Tafsiran ‘Perempuan Hipster’ Melayu.

Posted on Wednesday, September 5th, 2007 at 01:26

Aku baru sedar bahawa nukilan aku di bawah ini berkenaan hipsters mendorong ke pihak lelaki. Jadi sebagai addendum kepada pemerhatian tersebut, aku persembahkan, ‘Perempuan Hipster’. Versi Melayu.

1. Citarasa muzik seperti yang disebut sebelum ini, tetapi sudah tentu memihak kepada band-band atau penyanyi indie yand segak bergaya berseluar ketat. Aku tak tahu kenapa tetapi Damien Rice amat popular, juga Ryan Adams (bukan si kedut Bryan Adams, ya?) Tapi semenjak dua menjak ini juga penyanyi solo wanita seperti Cat Power dan Feist amat popular. Dahulunya band-band emo amat popular, tapi disebabkan ketermeletupan My Chemical Romance, band-band emo ini ditinggalkan, sebaliknya band-band ramai orang seperti Arcade Fire, Broken Social Scene, Architecture In Helsinki (dan mungkin juga Polyphonic Spree) menjadi pujaan.

Berbeza dengan versi lelaki, tak ramai di antara mereka ini bermain dalam band. Kalau ada, status sosialnya diangkat menjadi ‘dewi pujaan’. Biasanya mereka ini mempunyai teman lelaki, kebiasaannya ahli band, mahupun kaki gig. Gig di Laundry Bar sahaja, tempat lain panas.

2. Wajib mempunyai akaun Myspace. Ini mungkin kurang relevan, tetapi untuk Perempuan-Perempuan Ampang yang inginkan status sosial mereka diubah ke Perempuan Hipster, Myspace tetap relevan. Di sinilah, dengan menggunakan teknologi moden, ramai perempuan hipster mengambil gambar ‘sudut’ mereka menggunakan telefon bimbit/kamera digital yang dibeli hasil penat lelah menjadi promoter Digi/Maxis/Celcom di road-show (Jom Kecoh) di Pulau Pinang dan Kedah. Gambar ‘sudut’ ini selalunya bermaksud 45 darjah dari paras depan muka, mencondong ke arah kanan dan ke atas (rujuk gambar sebelah). Kiranya sudut mengambil gambar sendiri menggunakan kamera/telefon bimbit di tangan kanan lah. Kalau kidal guna tangan kiri, sudut berubah ke sebelah kiri pula.

Satu lagi sudut yang popular ialah sudut cermin, iaitu apabila subjek mengambil gambar sendiri di hadapan cermin. Antara lokasi popular untuk mengambil gambar sebegini ialah di tandas Zouk, bilik persalinan Topshop dan di depan komputer dalam bilik bersepah. Juga perlu diingatkan gambar-gambar sebegini tidak terhad kepada kaum wanita, yang lelaki pun ada.

Mereka sebegini dipanggil “Myspace Whore” ataupun pelacur Myspace. Tapi jangan main-main, ramai perempuan hipster berjaya menemui teman lelaki hipster pujaan mereka menggunakan taktik sebegini. Tahniah aku ucapkan.

Seperti aku katakan tadi, zaman Myspace hampir berakhir. Sekarang mereka lebih gemar ke laman Fac… eh, tak boleh bagi tahu. Rahsia.

3. Fesyen. Kalau dahulunya t-shirt bayi (baby tee) popular, sekarang tidak, semenjak menularnya fesyen t-shirt bayi ini di kalangan Minah Rempit dan Minah Tudung Seksi (kedua-duanya Cerita Lain). Pakaian pujaan kebiasaanya berjalur, dan deconstucted. (Rujuk gambar pertama) Lagi deconstructed lagi bagus. Masih ada yang bert-shirt, tetapi baju dress lebih digemari dan lebih hipster. Jalur besar atau halus tak kira, asalkan jalur melintang atau senget. Jalur kebawah selalunya dijauhi. Kalau berseluar, akan berseluar ketat yang paling ketat.

Tas atau beg tangan pula yang berwarna metalik menjadi impian. Warna perak atau emas, kedua-duanya boleh. Sebenarnya tak kisah pasal beg tangan, asalkan besar bagak dan boleh mengisi cermin muka besar berdiameter 15cm. Kasut biasanya bertumit rendah. Tumit tinggi hanya untuk Perempuan Ampang. Sneakers jenama Converse kadang-kala dipakai (bukan Nike, itu untuk geng jahat berbaju besar sahaja), tapi kurang sofistikated.

Rambut kebiasaanya panjang, tapi pendek di depan. Juga jarang diwarnakan, mereka ini bangga berbangsa Melayu dan tidak gemar rambut mereka di’perang’kan. (Sila lihat gambar). Mekap yang dikenakan amat minimal (aku suka! Melayu Minimalis-lah katakan). Paling kuat pun celak mata dan lip gloss. Tak boleh banyak sangat nanti akan dicap Perempuan Ampang pula.

Satu aksesori penting ialah cermin mata. Yang berbingkai besar, ala-ala Sarimah (yang original, bukan yang baru) dalam awal tahun 80an. Lagi besar, lagi comel, agar mendapatkan ilusi yang muka mereka ni tak sebesar mana, kerana saiz muka yang kecil dan kawaii yang diimpikan. Lihat saja gambar hiasan di atas ini, disebabkan rambutnya, mukanya yang agak besar kelihatan kecil. Kalau diserikan dengan cermin mata berbingkai besar sudah pasti tampak lebih comel, bukan?

