Anti-tesis Melayu.

Posted on Monday, August 20th, 2007 at 08:13

Mungkin ramai abang/akak-yang-duduk-di-kubikel-bersama-gambar-anak-beranak (kita pendekkan kepada A.A.y.D.d.K.B.G.A.B) tak gemar melihat Melayu seperti aku berkeliaran di negara kita yang dah nak Merdeka(tm) 50 tahun ini.

Too bad. Ada ramai Melayu seperti aku di bandaraya Kuala Lumpur ini. Mungkin tak kelihatan sangat, mungkin kami low-profile, atau mungkin kita tak berkesempatan terserempak di depan Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tapi kami wujud. In great numbers.

Kemungkinan kamu untuk berjumpa dengan aku dan orang-orang seperti aku adalah rendah jika kamu :

1. Seorang Mat Rempit. Aku memang tiada masa lepak di Dataran. Aku lebih suka main Scrabulous di Facebook. Atau cuba melanggar kau di Jalan Parlimen dengan kenderaan beroda empat aku. Aku tahu kau di cyber cafe untuk log-in ke akaun Myspace kau untuk usha ‘awek’ dan tangkap gambar sendiri guna webcam (tambah RM5 sejam) biar boleh diupload ke profile page kau. Ada Rayban lagi menarik, mungkin.

2. Seorang A.A.y.D.d.K.B.G.A.B (Sila rujuk barisan pertama). Aku jarang ke Kamdar, cuma sekali-sekala ketika ingin membeli kain ela untuk dibuat decor parti-parti eksklusif. Aku juga tak ingin kaya dengan cara Multi-Level Marketing, sebab gaji sebulan aku ialah dua bulan gaji engkau, jadi lupakan sajalah ya? (teringat aku kepada sekumpulan mamat muda yang cuba menghasut aku supaya menceburi bidang MLM bersama mereka. Baru pakai handphone ‘mahal sikit’ dah berangan nak bawak BMW 3 series. Sanggup bawak awek mereka. Contoh perbualan-suara-dibuat-kuat mereka…

New Year ni kau nak celebrate kat mana babe?”
“Aku nak party kat London!”

Rasa-rasanya mereka sampai ke London tak?)

3. Perempuan Ampang. Maaf, secara amnya perempuan Ampang di sini bermaksud perempuan Melayu berumur 20-an yang baru (ataupun mungkin dah lama) belajar bersosial. Bukan semua perempuan Ampang begini (malah aku pernah keluar dengan seorang perempuan Ampang berstatus yang amat baik hati dan cool dan mempunyai 4 biji kereta, tak termasuk 30+ biji kereta kepunyaan ayahnya) jadi mintak maaf jika kamu seorang perempuan Ampang yang cool. Biasanya Perempuan Ampang yang dimaksudkan di sini berambut panjang karat hasil bleach murah yang dibeli di Guardian, ada teman lelaki berkereta mewah milik bapa, selalu berpeleseran di Zouk dan Maison (dahulunya Nouvo) pada malam hari Khamis dengan sebotol arak yang dikongsi 32 orang, cakap Bahasa Inggeris berterabur (A+ for effort, girls!), berpakaian nampak lurah dada (terima kasih push-up bra!) dan jenama pertengahan (biasanya MNG, Zara, terpampang di dada/topi/beg galas. High-fashion tak mampu lagi), minum arak sikit perasan mabuk rabak buat havoc, malu berbikini di tempat awam, dan suka merakam tarian layan diri di bilik bersepah dengan kamera video telefon bimbit mereka. (Sila rujuk nukilan di bawah, terima kasih).

4. (Ok, aku dah malas cari gambar hiasan. Tak minimalist lah) Siti Nurhaliza mahupun Mawi. (kedua-duanya perokok, terima kasih)
5. Lelaki Ampang. Sile rujuk no. 3, cuma tukarkan jantina.
6. Penduduk Felda.
7. Mereka-mereka yang ada kaitan dengan 1-6.

Sebaliknya, kemungkinan kau berjumpa dengan manusia seperti aku adalah tinggi sekiranya kamu :

1. Seorang model perempuan kurus berbuah dada besar. It comes with the job.
2. DJ kelab terkemuka yang tak berapa mahir/mahir/tak mahir langsung.
3. Seorang yang berdarah seni, kreatif dan berseluar ketat.
4. Seorang yang bertatu yang bukan tatu berunsur kongsi gelap.
5. Seorang yang bermain gitar elektrik yang bukan berwarna merah.
6. Pemilik blog terkemuka. Tak kisah neraka atau pari-pari nakal berwarna biru.
7. Perempuan yang suka berbikini. (Sila rujuk nukilan di bawah)
8. Mereka-mereka yang ada kaitan dengan 1-7 dan minum arak.

Ya, memang. Sekarang kembali ke kubikel anda! Aku dah mula mengarut. Mungkin simptom honeymoon period dengan blog baru. Masa untuk berehat.

Popularity: 8% [?]

Responses (12)

  1. manusia melayu am says:

    aku bosan…
    aku korek la blog ko…
    makkk ai ..
    berlagak giler kau nie…
    “melayu seperti aku”
    aku panggil melayu cam ko nie…
    melayu USA ko tau ..
    semua nak high class…
    cam bagus ish ish
    sian mak kau lahirkan kau

  2. Gadis Gelihati says:

    Boo kepada manusia melayu am!

    I like your blog. Sangatlah sinis berbaur jenaka, tetapi pemerhatian anda sangatlah tepat dan kena pada sasaran. Kepada yang terasa, siapa yang makan cili, dia terasa pedas, betul tak?

  3. ampang native says:

    please refrain labelling all the typical-NOT-so-hot girls in KL as “pompuan ampang”.. jz refer to them as SKANKS, boleh tak?

  4. who care? says:

    best best.

  5. linda says:

    ko ni da tua, berlagak plak tu. minimalist ke?

  6. TOUNGE says:

    marah orang2 disini..hahaha..aku orang yang nombor tiga dlm list berjumpa ngan kau..huhuhu.hanya number tu je yang kena..

  7. akulanie says:

    melayu macam ko tak da dalam list hidup aku

  8. KLPHQ says:

    bro kalu yang pegi gigs ade bang post rock jumpe tak?

  9. Leonard says:

    Ey bro.

    Aku suke sangat cara kau blog. Worldview anda cool betul !

    btw, aku bermain electric guitar jugak ! Tapi Berwarna Merah ! *alahai*

  10. Red says:

    dammit leonard. you speak better malay than i do too -_-

  11. [...] aku tahu aku telah menulis sedikit hal berkenaan kumpulan sosial ini di sini, tetapi sebelum aku membuat semua penduduk wanita Ampang berpindah ke Petaling Jaya, lebih baik aku [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes