Ya, ya post-punk. Istilah yang selalu dibaca di pitchfork (tempat budak sekolah menengah yang inginkan kredibiliti muzik segera) dan didengar di MTV semenjak dua menjak ini. (apa dia? tak pernah dengar? sila beredar dari Saluran 16 Astro kamu sekali-sekala), ya?. Secara subjektifnya, boleh dikatakan post-punk revivalism sedang menular di kalangan banyak band popular masakini (termasuk di Malaysia sendiri). Aku malas mahu menulis berkenaan band-band tersebut (sila Google seperti biasa), jadi sebaliknya aku akan terangkan post-punk seperti mana yang aku faham. The old-school.
Secara amnya, gerakan post-punk adalah serpihan dari trend ‘punk’ yang menular di kota London sekitar tahun 70an. Jika punk adalah antitesis gerakan hippie dan glam rock yang popular masa itu, post-punk pula adalah olahan muzik dan ideologi punk yang dibawa ke satu tahap yang lebih kompleks, lebih rumit dan secara emosinya mungkin lebih mendalam dari jiwa mudah punk yang hanya ingin memberontak. Post-punk (dan mungkin juga punk secara amnya) pada hari ini lebih memesong ke gaya muzik, dan gaya fesyen itu sendiri. Lihat saja di Laundry Bar di The Curve, Mutiara Damansara sekitar malam Khamis dan anda akan faham kenapa. (Terima kasih Topman dan Doll’s Store Bukit Bintang)
Ok, kita lupakan kutukan (sampai bila nak maju?) dan kita mulakan sesi Youtube kita seperti biasa.
1. Joy Division – Tranmission/She’s Lost Control
Adalah tidak lengkap jika aku sebut post-punk kalau aku tak sebut band ini. Joy Division, band kelahiran empat orang muda dari Manchester ini, dengan vokal enigmatik persembahan Ian Curtis (yang akhirnya membunuh diri pada tahun 1980, secucuk dengan statusnya sebagai ikon post-punk dan rock secara amnya) adalah pada aku, erti kata sebenar post-punk. Dari 4 orang ini lah bermulanya gerakan ‘Madchester’, dengan galakan dari mendiang Tony Wilson (kematian akibat barah, mungkin kerana terlalu banyak dadah, rokok dan arak) dan syarikat rakamannya Factory Records beserta kreativi Peter Saville yang merekacipta imej visual mereka. Dua lagu ini merupakan contoh terbaik gaya post-punk minimalis yang diperjuangkan mereka. Joy Division tidak berakhir di situ, malah selepas kematian Ian Curtis, 3 ahli yang lain di bawah pimpinan gitaris Bernard Sumner telah mencapai kejayaan sebagai New Order. Untuk mengetahui cerita lanjut perihal gerakan yang dimulakan oleh mereka ini, sila beli DVD 24-Hour Party People dari kedai DVD cetak rompak kegemaran anda, dan nantikanlah biopsis Ian Curtis berjudul Control yang bakal tiba di kedai yang sama sebentar lagi.
2. Gang Of Four – To Hell With Poverty
Anda nak tahu dari mana band-band MTV seperti Franz Ferdinand mendapat inspirasi mereka? Dengar dan lihat sahaja video ini. Kumpulan kegemaran DJ radio BBC John Peel ini masih lagi bermain bersama sehingga sekarang, dan disebabkan MTV telah mendapat semula perhatian dari pihak media. Franz Ferdinand bukan yang original!
3. The Cure – A Forest
Band pimpinan si rambut besar (dan sekarang badan besar) Robert Smith ini lebih sinonim sebagai ikon goth (Cerita Lain) dari post-punk, tapi memang tidak dapat dinafikan kesan mendalam yang telah ditinggalkan oleh The Cure dalam arena muzik post-punk. Band ini baru-baru ini telah bermain di Singapura. Kenapa tak pekena teh tarik kat Malaysia dulu, Encik Robert?
4. Swans – A Screw (Holy Money)
Band ini lebih dikenali sebagai mahaguru muzik industrial, avant-garde dan mungkin doom dan sludge (kesemuanya Cerita Lain) tetapi muzik asas mereka selalu dikategorikan sebagai post-punk. Perlu aku nyatakan di sini, muzik post-punk secara dasarnya bertanggungjawab sebagai asas banyak muzik moden yang popular sekarang, jadi tidak hairanlah jika bunyi post-punk luas tafsirannya. Swans, band pimpinan Michael Gira juga pernah dikenali sebagai Band Terkuat (dari segi bunyi ya, bukan otot) Di Dunia, sehinggakan tidak mustahil ada penonton yang muntah di persembahan mereka.
5. The Fall – Cruiser’s Creek
Mark E Smith dan bandnya The Fall telah meninggalkan kesan yang mendalam untuk komuniti post-punk. Masih aktif dan bermain sampai sekarang, walaupun secara jujurnya Mark E Smith sekarang kelihatan seperti Dr Stephen Hawking. Kalau kau tak tahu siapakah Stephen Hawking kau tak patut wujud dan memang patut kau seorang Mat Rempit/Perempuan Ampang.
Penatnya.
Kalau didengarkan betul-betul, memang benar kita boleh dapati asal-usul muzik indie (ya, ya, Cerita Lain) popular sekarang. Terus terang, tiada post-punk dan tiada band-band yang aku sebut di atas, senario muzik dunia sekarang akan jadi amat berbeza. Daripada gerakan ‘Madchester’, goth, indie rock, dance punk, industrial, semuanya telah menjumpai titik permulaan dari post-punk.
Tapi sekarang, sebut sahaja post-punk, kita akan ingat seluar ketat. OK aku tidur. Oh ya, aku tahu ada ramai peminat post-punk di sini. Sila komen jika sudi.
Popularity: 4% [?]
yeah post rock sudah ada,post punk pun sudah ada…lepas ni buatlah entry pasal post hardcore pulak brader..dorang pun pakai seluar ketat gak :)
herhmm apa jenis post pon semua boleh dilayan (sesetengah band di malaysia) tetapi segelintir band ( some) band syok sendiri….damm sedih
blog yg menarik untuk di baca..teruskan kawan hahahahha
memang ramai syok sendiri. nak buat camna?
Kalau main band memang kene syok sendiri sikitla… maksudnye you don’t care about what people might say and have faith in what you are doing.
Kalau nak ikut pendapat orang lain je, jadila produk realiti tv…
Masalah band malaysia yang terbesar ialah sibuk dengan audience acceptance, sebab tu tak maju dan cume main jenis music bermusim.
Sebagai contoh, ari tu mamat tu main hardcore sebab sume orang hardcore time tu… tup tup skarang jadi mat indie shoegazer la pulak sebab indie tgh naik skarang… apa dia???
Sorry aku emo, tapi mungkin encik melayu minimalis boleh buat entry pasal emo pulak…hehehe
swans.aku paling suka la.the sound best.drone drone.sangat sludge.
bro, cuba ko pgi cheras or jln klang lama plak..sna ade skinhead. mari la…kami mnunggu kehadiran mu…