4. Sosial. Ikut ke mana sahaja Lelaki Hipster pergi. (Lihat nukilan sebelum ini). Bezanya arak kegemaran adalah wain merah ataupun champagne. (Dalam Bahasa Melayu tiada istilah untuk champagne ke? Champen? Chempen?) Tak perlu beli, teman lelaki yang baru dapat duit persembahan di gig yang akan belanja. Teman lelaki wajib membelanja mereka ini sebagai ganjaran kesabaran sebab tiap-tiap hari si perempuan akan ke studio untuk melihat teman lelakinya ber’jamming’, dan selepas jamming akan mengikutinya lepak di kedai mamak bersama teman lelaki dan ahli-ahli bandnya hingga ke pukul 3.30 pagi.

Kebiasaannya perokok, asalkan bukan jenama SKL, rokok berwarna hitam yang busuk itu. Yang rebellious sikit akan menghisap Sampoerna Hijau. Ala Perempuan Ampang tapi pedulikan itu semua!

Aku rasa itu saja pemerhatian aku untuk kali ini. Tak banyak yang membezakan Lelaki dan Perempuan Hipster. Kadang-kadang Lelaki Hipster yang macam perempuan pun ada. Risau aku.

Aku memang inginkan seorang Perempuan Hipster, tapi siapalah aku ini… Cewah. Cerita Lain.

Popularity: 5% [?]

Responses (16)

  1. Melayu Minimalis says:

    wah. takda komen langsung.

  2. you and whose army says:

    perempuan2 hipster dah marah kot.

  3. Anonymous says:

    tgh sibuk torrent/wikipedia all things indie/hipster-ism atau pun pergi ke blog untuk mencari buku yg cool (tak salah membaca, tetapi beli buku kat borders semata2 nak jadi cool sememangnya SALAH) untuk mendapat street cred apabila bercerita tentangnya kepada member2 kat laundry bar ataupun di office.

    ya aku anonymous

  4. Melayu Minimalis says:

    aku rasa tak marah. mungkin sebab semuanya benar kot. hahaha.

    • nur amira says:

      dulu time baru je pindah cni…ak jakun giler bile adik ak sebut nk g laundry mlm2,..igt mesin basuh rosak ke yg beria nk jalan kaki cuci baju kt the curve,..rupa2nya nk g mkn kt bar tu..ok la..food dy sdap gak…hoho

  5. zaX says:

    errr. memang benar. tetapi pasti ada penambahan.

  6. Melayu Minimalis says:

    Encik Zax.

    apa kata kamu yang tambah?

  7. wanita bawahan umur ingin-jadi (minor wannabe) says:

    aku geli wanita hipsters. is it like that nowadays? you could either fall into those two categories? hipsters and ampang?

    there’s something most women (i mean girls in this matter) dont realize, sadly. being cool doesnt always mean you have to be all striped up and lepak at laundry every night.

    but i know someone who is a magnet for these kinda girls. yang boleh plak satu geng jalan reramai pakai lebih kurang same….boifren lagi macam pompuan…

    dan yang paling penting, sangat plastik lepak satu geng besar di loft. YE LOFT ZOUK setiap hari jumaat dan menyanyi sekuat hati untuk kasi tahu semua org dia tahu band tersebut.

    aku. geli. tapi. aku. sayang. ah. xuxuxuxuxuxuxuxu – takde kene mengene

  8. senandung says:

    ‘Kadang-kadang Lelaki Hipster yang macam perempuan pun ada. Risau aku.’

    ahahah…ayat ni klaka..owh..rupenye kamu ni PEDULI jugek..

  9. Melayu Minimalis says:

    Risau sikit ah.
    Tapi peduli apa aku!

  10. Gadis di Tepi Tingkap says:

    Hey, aku terlambat sikit jumpa blog kamu. Hello.

    Aku suka tengok perempuan hipster. Pegi Laundry cuci mata. Yang kawaii tu layanlah. Yang berusaha keras jadi kawaii tu, ish ish.

    Aku pun suka tengok fesyen baju PH (perempuan hipster). Menarik mata memandang. Kerana asyik memandang, sedar tak sedar aku pun ada beberapa koleksi pakaian ‘inspired’ by the PH.

    Pemerhatian kamu terhadap golongan ini walaupun perinciannya tidak terlalu rapi, masih bisa dihadam. Aku suka.

    Kita tidak boleh memaksa semua orang menjadikan muzik sebagai jiwa hidup. Bagi PH dan LH, muzik adalah gaya hidup. Dan bagi ‘aku tak peduli’, lebih baik menjadi oportunis..hehehe. Peace.

    Alah, aku memang suka Jeff Buckley!

  11. Melayu Minimalis says:

    gadis di tepi tingkap-
    I love Jeff Buckley too!

  12. Mohd Jayzuan says:

    “Gig di Laundry Bar sahaja, tempat lain panas.”

    hahaha. ayat ni memang buat aku lupa lapar puasa.

  13. sn says:

    It’s champaigne lah! I googled this once cause I didn’t know how to spell it. Dalam bahasa Melayu, todi kot..

    • Anon says:

      aku ingat kau nak betulkan yang MM eja Champagne tu sebab first ayat kau pun cakap

      It’s champaigne lah!

      minta maaf, kamu silap. ejaan nya Champagne. terima kasih.

  14. [...] betul lah kamu. Sila baca nukilan berikut. Beza ‘Hipster’ dan ‘Scenester’. Tafsiran ‘Perempuan Hipster Melayu‘. Tafsiran ‘Hipster Malaysia’. Dan sebagai dokumen sokongan sila baca [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes