Aku sebenarnya malas untuk menulis lagi hari ini, tetapi baru sebentar tadi, semasa aku sedang makan nasi lemak (yang tak berapa sedap pun) di salah satu Kopitiam kegemaran aku, aku telah terserempak dengan sekumpulan mereka.
Mereka Yang Digelar Perempuan Ampang.
Ya, aku tahu aku telah menulis sedikit hal berkenaan kumpulan sosial ini di sini, tetapi sebelum aku membuat semua penduduk wanita Ampang berpindah ke Petaling Jaya, lebih baik aku sediakan keterangan lanjut yang lebih terperinci. Terlebih dahulu saya minta maaf jika kamu Perempuan Ampang yang tidak termasuk di dalam stereotaip di bawah, dan sila beri komen, ya?
1. Kebiasaanya mereka ini perempuan Melayu, berumur sekitar 20an, dan tinggal di kawasan Ampang Hilir (Taman Kosas, Ampang Jaya) tetapi aku perhatikan di kawasan Kota Damansara sekarang juga ramai. Lagi-lagi di kawasan perumahan pangsa di situ. Tapi awas, ini tidak bermakna jika kamu terkeluar dari kawasan ini yang kamu tu bukan Perempuan Ampang.
2. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kebanyakan mereka gemar berpakaian jenama sederhana mahal, bukan high-fashion seperti Christian Dior atau Louis Vuitton (sekali lagi, ia disebut seperti ‘lu-wi’, bukan ‘lu-is’, terima kasih) tapi jenama-jenama seperti Zara, MNG, Guess, Gap, Esprit (yang tak hebat pun) dan Armani Exchange. (yeah A/X jenama murahan, bukan Armani sebenar). Jarang yang membeli di Topshop, terlalu kebudak-budakan katanya.
Biasanya baju yang dipilih akan menampakkan lurah dada, sedikit atau banyak bergantung kepada kualiti coli mereka (bukan Victoria’s Secret, kecuali yang dijual di jualan gudang di sekitar Ampwalk atau Ampang Point). Suka tampak seksi, tapi malu berbikini di kolam renang kerana ingin menjaga aurat, atau pun disebabkan tak pandai berenang. Yang kurang berani seksi akan tetap memakai baju low-cut, tetapi akan memakai t-shirt sendat di bawah pakaian tersebut, ala Erra Fazira di mana-mana majlis anugerah.
3. Aksesori seperti beg tangan sudah mesti, selain dari jenama yang disebut di atas, barangan tiruan jenama high-fashion tapi bergred A+ (yang tidak boleh dibeli di Jalan Petaling. Cuma secara direct-selling) menjadi pilihan. Aksesori dengan sentuhan emas diutamakan. Kasut bertumit tinggi sudah tentu (maklumlah Melayu biasanya ketot-ketot), dipilih dari Vincci mahupun Nose jika ada duit lebihan lepas makan di kopitiam.
4. Rambut jarang sekali berwarna hitam. Kebiasaannya coklat keperang-perangan, hasil penat lelah kerja sendiri selepas membeli pewarna rambut halal di farmasi terkemuka. Lagi panjang dan beralun serta berombak lagi digemari.
5. Terlalu banyak mekap di muka. Kening mata lebat sebab haram memetik bulu kening. Trend sekarang mengenakan lipstick berwarna merah jambu, ditambah dengan lipgloss agar menampakkan imej seperti artis.
6. Menghisap rokok Marlboro Lights atau Salem sahaja. Yang perasan memberontak akan menghisap Sampoerna Hijau. (Sampai bila product placement subversif Saemporna dalam siri ‘Sempurnakan Hari Mu’ akan berlarutan?????)
7. Harus mempunyai teman lelaki bermisai nipis sebagai pelengkap aksesori. Si dia juga berambut karat, dipotong dengan gaya ‘fin’ ala David Beckham (that’s so 1999, dudes!). Nama timangan – ‘B’ (untuk Bodoh, Bangang, Bahlul, Beghal) Akan setia membawa Perempuan Ampang ke sana ke mari dengan BMW/Mercedes keluarga kepunyaan ibu bapa. Tafsiran Lelaki Ampang ni? Cerita Lain.
