September 1, 2007 15

Antara Si Arab Dan Astro.

By in Pemerhatian

Maafkan kerana sudah beberapa hari aku tak menulis apa-apa. Mungkin aku sedang cuba memerdekakan diri aku dari belenggu Internet, mungkin juga sebab aku tiada apa yang menarik yang ingin dikongsikan bersama. Penat badan aku melayan kawan-kawan perempuan ku yang gedik-gedik belaka, penat lagi minda aku (ya, aku dah hilang kiraan jumlah paracetamol yang aku ambil untuk mengurangkan masalah migraine aku) memikirkan masalah dunia dan lain-lain.

Hari ini, aku nak bercerita sikit pasal orang Arab. Mungkin berbaur perkauman sedikit, tapi inilah kebenaran. Dari pakcik yang membawa teksi kehulu-hilir, dan kawan-kawan aku yang pernah ada pengalaman, rata-rata semua bersetuju mengatakan bahawa dia orang ni kurang sopan.

Mungkin juga kurang ajar dan biadap.

Ada aku dengar cerita pakcik teksi (ingat tak kartun Din Teksi dulu?) yang menahan perasaan marah apabila anak Pak Arab dengan selamba meletakkan kaki di atas dashboard ketika menaiki teksinya, hinggakan cerita kawan aku yang melihat di depan mata sendiri anak Pak Arab yang meludah kaki apek yang tidak bersalah, macam-macam tanggapan negatif dilontarkan. Jalan sahaja di sekitar Bukit Bintang, penuh dengan perempuan Arab kaya berpakaian jenama Dior di bawah purdah hitam mereka, dan bau-bauan shisha dan kayu gaharu yang menikam hidung. Tunggu sahaja di depan hentian teksi, dan perhatikan betapa biadapnya mereka tawar-menawar dengan si pemandu teksi. Mungkin secara asalnya mereka agak kasar, tapi kerapkali aku perhatikan sifat yang hanya boleh dikatakan biadap.

Malah aku sendiri tiap-tiap hari berdepan dengan masalah Kumpulan Pelajar Arab Yang Berborak Kosong Dengan Suara Kuat di halaman kondo mewah aku ini. Mereka berkumpul di depan kondo aku, tak kira lelaki atau perempuan, membuang sampah kuaci merata-rata. Hinggakan malam tempohari aku telah menjerit “SHUT UP” dari unit kondo aku, semata-mata aku tak tahan dengan sifat mereka yang suka berbual kuat-kuat sehingga lewat malam. Baru senyap sikit.

Sampaikan hari ini, sedang aku memandu balik ke rumah, aku ternampak seorang Arab tidak berbaju berkeliaran di sekitar laman depan kondo aku. Kemudian aku perhatikan ramai pak guard Gurkha dan Nepal berkeliaran di kawasan yang sama. Rupa-rupanya Arab mengamuk, memang kecoh. Berkaki ayam kehulu dan kehilir, entah apa yang diamukkannya. Datanglah si girlfriend Arab ni, mungkin untuk memujuknya, tapi hanya dibalas dengan jeritan dan pekikan si mamat Arab tak berbaju ni.

Habis dihalaunya orang-orang yang tak bersalah yang kebetulan berada di situ. Kecoh. Memang bodoh dan bahlul. Sehinggkan pihak polis terpaksa datang untuk menenangkan suasana. Aku harap dia ditangkap dan disumbatkan ke penjara! (aku tak nampak apa yang berlaku sebab aku beredar bila polis datang.)

Memang biadap dan kurang sopan.

Mereka tak sedar ke mereka hanya pelawat ke negara orang? Nampaknya sekarang Pak Arab lagi kecoh dari Pak Afrika. (Cerita Lain). Aku juga pernah berada di negara orang, tapi aku masih bersopan-santun. Mungkin mereka berduit, sanggup berbelanja mewah dan tinggal di hotel mewah, dan yang belajar di sini juga berkehidupan mewah, tapi mereka tetap pelawat. Kita nakkan sangat ke duit mereka? Di sana sini tertampal papan tanda berbahasa Arab. Malah DBKL sanggup menyediakan kawasan khas untuk mereka. Lihat saja ‘Ain Arabia’ di Bukit Bintang. Ramai lagi orang luar berduit. Kita tak perlukan duit orang yang tak pandai bersopan-santun.

Ok cerita lain pula.

Aku sambungkan balik akaun Astro aku. Akhirnya aku telah membayar bil Astro aku yang tertunggak lebih setahun. Jadi, aku akan dapat Astro balik.

Itu sahaja.

Siapa ada cerita pasal Pak Arab lagi? Kongsi-kongsikanlah bersama. :)

Popularity: 4% [?]

15 Responses to “Antara Si Arab Dan Astro.”

  1. F-Tia says:

    hurms..i am right NOW in Arab Country.
    tapi tidak semua. Arab ada pelbagai pecahan. Begitu jugalah dgn peradaban mereka.
    Cth mudah, perempuan ampang dgn bukan perempuan ampang. masih perempuan cuma ‘tmpt’ yg membezakan.
    err..paham kah?
    hehe..
    **tumpang lalu..

    -d0ne-

  2. Melayu Minimalis says:

    yeah. just generalizing. and,generally, based on my obversation, that has been the case..

    *sigh*

  3. Melayu Minimalis says:

    Semalam aku di Kiosk, ingin membeli rokok. Di depan aku ada seorang Arab, ingin membeli rokok juga.

    Dahlah mintak rokok dengan kurang sopan, lepas tu duit bayarannya dilontar ke atas kaunter.

    Memang Arab betul.

  4. Azzu says:

    saya suka blog saudara.
    ni nak cerita pengalaman kawan saya dgn pak arab (saya di tempat kejadian) ;)

    pak arab berjalan pegang tangan dengan isterinya di tepi pantai feringghi, sambil ditangan sebelah lagi memegang botol chivas yg kadang2 diteguknya (direct dr botol tu).

    kawan saya ni pula menyewakan bot ke pulau2 kecil berdekatan. sewaktu nak naik atas bot yg tgh terumbang-ambing, kawan saya mau menolong isteri pak arab naik dgn memimpin tangannya. lantas ditengking pak arab: “don’t touch! HARAM!” sambil ditangan sebelah lagi masih memegang kemas botol chivas.

    pak arab mmg bongok.

  5. Melayu Minimalis says:

    hahaha.
    aku pernah ke pulau perhentian. jadi adalah sekumpulan arab dengan isteri masing-masing kehulu hilir di atas pantai yang penuh dengan mat salleh.

    dia datang kat tempat aku makan, lepas tu dia tanya mamat kat situ, mana private beach.

    semua malas nak layan sebab cara dia tanya macam pulau tu bapak dia punya.

  6. Anonymous says:

    haritu aku balik dari klia hanta kawan aku kat airport. singgah petronas nak isi minyak. tgh beratur nak baya. tetiba dtg 2 ekor pak arab nak baya oreo dgn roti. terus potong queue aku. mamat cashier tu plak bleh layan je. pokemon punye dragon ball!

    p/s: minimalis, ko suka he-man jugak eh? cayalah!

  7. Melayu Minimalis says:

    pokemon punya dragon ball! haha kelakar.

    BY THE POWER OF GRAYSKULL!!!

  8. you and whose army says:

    bini bukan main tutup.
    suami seluar pendek.

    haih arab mmg camtu. mungkin sebab itu islam bermula disana?

  9. hylda says:

    malaysia sekarang ni dah jadi macam negara penagih – ketagihkan duit-duit orang asing (in this case, the Arabs).

    masa kat klcc bulan 8 haritu, saya tengah duduk santai atas bench depan Topshop. datang sorang Pak Arab dengan isteri dia, he tapped on my knee and motioned me to ketepi sikit, supaya diorang boleh duduk.

    agaknya dia bisu kot, sebab tu kena guna sign language.

    damn. i should have ignored him!

  10. theyie says:

    aku rasa nature org arab mmg mcm tu.kasar..aku terpegi satu negara arab ni seminggu..dari budak2 kecik sampai la umur atuk nenek semua kurang ajar. taxi driver baling syiling yg aku bayar keluar tingkap sbb diorg nak duit kertas.

    pada pandangan aku, I.Q. org2 arab ni tak boleh cope dgn duit hasil minyak yg diorg ada.10 tahun lepas diorg naik unta, skrg naik ferrari pegi masjid. so imagine lah mcm mana otak org arab2 ni adapt dgn situasi kemajuan yg terlalu cepat.

    alllellellellle!!trrtt!!!trrtt!!trrtt!!
    allellelelelle!!trtt!!jihad!!

  11. nurul says:

    crite pak arab kaya yang berkira duit (kedekut): dtg sini buat treatment IVF (nilai duit kita kecil, jadi kos treatment ‘nampak’ kecil jugak), satu cycle kos ~RM16k ke RM24k. siap merayu-rayu minta kurangkan bil rawatan, special discount-la etc.., time admission, kat kaunter bukan main cakap besar. agaknya kalau dia gi buat kat Bourn Hall clinic tu, berani tak dia mintak diskaun camtu???

  12. Fadli says:

    Sebab bengang dengan Pak Arab yg tolak aku masa kt KLCC. Aku raba bontot bini dia dari belakang.Yang kelakar bini dia pandang belakang n boleh senyun lagi. hahaha

  13. manusia ganjil ikan yu says:

    entry ni dah lama tapi aku nak ulas juga.

    Arab Jahilliah.

    Turun Nabi.

    aduh
    masuk bab agama lak

  14. who care? says:

    arab busuk.huh! banyk makan bawang putih.ketiak busuk.hahahaha.
    busuk busuk.

    perempuan arab sangat cantik. tapi bila dah berkahwin secara tak langsung jadi belon udara. sebab terlalu banyak makan kambing. hahaha

  15. who care? says:

    ow.lagi satu.

    arab asalnya lanun.hahaha

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes