Kutuk punya kutuk aku sudah lupa untuk berkongsi pengetahuan muzik. Kita lupakan sessi pendapat sinis kita seketika, dan apa kata kita lihat pula tentang muzik ‘post-metal’ sekarang. Tak silap aku, inilah nukilan ketiga aku berkenaan jenis muzik yang mempunyai prakata ‘post’ di depannya selepas post-punk dan post-rock.
Pada pendapat aku memang tak relevan pun. Muzik berkembang, cuma aku hairan kenapa perlu dikelaskan sebagai post- itu dan post- ini. Wartawan dan penulis muzik sedunia sudah ketandusan idea mungkin?
Ok, sebelum aku melalut lagi, ingin aku persembahkan, Post-Metal Untuk Si Bodoh. Secara mudahnya, post-metal adalah gabungan muzik post-rock dan heavy metal, dengan unsur-unsur industrial, progressive, dan kadang kala sludge dan drone. (Semua Cerita Lain.) Kebanyakannya muzik instrumental, seperti post-rock juga, dan lebih mementingkan atmospherics dan mood muzik daripada keupayaan teknikal dan segala benda lain yang biasa dikaitkan dengan metal. Sampai ada orang kata post-metal adalah metal untuk orang yang berfikir (tapi bukan aku kata peminat metal biasa semua tak pandai fikir, ok?)
Untuk menyenangkan hidup, mari kita lihat video-video Youtube dibawah.
1. Isis – The Beginning And The End
Anggota Isis Aaron Turner, yang juga merupakan boss label Hydrahead Records lah yang mula-mula sekali mengusulkan istilah ‘post-metal’. Kalau kita lihat band beliau Isis, memang banyak pengaruh muzik post-rock yang diketengahkan, cuma ianya lebih ‘keras’ sedikit. Berbeza dengan post-rock, isu-isu yang diketengahkan oleh Isis lebih mendalam, daripada isu sosiopolitik hinggalah ke agama, dan banyak tema-tema ini boleh dilihat dari album-album yang diketengahkan mereka.
Isis boleh dikatakan sebagai band yang pertama mempopularkan post-metal, setelah mengambil unsur-unsur dari band popular lain seperti Godflesh, Melvins dan Neurosis.
2. Pelican – Bliss in Concrete + City Of Echoes
Bersama-sama Isis, Pelican boleh dikatakan pejuang utama muzik jenis ini. Juga bernaung di bawah label Hydrahead Records, Pelican lebih menjurus ke arah post-rock, dengan melodi yang lebih indah, dan struktur lagu yang agak meleweh dan panjang.
3. Jesu – Silver
Jesu merupakan projek Justin Broadwick selepasnya berpecahnya band beliau sebelum ini, Godflesh. Godflesh merupakan band industrial yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi post-metal pada mulanya, dan jika didengar lagu mereka, Jesu juga banyak menjurus ke arah jenis muzik shoegaze, dan juga terdapat vokal di dalam lagu-lagu mereka. Memang lagu yang sedih dan menyakitkan tapi aku suka.
4. Neurosis – Crawl Back In
Selain dari Godflesh, Neurosis juga telah memainkan peranan yang penting ketika zaman akar umbi post-metal. Neurosis yang dahulunya merupakan band yang agresif dan bertempo laju, telah sedikit demi sedikit mengubah haluan kearah muzik yang lebih berat tapi dengan tempo yang lebih perlahan, tanpa mengurangkan intensiti mereka sebagai satu band metal. Neurosis lebih dikenali sebagai memperjuangkan jenis muzik doom metal, tetapi pengaruh mereka dalam post-metal memang sukar untuk dinafikan.
5. Russian Circles – Death Rides A Horse
Berasal dari Chicago, juga tempat asal Pelican, Russian Circles merupakan salah satu band post-metal yang sedang melonjak naik sekarang. Muzik mereka lebih mementingkan melodi yang mudah didengar, dan agak banyak pengaruh post-rock di dalam persembahan mereka.
6. Red Sparowes – Like The Howling Glory
Super-band post-metal, dengan ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Neurosis dan Isis. Pada awalnya telah bernaung di bawah label Tribes of Neurot, yang merupakan label rakaman milik Neurosis. Berbanding dengan kedua-dua band tersebut (Neurosis dan Isis), Red Sparowes tidak seberat, malah lebih berirama mudah dan kurang agresif, tanpa bunyi-bunyian gitar yang berat dan ala-metal. Sebenarnya mudah untik dikategorikan di bawah post-rock.
Seperti biasa, memang banyak lagi contoh band-band post-metal yang baik. Yang aku selitkan di sini hanya contoh-contoh yang aku suka. Untuk lebih maklumat, sila baca laman wikipedia ini. (Maaf, hanya untuk mereka yang memberi tumpuan di kelas Bahasa Inggeris di sekolah sahaja.)
Pada pendapat aku, tak banyak membezakan post-rock dan post-metal. Terdapat banyak band-band metal yang semakin ‘sensitif’ dan ‘peka’ dan terus menular ke arah post-rock, tetapi disebabkan oleh tanggapan negatif terhadap post-rock, (post-rock sekarang dikenalikan sebagai jenis muzik yang kurang trendy dan semakin malap, kisahnya) mereka lebih senang dikelaskan sebagai post-metal.
Apa-apapun, post-metal merupakan salah satu jenis muzik yang aku paling gemari. Selamat belajar!
Popularity: 2% [?]
leh! tade org komen disini :(
biasalah, orang kita.
Tudung anti-peluh? Wah! Ini satu idea keusahawanan yang bagus!
Ceh! Aku dah silap post komen la, komen ni untuk posting kat atas ye…
bagus la muzik mcm ni.cool.
sebelm ni habiskan masa belasah telinga dgr muzik yg kerrass je.
akhirnya ketemu juga muzik yg akan ku bw utk bekalan hari tua nnt (kalo sempat)
selain red sparowes.
jaga jazzist
mogwai
explosion in the sky
pon mcm best.
kesian ko x mendapat komen yang diharap2kan. oklah.. aku suke thru silver in blood. jesu aku x berapa minat sgt tapi broadrick tu memang legend
fuh! sludge habis. haha. aku terlalu suka neurosis. SLUDGE !