8. Tidak pandai menggunakan perkataan ‘saya’ atau ‘kamu’ ketika berbicara. Lebih suka menggunakan ‘I’ ataupun ‘you’. Terutamanya dengan kekasih, ketika shopping beramai-ramai dalam satu kumpulan untuk membeli satu klip rambut di kedai Forever21 dan di kopitiam.
9. Kerjaya idaman : Pelakon. Bukan calang-calang pelakon, tetapi pelakon drama swasta yang mempunyai slot tetap di RTM1/2. Adegan idaman : Adegan minum orange juice di kafe/kelab malam/lounge hotel, adegan nangis. (agar menampakkan skill lakonan sebenar kepada Datuk Yusoff Haslam) dan mana-mana adegan dengan Rosham Noor/Faizal Hussein.
10. Idola : Nasha Aziz, Fazura, S Kadarisman (mungkin), Hans Isaac.
11. Muzik kegemaran : RnB, hiphop. (lagi-lagi lagu Jennifer Lopez) Suka melepak di Zouk/Maison pada malam Khamis (Ghetto Heaven dan Urban Republic, beb). Yang berduit sikit akan berkeliaran di kawasan Asian Heritage Row di Jalan Dooraisamy. Mana tahu boleh terserempak dengan Sazzy Falak atau Dynaz. (mereka lepak di Atrium, boys.) Paling tak minat muzik rock, kecuali Ella.
Suka menyuruh teman lelaki mereka membuka sebotol arak mahal (tapi tak terlalu mahal) dan dikongsi minum beramai-ramai. Tepat jam 3 pagi akan beredar dan buat-buat mabuk rabak (walhal minum arak sedikit) di kedai-kedai mamak, paling popular di Restoran Pelita berdekatan KLCC di Jalan Ampang.
12. DVD kegemaran : Fast And Furious, Too Fast Too Furious, Fast And Furious : Tokyo Drift, Jangan Pandang Belakang. Rancangan tv kegemaran : Melodi, Nona, Desperate Housewives, America’s Next Top Supermodel. Makanan kegemaran : yong tau foo, yang halal.
12. Suka letak kaki di atas kerusi ketika makan. Suka mengusha orang tanpa senyuman.
13. Belajar di IPTA dan menggunakan kemudahan kolej/universiti untuk melayar internet dan membuka akaun Myspace. Letak gambar sendiri (memakai kaca mata hitam, berlurah dada, semestinya) yang diambil menggunakan telefon bimbit di dalam kereta Proton atau Perodua, sUkA TaIp BEgiNi dan meletakkan Heroes : Nabi Muhammad. (tiada yang salah di sini)
Oh ya, di Myspace sekarang yang tinggal, selain dari pondan, rempit dan akak tudung hanyalah Perempuan Ampang. Yang bukan Perempuan Ampang telah berpindah ke halaman lain. Juga jangan tertipu dengan laman Myspace yang terpapar Lesbians Only disertakan dengan gambar wanita seksi (yang dicuri). Contohnya laman ini. KESEMUA laman-laman sebegitu adalah hasil kerja Mat Rempit yang baru berjinak dengan Myspace. Perhatikan, baca, dan kemudian ketawalah terdekah-dekah apabila anda menyedari semua mesej-mesej ghairah dari seorang melayu ‘lesbian’ ke seorang melayu ‘lesbian’ yang lain hanyalah interaksi antara dua orang rempit yang telah kalah berlumba haram.
14. Kurang fasih berbahasa Inggeris tapi persetankan kata mereka—usaha tangga kejayaan!
15. Pernah mengambil rawatan suntikan Vitamin C. (awet muda you!)
16. Aktiviti kegemaran : Berlatih di gim dan main futsal macam Sazzy dan Fazura dalam Gol & Gincu.
Sekian, terima kasih. Apa kata kamu?
Popularity: 22% [?]
dorang suka jenama GUESS la
Ha Ha Preaching to the perveted!
memang aku ada tulis Guess apa. Sila baca dengan teliti, thanksss…
Rasanya bukan perempuan ampang sahaja tapi ‘perempuan’ atau ‘remaja perempuan’ malaysia masa kini.
letih dan kesian tengok diorang ni…
remaja perempuan lain beb.
ni yang dah besar sikit dari remaja. cuma perhatikan. ramai bebenar kat KL ni.. haha.
itu semua bermula dari zaman remajanya laaa….maknanya diorang ni dah habis blaja n dah keje la?
yang dah nak habis belajar atau baru kerja dan baru 3 kali dapat gaji. hahaha.
hidup Malaysia!
Observasi yang menarik.
Ya, perempuan perempuan sebegini, they’re like everywhere dalam KL ni.
suke, suke !
perempuan ampang-
what an eyesore.
hahah.. terjumpa blog kau. cool sungguh ekspresi. hahah
Err..is that so?
tak sempat pulak nak buat observasi setiap kali pulang bercuti.
lepas nih..ada perempuan mana pulak ye? ;p
/me pinjam mata encik melayu minimalis utk melihat-lihat sekitar Malaysia Hari Ini
To Chey naa..
:)
-d0ne-
pompuan ampang??
hurm…tul gak….aku sokong ko…
lepas ini pasal lelaki Subang.
nanti lah.. cukup modal saya tulis lor…
aku skong cakap ko…bukan setakat ampang jerk…ada perempuan cam nie…aku yg duk jb nie pun ada pompuan cam nie…baru aku prasan..ap a yg ko cakap tu benarr..hehehe :)
naperr x letak spek mata besar berjenama mahal tp dibeli di Jln Petaling.. janji gempak..
ouhh yerr kadangkala mereka x sedar yg mereka ini berketiak hitam.. tetapi sgt bangga menayangkannyer di khalayak ramai..
haha. spek mata besar. betul tu, maaf saya terlupa..
ketiak hitam pun benar. kadang kadang kat kedut kulit ketiak tu ada garis putih, tanda deodorant murah. hehehe.
nantikanlah Lelaki Subang!
kebanyakan mereka ini bukannyer berasal dr KL, tp yg dtg dr kampung dn bekerja di sini.. ala2 culture shock gitu…
babi kelakar sial.
hahahahahah.
we want more!
Banyaknya komen.
Lagi banyak komen lagi rajin aku.
:)
aku rase menarik gak blog ko ni mcmane ko observe ttg mnusia kt malaysia ni ..but..aku rse ko trtlalu mmndg tinggi diri ko sehingga ko senang je label org ..type cenggini..type cenggitu..cth ..cam label dot..dot..(bkn hebat pon) atau jenama ini(alah ..jenama murahan…)…panggilan utk ni..itu..utk org yg bodoh..n whateverlah… begitu mudah tgn ko menaip menghukum jenisan org2 yg mungkin ko x berkenan… stp org ade minat hobi, kategori dan ape je yg diorg suke…tp ko x de hak utk mghukum mereka dgn cara ko ..seolah2 ko ni hakim atau tuhan yg mengatakan itu dan ini..mgkin org yg berpengetahuan spt ko x de kerja yg lbh brfaedah utk dilakukan maka wjudlah blog ini..ape2 pon sori..ni hanye pndgn aku…aku pon spt ko ..ade observation sndiri…. ;P
ahahahhaa…
pertamanye, maaf aku mmg xde blog, so kene la pakai anonymous..
Ape2 pon, aku mmg setuju dgn anonymous kat atas ni..
dan aku juga mengakui aku terhibur dgn blog kau ni (ada jugak org mcm kau kat Malaysia ni, tahniah!)..
p/s : ini menunjukkan rakyat Malaysia yg muhibbah..(err..muhibbah tu apa)
Kepada saudara-saudara yang Anonymous.
Sebab itulah tajuk blog ini
‘Aku Tak Peduli’.
Aku dah cukup dihakimi untuk menghukum orang lain pula, terima kasih. Dan aku cukup tinggi.
Btw, Muhibbah itu apabila rakyat berbilang kaum boleh aman dan damai makan di dalam food court yang sama, asalkan makanan halal. Sebab Melayu adalah majoriti. :p
Aku Tak Peduli.
betul aper kate ko nie…
hehe.
nombor satu. checked.
nombor empat. checked.
nombor enam. checked.
wow. banggenye saye!
yay!
btw, kalau pompuan tu cakap melayu tapi dgn slang british or american (“oh y’kno.. LIKE i sukee sgt this dress LIKE bulih la i pakai mlm ni to zouk LIKE my ‘b’ pun sgt suke dress ni coz dia kate its LIKE soooo seksi LIKE..”), boleh masuk dlm kategori ni tak? :)
haha. melayu slang mat salleh?
masuk list!
Nama timangan – ‘B’ (untuk Bodoh, Bangang, Bahlul, Beghal)
haha, nice2.
Kalau yg bagi nama timangan ‘Papa,Mama’ lagi menyampah!
dayana – nama timangan ape yang suitable?
kalau “saya/awak” bunyi macam nerdy. pakai “kau/aku” bunyi macam faizal hussein dalam cerite sembilu kasih. pakai “gua/lu” dengar lame2 boleh naik bebulu.
mungkin boleh bagi suggestion yang boleh buatkan ianya kedengaran cool di khalayak ramai…hehehe
haha.. tergelak besar aku baca blog kau ni lepas dipromote oleh SDN.. pasal perempuan ampang ni mmglah betul2 aku setuju.. paling best bab ambil gmbr sendiri pakai sunglasses dlm kereta proton atau perodua, pastu letak kat myspace!!!.. kahkahkah.. ur damn funny!
perempuan ampang?
kebetulan aku dgn kawan aku br kluarkan statement ‘Minah Ampang Memang Camtu’ sblm aku terbaca post ni.
psl 2 2 kene bastard dgn minah ampang..
love hurts
nuff said.
i loike ur article very damn mucho!
:D
Well, ada yg betul apa yang kau cakap ni.
Tapi ada yg kau taip tu mende2 general, maksudnyer semua org pun ada sifat tu.
Jadi apa yg ko taip ni takde la tepat sgt.
Ada yg betul.
Tapi seperti yg ko cakap, ramai dah hukum kau, jadi maybe sbb tu ko suka bila org lain mula puji kau, bila ko sambil lewa tanpa betul2 usul periksa hukum org lain.
*clap clap*…. nampaknya aku dah jatuh cinta kat blog ni…
Dari pemerhatian kamu, jelas kamu ni insan yang penuh dengan perasaan irihati!
Sekurang-kurangnya mereka tu berani menampilkan diri untuk memenuhi kehendak mereka dan bukannya kehendak masyarakat.
Saya berpendapat kamu ni hipokrit, dipengaruhi oleh ajaran-ajaran sesat oleh mamat2 yang berjubah hijau/putih/hitam yang labuh, berserban, berjangut kambing dan ada yang pakai celak(eeeeeee!).
Who da you???
Perempuan Ampang
Anonymous-
ye saya berjubah macam Sunn O)))
what’s with the bitter attitude towards female Ampangites?
And you are from…? Kepong? Sungai Buloh? maybe Sabak Bernam?
Or r u one of those men who wrongly flip their collars?
Yet again, Kau Tak Peduli kan.
*sigh*
I’m Out.
hurmmmm.. camne la ek aku leh termasuk dalam blog ni? klik nyer klik termasuk tak sengaja. “rezeki” kot.. hehe.
wow! tu jer yg aku leh cakap. means aku puas hati (sebab awek aku dulu org ampang jaya).. tak bek la nak burukkan dia tapi 85% daripada apa yg ko cakap ni mmg kira betul la..
aku ni tak la perfect tapi takla seburuk tu. kuang2. naper ek diorang macam tu? hak atau ikutan? atau aku ni emo? tapi takkanla tgh2 bercinta dgn gadis ampang dulu aku emo jgk kot? hehe.
-n-
ampang, mcm2 ada, diff class of ppl, maybe btul judgement kau to cetain wanita ampang, btw semua sama je aku rasa, semua nak evolve, sampai bangsa hilang ditelan zaman, aku salahkan pembangunan yang terlalu diagung-agungkan..btw, semua parts of region sekarang ni is gila hectic! tak seperti dahulu kini dan selamanya..jumlah perempuan dalam neraka lagi ramai dari laki, persetankan atau ubah la mereka, untuk kepentingan anak dan juga bangsa. semua adalah fakta..hehe
paling tak faham kalau these girls pakai heels pgi kedai mamak. tak takut kot kalau terpijak oil residue kat lantai tu, pastu tergolek. hilang terus glamour.
lagi satu, sape yang panggil the partner papa mama memang paling geli. sweet sangat lah kononnya tu bela anak (kucing,hamster, pontianak, fill you own suggestions here) apa pun tak tahu lah sampai berpapa-mama ni.
ape yg dicoretkan mmg btul. tp x ke kesian kat org2 yg ddk ampang tp x cmtu. lgpun, byk lagi kawasan yang wujud kaum2 mcm tu. kan?
i love ur tots…..ske sgttttttttttttt…ader jugak akhirnya org same cam sy
i live in ampang. hard to admit ths.but yeah.i like yr blig though=)
seriusly..havent u ever heard abt perempuan kg yg dtg bandar n transform into wat u describe?
r u saying tht if girls frm other places across malaysia who drinks,sexy,socializes tahap maksima,love car racing,support malaysia’s film industry, n all tht u describe above ARE frm Ampang – MAINLY????
how close minded.
im grew up in ampang,(although dh moved recently)yet i went to boarding school,studied overseas,alhamdulillah still islam n still good.
i hv a kwn perempuan who loves racing nk mampos!but now she works as a lab assistant at a hospital.
n mind u she doesnt drink n too revealing with her clothes.
seriusly…if u want to judge..or label a whole daerah…better not.
coz its not abt daerah.
its abt ppl.
kt overseas yg berlambak tu tak nk cerita?
if u want to bash these ppl yg u think is lower than u..do it properly and with clear intention.
n mind u your words hv power to influence ppl.
influence wisely.
im not saying tht u cant speak ur mind.pls do.
but dont make Ampang as your Trend/Label.jst bcoz org Ampang byk org susah, u kutuk coz of their perlakuan.
klu org kaya buat, u tak nk lak comment????
again,not abt DAERAH its abt PPL.
Ampang ppl, or wherever di Bumi Allah u live in…we can always make a difference.
Sekian.
Nysh
damn it!!! i hate some Ampang girl..tell me they tried to take my boyfriend..but sadly they’ve failed! hah? some bitches are there but some are good….ur article is interesting yet loud and clear..i feel better now telling all this shit! hate hate hate!
tul2!!!
ku sokong kamu..
biase budak baru lepas spm la..
konon2 hawt..
don’t forget the shades n handbag ‘LV’ diorang k..
tp mostly budak ptpl yg duk luar kl bwat prangai camtu..
hahahahah SPOT ON mate!gile lawak ok!!!!hahhahahahahaha
Harhar… tapi Ampang to term yang agak general, pasal banyak expats duduk kat sana. Kena specific sikit, macam Wangsa Maju ke, Pandan Indah ke…
By the way, thanks for the linkage.
why is it stereotyped ‘Ampang’ anyway ya?
mengapa ‘Ampang’?
nasib baik aku orang pahang dan berambut hitam.. phewwwwww.. haha
aih.suke sgt nk kate orang kampung dtg kl culture shock. bape kerat je la kalau nk compare ngan pempuan2 from KL yg mmg dh mcm tu… haha.aku dr kampung dok kl elok je pon haa…
aku pun suke perhati orang, tapi xda la idea mencurah2 macam ko ni. wakakaa. bleh aku baca lagi? wakakaa.
Memang tajam pemerhatian ko. Dan ayat diolah dgn begitu bersahaja. Tahniah! Ko lelaki ampang ke?
I salute you bro… well delivered! In my my opinion, this blog potrey the similar conditions of typical “hot girls” in Malaysia mentioned above. And this goes perfectly to TmnTunDamansaraHeightsBangsarHartamas (cuber hang ckp laju2 dengan suara budak2 KL… funny!) also. No matter where you are from, You are considered “Perempuan Ampang”. I rest my case.
You have my support 100%
please refrain labelling all the typical-NOT-so-hot girls in KL as “pompuan ampang”.. jz refer to them as SKANKS, boleh tak?
ampang native -
yes maam!
ini kerja genius
afiq-
terima kasih.
wah..nice post~
suke aku bace..:D
aku ingat korg yg laki2 ni sumer, bukan suke ke kt ‘perempuan ampang’ ni??
cool la entri nieh..hahahaha
memang btul pon ur observation..but 1 thing yang aku notice is ampang is pack with outsiders..i mean org yang datang dari kampung-kampung mencari rezeki (alasan nak dtg KL)…memang x dinafi mmg wujud org apang sendri seperti ini..tapi tidak semua nya..tp amapng memang da full of labels..smer ni memang betul…i like ur blog..aku pun x minat dengan cara pemikiran sesetengah melayu (im a malay guy yang tinggal di Ampang.)
haha berjubah mcm sunno))).adoi.
haahahahahahahaha.jahat dan best.
hahahaha.baru drone.
ni first blog yang aku baca sampai ketawa gila gila.
haha.perempuan ampang.haha.haha.
aku rasa tajuk ni berkesanla.
apa pun.perempuan ampang payah nak sedar.sebab terlalu ampunk.
hahahahahaahahahahahahahahaahahhahaahahahhaahahahahahahahahhahahahahah
baru punk terowong.hahahahaha.
bagus bagus.terbaik.
nasib baik aku datang dari kampung.
jadi ciri2 di atas memang tak ada.
fuh! lega.hahahaha
Aku dok ampang dari kecil, ayah aku dok sini dari kawasan hutan dan lombong lagi sampai org kata, orang bujang gila dok atas bukit.
tapi siapa kisah, ampang kini dah berubah.
aku x le bayangkan aku hidup di daerah lain selain ampang.
bab masalah sosial ni x yah cite la sebab aku akui memang betul pun. race haram, bohsia, bohjan, kaki temberang, pendatang haram sume ada.
dan yang uniknya ampang ni ialah semua lapisan masyarakat ada kat sini, menteri, hamba abdi, mat saleh, mat gelap.
tempat lepak pulak biasalah Ampang Point dan kini ramai yang pergi MBO tengok wayang
Kalau sakitpun, Ampang Puteri x pun Klinik Fauziah atau Klinik Wan Julia.
I love Ampang [n the way it is]
Ampang Boy.
haha kelakar dow.
and the best part is panggil bf dgn panggilan ‘B’.
“geli i!”..haha..
tiada post utk perempuan cheras?
u better not..heee xP
ouh btw,i like ur post. =)
satu bukti kukuh contoh perempuan ampang yang aku kenal.
i wonder how ur ex gfs or ‘future appointed-gfs’ look like…. ^.^
kalau dulu suzy’s corner,skang ramai dak ampang dah lari lepak jalan damai.
saya perempuan ampang.
Lelaki ampang?
ahahaha..gud one!
couldnt agree more :)
omgg!! these are the type of labels me n my friends would give to ppl just for the fun of it! ure a frickin genius!
how about a post describing the guys who worship these ‘ampang’ girls’ faeces?
o my god… kawan2 aku ramai camtu.. but aku hepy je kwn ngn dorg.. n seb bek, not one of them..
hahahaha
member aku rekemen aku usya blog ko nih
point ko sume mmg ngam aa kawan
pe komen ko pasl ‘cikaro’ ?
taw kan pebende tuh ?
pekate ko wat posting pasl makhluk Tuhan name ‘cikaro’ ni plak ?
