Evolusi Rempit.

Posted on Monday, August 20th, 2007 at 10:40

Jangan sangka golongan Mat Rempit (lihat! ada wikipedianya!) hanya akan berakhir kariernya selepas melanggar kereta polis di Jalan Tun Perak (dan keluar Edisi Siasat untuk yang lebih glamour), kerana dengan berkembangnya teknologi canggih serta moden serta cyber cafe yang kadar penggunaannya berpatutan (setaraf setangki minyak penuh Petronas), Mat Rempit sekarang sudah berkembang! Lupakan stereotaip yang lama, inilah Mat Rempit Version 2.0 berdasarkan pemerhatian saya semenjak dua menjak ini.

Fesyen
Disebabkan aliran fesyen dunia yang makin beranjak ke fesyen de-constructionalize, mullet ala-rempit (ekor panjang di belakang, pendek di atas. Fesyen yang berkembang dari keperluan mereka untuk menyarung dan menanggalkan helmet tanpa merosakkan gaya rambut.) sekarang sudah menjadi trend. Malah saya sendiri pernah bermullet, sehinggakan waktu saya mengisi minyak di pam Petromas di Lembah Keramat beberapa tahun yang lalu, ada seorang attendan rempit menegur saya.

“Bang, lawa rambut bang.” “Terima kasih.” “Bang potong kat salun eh? Salun mana?” “Erm Sungei Wang.”

Cuma bezanya saya menggunakan hair mud berharga RM60 dan mereka menggunakan Tancho. (mujarab untuk melebatkan misai, kata kawan sekolah aku.) Atas kesedaran inilah mereka menggunakan hair wax (tak semahal hair mud aku) yang boleh didapati di pasaraya Giant berhampiran. Peluhan ketika memakai helmet pun kurang membusukkan helmet. Jadi Mat Rempit sekarang dengan mudah dapat memacakkan rambut mereka selepas menanggalkan helmet.

Pakaian jenama tiruan juga mudah diperolehi. Lupakan Levi’s dan Timberland tiruan. Jenama pujaan hypebeast dan streething mudah dibeli di tempat seperti Uptown dahulunya (syurga rempit) dan sekarang di SS15 Subang Jaya dan kawasan sekitar Ampang dan Ulu Kelang. Hendak apa saja, XLarge, A Bathing Ape, Bounty Hunter, Undefeated, semuanya ada. Dengan bermodalkan RM15 untuk t-shirt dan tak sampai RM100 untuk kasut (tambah RM80 untuk jeans Siam. Jangan main-main, jenama DSquared pun ada!) seorang rempit boleh menjadi sebergaya lelaki kontemporari moden, walaupun dengan RXZ. Saya hairan mengapa pemilik facehunter tidak pernah turun ke Malaysia.

Sosial
Hartamas Square di Desa Sri Hartamas dahulunya merupakan port lepak aku dan kawan-kawan aku. Ramai gadis comel molek dalam dan luar negara (dari sekolah antarabangsa berdekatan, dan juga mungkin ramai expat tinggal di kawasan itu) serta separuh negara tergedik-gedik di kawasan makan popular tersebut. Pada waktu itu, dengan harga makanan dan minuman yang mahal sedikit dari mamak berdekatan meyakinkan kami yang rempit pasti tidak mampu untuk bermakan-minum di kawasan tersebut.

Salah sungguh anggapan kami.

Bermula dari gerai-gerai Uncle Don di seberang jalan, status ekonomi yang semakin meningkat dan ganjaran wang lumba haram yang semakin tinggi membolehkan Mat Rempit menyeberangi jalan dan meluangkan masa di Hartamas Square. Semakin lama semakin ramai. Juga aku perhantikan kemunculan parti-parti di kelab yang tidak memerlukan bayaran wang untuk masuk membolehkan Mat Rempit Version 2.0 ini menceroboh ke parti-parti yang dahulunya kami rasakan eksklusif. Lihat sahaja The Loft di Zouk pada malam Jumaat. Penuh bau Tancho. Twilight Tancho Girl. (Ribut, Bunga. Nama DJ pun Melayu… no offense guys!) Asalkan tiada cover charge, mereka akan datang merempuh. Tak kisah la muzik apa pun, indie, nu-rave, drum n bass, boom bap, tech house, semuanya hentam sahaja. Free beb.

Memang tepat kata mereka, survival of the fittest. Untuk terus kekal di dalam hierarki masyarakat, Mat Rempit telah berevolusi menjadi sesuatu yang tidak kami duga.

Tak lama lagi aku pasti kita akan dapat lihat Minah Rempit bermotosikal memakai bikini.

Popularity: 5% [?]

Responses (2)

  1. zewt says:

    itu lah… aku baru kata… mereka ni dah ‘mutate’ ke tahap yang lebih tinggi.

  2. melayugebang says:

    tapi hishamudin rais suka mat rempit. die kata mat rempit berani. ko xsuka mat rempit semestinya ko xsebarani dia atau acquaintance terdekat dia si joe kidd atau si molester anwar ibrahim. turun dataran naik fixie bawak sepanduk I HATE REMPIT kalo bran

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes