Sebelum aku mula, aku ingin katakan di sini aku betul-betul berterima kasih atas segala komen dan pandangan yang diberikan. So many lovers, no haters. :) Aku hanya berkarya berdasarkan pengalaman aku, yang terpaksa bekerja dengan ramai orang tiap-tiap hari. (Memang sudah menjadi lumrah ahli fizik nuklear yang memang terpaksa berdepan dengan banyak karenah orang…) Terima kasih dan terima kasih lagi. Bak kata Azean Irdawaty di satu pesta filem awal 80an, “Lihatlah Dunia!!”
Oleh kerana malam Jumaat ini amat sunyi (gara-gara puasa ‘Harimau’ aku), teman wanita aku pun sedang bergembira di pesta Perempuan Aksi Senja, dan aku berseorangan (atas pilihan, bukan paksaan), memang tak boleh tahan lagi jari-jari aku yang gatal di atas papan kekunci iBook aku. (Macbook hujung tahun ini.) Penat sudah bermain gitar. Jadi…
Ha ha ha.
Menurut proses evolusi Aku Tak Peduli ™, Minah Tudung Ketat beraspirasi menjadi Perempuan Ampang. Perempuan Ampang jadi apa pula? Wanita Ampang, semestinya.
Kalau kamu ikuti rancangan The Datin Diaries (yang tajuknya diambil dari satu blog yang amat popular satu masa dahulu), kamu pasti perasan watak-watak pelakon tambahan yang mengelilingi watak-watak utama lakonan Nasha Aziz, Azean Irdawaty dan yang seorang lagi tu.
Mereka tu semua Wanita Ampang.
1. Secara umumnya, mereka ini berumur 30 tahun ke atas, selepas penat beraktiviti sebagai Perempuan Ampang. Yang terlajak pun ada, tapi jarang yang belum berkahwin selepas umur 30 tahun, tapi memang ada. Selalunya sudah berkahwin dengan lelaki bergelar Datuk sebagai isteri pertama (isteri kedua biasanya dari golongan artis atau Perempuan Ampang), beranak empat, tiga daripadanya suka lepak di Modesto’s sambil memakai baju polo berlogo dan bernombor besar. (Cerita Lain.) Seorang lagi berumur kurang setahun, anak kandung isteri kedua. Comelnya!
2. Baju berbroked hasil tempahan khas dan kain yang dibeli dari Kamdar memang pilihan utama. Yang berduit lebih sikit akan berbelanja di P Lal Store di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Memang penuh dengan kain ela Itali. Kain Versace pun ada. Globe Silk Store tak standard lah. Dah nak bankrap pun.
3. Aksesori pilihan mestilah gelang emas, bukan emas putih atau platinum dari Tiffany & Co., tapi hasil proses tawar-menawar agresif di Habib Jewels cawangan Jalan Masjid India. Juga yang menjadi idaman ialah loket emas yang diukir macam bekas berkerawang, dan di dalam bekas berkerawang itu ada satu lagi loket mini. Maaf tiada gambar tapi kalau betul-betul berminat sila lawati cawangan Habib Jewels berdekatan. Di Poh Kong mungkin tiada sebab target pasaran berbeza.
4. Rambut mestilah tinggi untuk menampakkan ilusi yang mereka bersusuk badan tinggi lampai. (Takutlah pakai kasut bertumit tinggi. Gayat you!) Rambut yang diset lagi tinggi lagi bagus. Rujuk gambar sebagai panduan gaya rambut.
5. Tidak bekerja. Dan tak perlu bekerja. Walaupun begitu aktiviti harian memang penuh, kadang-kala sampai ada personal assistant. Antara aktiviti kegemaran : minum jus oren RM12 di Kelab Golf Suami (barangkali menjadi inspirasi pada semua adegan “oren jus satu!” dalam drama swasta kita), parti jualan langsung (dengan jualan barangan seperti mekap buah kedondong, pinggan mangkuk gerenti tak pecah, minuman chlorella dan spirulina, losyen penegang buat dada dan pengetat anu, antara lainnya)
Jangan dipandang remeh parti jualan langsung ini, hampir 65% Wanita Ampang mendapat duit kocek lebih dengan berniaga cara begini, agar tidak menyusahkan kewangan Datuk tercinta yang sibuk di pejabat dan dalam lif berkamera.
Sebagai balasan tidak meminta wang berlebihan, Datuk tersayang telah mengambil pembantu rumah untuk membantu kerja-kerja rumah seperti membasuh kain, memasak, mengelap lantai dan memuaskan nafsu suami.
6. Suka bercuti di luar negara. Terutamanya negara bersalji kerana ingin mencuba memakai jaket berbulu yang dibeli di Sharafali’s. Tapi bila sudah sampai bercuti di negara penuh Mat Salleh, benda yang pertama dicari ialah nasi dan sambal petai. Destinasi impian Disneyland, Disney World dan London, depan Big Ben.
7. Tak pandai menggunakan komputer, internet dan fungsi address book dalam telefon bimbit. Akibatnya semua 36 nombor pengedar terbaik skim juala langsungnya dihafal atau ditulis di dalam buku kecil berkulit PVC yang diletakkan di tepi telefon rumah. Di sebabkan tidak pandai berinternet peluang bersosial dan mengumpat isteri orang lain dan isteri kedua hanyalah di sesi-sesi yang tersenarai di atas. (Rujuk #5).
8. Tempat makan paling digemari ialah restoran yang diusahakan artis. Macam restoran Linda Onn tu. Sebab utama kerana mana tahu boleh terjumpa artis, terutamanya Nasha Aziz, Azean Irdawaty, yang lagi seorang tu dan Rosyam Noor. Tidak suka makan pasta sebab ‘tidak halal dan was-was’, dan juga makanan Jepun sebab ‘tak cukup masak dan tak pedas langsung’.
Selalunya makan tanpa kisahkan berat badan kerana potongan baju berbroked memang disesuaikan untuk mereka yang bidang, ketot dan berat.
9. Dahulunya zaman Perempuan Ampang suka menggoda lelaki dengan mengenakan pakaian tidur seksi yang salah saiz, tapi sekarang suka mengenakan baju kepak. Aku tak ingat istilahnya yang betul, biasanya bercorak batik dan panjang, jika mendepa tangan nampak macam baju berkepak. (Siapa tahu? Tolong!!!)
Pelengkap baju kepak ialah facial mask buah kedondong, produk keluaran syarikat jualan langsung. Bedak sejuk tak standard, hanya untuk Minah Tudung Ketat.
(Tambahan: Istilah yang betul = baju kelawar. Terima kasih semua yang membantu! )
10. Walaupun sudah putus haid tapi masih menyimpan hajat bernafsu, terutamanya dengan lelaki muda. Lokasi mencari lelaki muda biasanya di kelab-kelab separa eksklusif yang terletak di dalam hotel. Tak percaya sila ke Peranakan Place di Kuala Lumpur.
Walaupun begitu, masih berprinsip tidak menggunakan duit Datuk untuk membiayai si lelaki muda simpanan, sebaliknya menggunakan duit hasil penjualan langsung. Awas, Datuk-Datuk semua!
Itu sahaja nukilan buat hari ini. Teman wanita aku ingin singgah jam 4 pagi nanti selepas berparti, tapi aku tak mahu. Kenapa ya?
Popularity: 6% [?]
you have a great blog! keep up the great work! i know a few of my friends moms who are like this!
gile observant.
cte2 tu sumer common sense…alah mcm dlm drama swasta….klise…tp ade stgh2 mak datin yg cam biaser2 jek…sbb die bkn wanita ampang..hahahaha…
bju berkepak tu maksod ko bju kelawar ke? hikhik…
baju berkepak tu kalau tak silap orang panggil baju kelawor…kalau depa-depa tangan, silap-silap boleh nampak bra…ishh..
dan ayat yang paling diingati dalam entri ini adalah ‘pengetat anu’…lol
nombor 9: istilah yg proper adalah baju kelawar ataupun kaftan…
ampang ada banyak partition. perempuan ampang usually resides area ampang indah, ampang mewah and the like.
kalau datin/wanita ampang duduk tmn tar or hill view. an upgrade la, anak-anak pun kene sekolah iskl or mutiara. more “international”.
as for jalan ampang, KL centre. the kondos are most likely infested with perempuan simpan ampang or janda muda ampang.
i feel very inspired today and im blaming you. =p
memetik “P Lal Store” sebagai rujukan untuk fesyen wanita mungkin agak kurang tepat.
Mungkin boleh dirujuk alih ke: Sharifalis, Gulatis atau yang gemar bersikap mengelirukan
akan ke “Harrith”(ingat “Harrods”) serta “EuroModa” untuk citarasa eksklusif.
Your entries are insightful. Funny and never boring. I enjoy reading it, eventhough my BM is so so. Which means, I really really do enjoy your blog. Cheers
Yes, that it! Baju Kelawar! Thanks everyone!
fugaku-
yes you are right! I couldnt remember the name of the shop, it’s Euromoda! Thanks!
bigcityb-
My BM is still crappy.
Futuna-
haha yes!
aku suka gambar hiasan yg second tuh
dah macam oompa-loompa dah aku tgk dia tuh
keep it coming man! this is so entertaining!! :)
Hahahahaha…Ahmad Gemok, oompa-loompa versi perempuan memang sesuai sangatlah!!!
oompa loompa.
hahaha.
korang memang kelakar.
bidang…ketot dan berat…
berat…cam penah dukung sorang ke ape brah? ;)
Aku dulu menumpang rumah kondo makcik aku kat Ampang (nama kondo tu macam nama seorang artis yang dah jadi isteri menteri dan menerbitkan filem dan teater muzikal).
Semua deskripsi tu memang benar!
Aku bila dah dapat rumah lain aku terus keluar pindah dari Ampang, takut! Takut jadi Pemuda Ampang.
Mike dari SDN pun tak salah aku duduk dekat2 Ampang gak. At least kena naik LRT yang akan sampai ke Ampang.
Encik ATP (bukan yang tenis tu, tapi Aku Tak Peduli), kenapa dgn Ampang ni ye? Kalau duduk kat Cheras ke, Kampung Baru ke, Keramat ke, selamat sikit tak?
‘Datin Diaries’??
aku tidak menonton drama swasta sebegitu….
dah takde bende lain ke???
balik² Datuk..
balik Datin..
-akumasihtakfaham-
akumacampeduli-
Mike tak duduk Ampang lah.
Takda salah duduk di Ampang. Mungkin sebab aku pernah duduk di Ampang dan pernah keluar dengan perempuan yang duduk di Ampang jadi mungkin sebab tu aku tahu kot.
Gadis Keramat pun ada juga. Cerita Lain…
best ape cakap pasal datin. diorang kelakar la. especially datin oompa loompa. ngiahaha. =D
nyiaa~..hmm..ini adalah kesinambungan dari ‘Perepmpuan Ampang’..
yeap bro…gulatis & sharifalis is tempat terbaik utk mencari textile yang tak berapa mahal tapi ade band gucci…
hmm..kenapa ek teman wanita anda nak singgah jam 4 pagi…ini menimbulkan sifat curiga dan jeles…hehe
awak cerita tentang tekstil macam pernah membeli belah ke sane pulak, saya yang prempuan ni pun tak banyak tau pasal kain2, haha ;D
penelitian yg best. tak sabar nak baca post2 depan utk gadis keramat, cina sungei wang dan sbgnya ;)
haha…it is ‘Crappy’ in a good way then. Universally simple for all.
:=) Keep it flowing
A nearly- Complete Guide to Living in KL…yup, this is what it is…u’ve a pair of observant eyes (and mind), dude… :)
akku tak sabar utk menjadik tua dan seterusnya naik pangkat sebagai Wanita Ampang.
yay!
akumacampeduli – akku rase makcik kau punye kondo sblh apartmen akku. RASENYE lah.
the way u write reminds me of maddox(http://maddox.xmission.com) la.
kutuk2 berisi dan bermanfaat.
menarik. thank you for the input. :)
wow. Teman wanita aku ingin singgah jam 4 pagi nanti selepas berparti, tapi aku tak mahu. Kenapa ya?
hahahaha.bukan cinta memang tak nak jumpa.
HAHAHAHAHHAHAAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHHAHAHHAHAHA.
Wanita ampang jenis inilah yang sibuk ngorat laki aku dulu. Nasib baik masa tu gua x kawin lagi. Kalau dah selepas pasti bersepai muka kau perempuan ampang.
[...] Utusan Mingguan. Ini semua kerana kebiasaanya golongan Datuk ini sudah bosan dengan perangai ‘Datin‘ mereka. Akibatnya mereka ini gemar membelek majalah-majalah ini umpama katalog untuk mencari [...]