musti layaan punyer aa
hahahahaha
aku pompuan & dah 17 thn dok ampang …im so left behind…hahaha
Terutamanya dengan kekasih, ketika shopping beramai-ramai dalam satu kumpulan untuk membeli satu klip rambut di kedai Forever21 dan di kopitiam.
this is so kelakar! I saw this scene happened before my eyes. Meriah bukan main, tp, alahai, hair band or hair clip, benda yang bawah 10rm. LOL
best..best.. aku suka..aku suka pa yang nko tulis nin..syabas bete…
jgn skeptikal dengan gadis berkacamata hitam yg bergambar dalam proton atau kancil…janji itu kereta yang mampu beli…tidak semua bernasib baek lahir silverspoon feeded….entry ni ade yang benar tp ade yang menindas…benar…kamu x peduli….pandangan individu tiada salahnya….tetapi salah bila org ramai yang mempunyai pendapat sama membuat satu team menggelakkan org len…agak2 la…
hurm… fyi tak sume pon macam tu… to me let them live their lives that way… at least they are not a hypocrite. we are considered a grown up n can decide whats the best for us.. im nt saying that im one of them but i haf a friend like that turns out to be the sweetest n a kind and considerate person ive ever met.. why do you wnt to look at them this way? dont judge a book by its cover..n does it makes u a bigger person posting about them? not good bro..(or babe…whichever)
heyy.. i would like to state that not everyone from ampang act like what you’ve describe. as you may know, ampang is quite huge and there are many residential area in there. some are posh houses, others are not. all im saying is, attitude and the way people act depends on how they were brought up. if you are brought up in a good school and a good environment, one would not act as what you’ve describe. some girls from wherever they live in, also act uncivilized, drinking here and there, regardless of what religion they practice. to narrow it down to just ampang girl is plain unfair, and ridiculous. most of the ampang girls that i know of came from good background and was brought up in heritage school like cbn and bbgs. and trust me, all this girls have more class than all others okay.
ps: i live in ampang. and no, i do not drink nor hang around heritage as if it’s a cool thing. and i do not think nasya aziz is cool. thank you
oh, and what car do you drive? if you’re so great i mean :) hope is not a proton or kancil yeah,hehe
Oh, itu ke description ‘Perempuan Ampang’. Quite a few times I read about ‘Perempuan Ampang’. Hih
I was raised in Subang Jaya but have moved to Ampang and have been living here since 2003. I have friends from both areas – Ampang and non-Ampang, and when I studied overseas, I got to know people from other parts of Selangor/KL as well. Honestly, in my opinion, you shouldn’t stereotype people. I believe both areas have the same type of people (Minahs as you call them). You can’t really tell if, for example, a girl who can be described as above is from Ampang. The reason why you can see more girls in Ampang are like the described above is because Ampang (which is right in KL), has more immigrants and they try to adapt to the lifestyle here. Education also makes a huge difference. If you grew up in a family which puts education as top priority, you would most probably be able to represent yourself in public well. I do admit in areas like PJ and Subang, there are MORE (not all) well-off families compared to those in Ampang.
Hence, that’s why you can see the difference. But the main point is, you should not stereotype people by just looking at them.
Oh, and drinking? Whether or not you live in Ampang, drinking is not only Haram in Islam, but alcohol is proven to be bad for your health.
mmg gampang itu peremp-wan(g) ampang.
Aku keje kt ampang..
ape yg ko taip kt blog ko ni mmg btul..
‘Perempuan Ampang’ mmg mcm tu la gayenye…
naik meluat aku tgk..
menyampah..
sakit mate..
kahkahkahkah…
I don’t think sebab Ampang pun kan perempuan perempuan ini jafi begini kan.. Just nak bagi nama untuk stereotype, ye tak? Ramai apa kaum Hawa yang fit into these categories in Ampang.. Orang Ampang janganla terasa ye
Sekian,
Perempuan yang dah duduk Ampang sejak lahir
betol jugak ape yg ko ckp..
ape yg aku x suke nye…derang ni suke buat kecoh x tentu pasal kan…
tp slalu nye tu budak kolej laaa..
part pelakon drama tv1/2 and baju nampak lurah tu..
macam knal saja sorg minah ni
my bestfriends’ new girlfriend.
tinggal kat kajang
bangga sungguh jadi extra drama
pnoh gambar kat myspace tengah shooting untuk drama yang tak pernah dengar pun namanya.
sangat aneh.
Pompuann ampang da jd gampang
hahaha
Stereotyping 101
aku rase maksud penulis ni ngan perempuan ampang ni adelah generalize pada kaum2 camtu.die cume amik sebagai contoh
takkan la sume entry ko nak taruk perempuan setapak,perempuan wangsa maju,perempuan kota damansara
hakikatnya mana2 adelah same je
dan,adelah bodoh komen di atas yang mengutuk org berjubah,bercelak bagai.itu kan sunnah.bodoh sekali lagi aku katakan
Ampang girl,
trying too hard to grab others attention.
looks very stupid to me. seriously, you are ruining yourself.
you wont find a good partner for your life.
maybe now you are still young you can feel the enjoyment, but as you getting older, you’ll see that you’ve been so stupid before.
mmg dah betul la.
kdg tu kalau terserempak dgn org camni,aku sanggup persetankan mereka.
sebab jenis diorng neh,lagi org keliling ramai..lagi nak megah.
entah pe menda nak dimegahkan pon aku xtau.
terserempak ngan artis pon aku tak heran langsung.
diorng pon manusia macam kita jugak.
kdg tu aku sengeh dan rasa cam kesian sgt ngan diorng neh.
apepon,
cool gila sbb ade org ketengahkan benda camni.
:)
bagi aku semua plastik.
cam biasa la..
AKU TAK PEDULIK.
hahahahahaaaaa..
hahahahaha…ko punyer blog mmg kelas…aku suka lar baca…owh, maknanya gadis2 yg budget hawt yg aku selalu tgk bila shopping tu rupanya gadis ampang la ek…??? wakekekeke…diaorg suka pakai handbag imi la…
[...] Previous Next [...]
[...] Wajib mempunyai akaun Myspace. Ini mungkin kurang relevan, tetapi untuk Perempuan-Perempuan Ampang yang inginkan status sosial mereka diubah ke Perempuan Hipster, Myspace tetap relevan. Di sinilah, [...]
[...] musnah. Ya, mungkin sukar untuk dipercayai tapi aku tahu ramai yang beranggapan begitu (termasuklah Perempuan Ampang). Vaginal sex tak boleh. Anal sex boleh. Pelik tapi benar. Tak percaya tanya mereka. Aku tak [...]
[...] Kurus. Yang gemuk dan gempal sedikit akan disisihkan, dan mungkin turun status menjadi Perempuan Ampang. Perlu dikatakan di sini, mungkin sekali imbas golongan Minah Kelabing ini kelihatan seperti [...]
hahha,,,,nasib baik ak n bf baru pgil abg je…hoho…klu sebut kg2,..ak mmg asal kg…cume kebetulan parents ak beli umah kat metropolitan sq…so terduduk la ak d cni…tp hine sgt ke klu asal kg pon?haha…loike i care…
Sunn O))) ???? dem ada jugak org mesia minat ye. sng cite mmg best. byk je minah mcmni. tah2 yg dok setuju2 ni awek korang pun mcmni, x? tapi nk ckp kat awek, nk komplen xboleh, so setuju jela kat sini.
keep it up. sebenarnye pemilik blog ni dah berjaya buat benda yg aku n kwn2 aku cube buat. cume alhamdulillah ada org dah buat, senang sikit.
buat apa?
MEMBINCANGKAN BENDA YG SEMUA ORANG LALUI, TAPI X PERNAH ADA MASA/EFFORT NAK BINCANG.
syabas. gogogogo!
sudah la
perempuan Ampang kadang2 lagi ramai low class
sorry la sebab memang betul
aku sebagai warga Taman Kosas dah naik malu jelik dan nak muntah berjemaah dengan semua nie