August 22, 2007 1

Aku Sudah Kering Kontang.

By in Layan Diri

Ini masuk kali ketiga aku menekan butang “New Post” di laman Blogger aku. Tapi semua draft yang aku buat telah aku buang. Ya, aku sudah ketandusan idea, neuron-neuron aku sudah penat. Writer’s block. (apa istilahnya dalam Bahasa Melayu ya?) Mungkin aku terlalu ghairah bercerita sampai tiada lagi yang ingin diperkatakan buat masa ini.

Dan aku sepatutnya memikirkan arah tuju blog ini. Sampai bila nak rojak? Muzik? Peribadi? Gossip? Bikini?

Mungkin aku boleh bercerita perihal pengalaman aku di dalam LRT semalam, di mana aku telah digesel perempuan cantik ketika berdiri di dalam tren (mungkin aku amat irresistable padanya), tapi ramai sangat blogger Melayu di blogosfera bercerita pasal LRT. (Kalau ada cerita pasal limosin mungkin saya akan cerita.)

Mungkin aku boleh bercerita perihal sessi fotografi aku dengan Sarimah (yang baru, bukan yang lama) sebelum beliau berkahwin (erm, can I wear this bikini under my see-through blouse? can I? can I?) tapi itu cerita lama. Lagipun taktik menggunakan seks (dan bikini) sebagai umpan pembaca baru ke blog aku ni nampaknya tidak berjaya. Nak seks? Sila ke blog ini.

Mungkin aku dah tak ada cerita pasal Mat Rempit, sebab jauh di dalam hati aku, aku sememangnya inginkan sebuah motosikal.

Motosikal seperti ini.

Mungkin juga aku sudah tiada cerita pasal model-model kurus berbuah dada besar sebab aku dah berhenti jadi kaki model bertahun-tahun yang lepas. Lagipun pelajar-pelajar wanita kolej swasta yang bukan model di KL ni lebih comel dan kurang penjagaannya (low-maintenance lah!). Dan mempunyai citarasa muzik yang lebih menarik.

Mungkin sebab aku rasa pembaca aku yang masih sekerat dua kerat ni masih berat untuk meninggalkan komen. Umpama aku menulis cerita di dalam gua yang gelap, tiada orang yang akan membaca.

Tapi kan, kalau ada lah orang yang terserempak dengan tulisan aku di dalam gua itu, mesti mereka akan tulis “(Letak nama sendiri) wuz ere“, atau pun kata-kata yang semaksud dengannya.

Jadi, silakan, jangan malu-malu.

Oleh sebab aku tiada hal yang bermakna untuk diperkatakan, silalah tonton video Youtube Paling Kelakar Di Dalam Dunia ™.

(Maaf, hanya untuk mereka yang fasih berbahasa Inggeris)

Beginilah Situationism.

Making Something Out Of Nothing.

Popularity: 3% [?]

One Response to “Aku Sudah Kering Kontang.”

  1. Bob Dyldo says:

    Bob wuz ere…

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes