August 20, 2007 1

Jodoh Bernoktah Di Usia Muda.

By in Layan Diri

Ketika kami diperkenalkan oleh seorang rakan, aku agak keberatan kerana kehidupan aku mempunyai titik hitam akibat seorang model. (Cerita lain) Walaupun aku ketika itu telah pun single, aku hanya menganggap dia sebagai kenalan biasa, comel, bubbly dan menarik, dan memang kami tidak pernah berjumpa selepas itu, mungkin berhubung berkenaan hal kerja, itu sahaja.

Kenapa?

Kerana 30 minit selepas kami diperkenalkan, teman lelakinya ketika itu telah datang menjemputnya di tempat kami sedang makan dan minum bersama rakan-rakan yang lain.

“Dia sudah berpunya.” bisik kepala aku waktu itu.

Sebelum dia beredar, dia sempat memberikan aku business cardnya, malah seingat aku, aku telah pun menghubunginya selepas itu untuk menggunakannya sebagai model untuk satu tugasan aku. Tetapi waktu itu dia telah menolak, dan aku dengar selepas itu dia terpaksa menolak tugasan tersebut kerana ingin berkahwin.

Kahwin?

Oh, rupanya hanya selepas 3 bulan, dia telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang telah aku jumpa, dan pada ketika itu, aku hanya berfikir, “Another one bites the dust, but all the best to her.” Tak silap aku benda ni berlaku dalam setahun lepas.

Jadi, aku terkejut bila beberapa minggu yang lepas aku terlihat trailer rancangan tv, aku tak dengar sangat apa yang dikatakan, cuma aku terdengar kata-kata “…jodoh bernoktah di usia muda.”, dan aku terlihat raut wajahnya yang sedih terpampang di kaca tv.

!!! (chk chk chk)

Oleh kerana ini bukan blog gossip aku (dan sebelum aku syok sendiri), aku cuma boleh katakan…

You might not even remember me with all these things happening around you, but I know how you feel, I’ve been through the same thing, believe me. Keep your head up and stay strong.

Hmmm… mana aku letak business card tu? (Oh ya, maaf aku sudah pun berpunya.)

Popularity: 5% [?]

One Response to “Jodoh Bernoktah Di Usia Muda.”

  1. Sarah is the One says:

    seperti muka haflin saja.
    adakah?
    tapi aku rasa dia cantik. kalau kau berkenan jangan tunggu lama-lama

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes