa dahulu. Baca di sini tentang mengapa sebabnya, OK? Malah tempohari aku diingatkan tentang blog lama aku oleh seorang [...]
2007, tahun aku memulakan tertiary education di matriks UIA petaling jaya. sekarang 2011, terima kasih tuhan, aku berjaya sebagai seorang juruterbang. aku suka ke sini untuk mengimbau masa silam aku. terima kasih ATP.