September 29, 2007 30

Tafsiran Lolita Goth Times Square.

By in Tafsiran

Kadang kala bila kita duduk di rumah, di hujung minggu, tiada kerja, otak kita akan fikir macam-macam. Seperti hari ini. Aku rasa dalam semua golongan yang aku ‘tafsirkan’, golongan inilah yang paling istimewa.

Sebenarnya aku mula-mula terjumpa pasal mereka ini dari forum Malaise. Pada waktu itu, kalau kita lihat di Myspace, memang bersepah laman budak-budak Lolita Goth Times Square ™ ini. Sekarang pun masih ada, cuma mungkin bilangannya berkurangan. Kenapa ya? Bacalah sahaja nukilan aku kali ini.

1. Rupa luarannya memang mudah. Sebab tak mungkin orang Malaysia kita yang waras akan berpakaian sebegitu di sebuah negara tropika bersuhu 32 darjah selsius. Tema utama = hitam. Warna-warna lain yang digalakkan adalah putih, merah dan ungu, walaupun kemunculan warna tersebut wajib kurang dari 10% dari warna seluruh pakaian, termasuk aksesori.

Motif utama ialah corak belang, diselitkan dengan unsur bunga mawar dan polka dot. Pakaian yang berenda juga menjadi pilihan. Aksesori pilihan ialah topi ala fedora hitam, rantai-rantai besi (yang dibeli secara meter dari mana-mana kedai hardware di ibukota.) dan yang paling penting, payung hitam.

Beli pasu besar di pekan Air Hitam, Tawar-menawar, wah! memang bukan main-main, Payung hitam bukan sebarang payung hitam, Tapi payung hitam yand di’modify‘kan jadi macam jubah Batman.

Sila rujuk Rajah 01.

(Batman pun goth juga. Apa itu goth? Baca di sini. Seperti biasa, maaf, hanya untuk mereka yang memberi perhatian dalam kelas Bahasa Inggeris selama 12 tahun belajar di sekolah)

Kenapa payung? Sebab tak mahu dibakar matahari, semestinya. Goth yang asal biasanya berbangsa Mat Salleh yang bermuka pucat, putih melepak, dan kadang-kala bermekap warna putih. Walaupun golong Lolita Goth Times Square berkulit sawo matang, tapi selagi kulit tidak dibakar matahari boleh pass lah. Juga perhatikan tiada kaum India atau Mamak/Mami Penang yang termasuk di dalam golongan ini.

Rambut yang lebih menggunakan produk rambut lagi digemari. Tak kisah lah, gel, mousse atau tancho, janji terpacak dan kadang kala berwarna-warni.

2. Biasanya berumur kurang dari 20 tahun. Jika lebih, sila dapatkan bantuan psikiatri. Orang gemuk juga tidak diterima, selain dari orang yang berkulit terlalu gelap. Selalunya melayu tapi aku difahamkan trend ini berasal dari golongan Cina Sungei Wang (Cerita Lain.) yang telah berubah mengikuti trend lain yang digembar-gemburkan majalah fesyen dari Hong Kong berjudul Milk.

2. Tempat tumpuan utama ialah Times Square yang indah luas terbentang. Juga disebabkan oleh sistem hawa dinginnya yang berkesan, membolehkan golongan ini berjaket tebal tanpa masalah perpeluhan.

Selain dari Times Square, Sungei Wang Plaza juga menjadi tumpuan, kerana penuh dengan baju sefesyen yang harganya berpatutan dan penuh dengan kedai menjual anime dan manga.

Juga selalu melakukan perjumpaan beramai-ramai di Taman KLCC, di mana mereka boleh melaram dengan payung Batman. Salah satu sebab Taman KLCC dipilih adalah kerana pada asalnya KLCC memang penuh dengan isteri Pak Arab berjubah hitam, agar memudahkan golongan ini untuk berjalan tanpa diusha golongan lain.

3. Golongan ini lebih dipengaruhi golongan ‘Lolita Goth’ dari Shinjuku, Tokyo dari golongan Goth dari negara Barat. Oleh sebab itu, anime dan manga memainkan peranan yang penting. Istilah-istilah seperti ‘kawaii!’ (comel), ‘yatta!’ (aku berjaya! walaupun istilah ini lebih popular setelah Hiro Nakamura dari siri tv ‘Heroes’ mempopularkannya) dan ‘iku iku!’ (aku nak pancut) memang sudah dihafal.

Pada awalnya golongan asal dari Shinjuku mengambil pengaruh dari budaya cosplay, tetapi sebilangan kecil kita di Malaysia telah berjaya mengambil sebagai budaya sendiri (yang boleh ditertawakan).

4. Suka bergambar. Ini kerana ingin menyimpan kenangan dan bukti kerja kuat dan titisan peluh ketika membuat payung Batman, baju berjaket jahitan sendiri dan mekap mata bermaskara.

5. Minat My Chemical Romance dan band-band visual-kei dari Jepun seperti L’Arc-en-Ciel, Malice Mizer dan Glay. Walaupun begitu, populariti My Chemical Romance semakin menurun selepas penyanyi utamanya Gerard Way mengaku seorang homoseksual. Memang pantang mak nenek mereka ini untuk menyembah idola yang gay, walaupun mereka tak tahu bahawa sebenarnya Batman dan Robin merupakan sepasang kekasih.

Selain dari My Chemical Romance, mana-mana band yang suka berbaju hitam dan bermaskara tebal menjadi pilihan, seperti XPDC, Elyana dan Nana Nurgaya. (Mungkin aku silap, hahaha)

6. Sering menjadi scapegoat pihak media. Jika ada kecoh-kecoh pasal black metal atau punk sembah angin-tanah-air, serta merta krew ‘Edisi Siasat’ akan ke Times Square, mengambil gambar mereka dan dijadikan montage yang akan ke udara berlatarbelakangkan muzik dari Carburetor Dung. Memang agak kasihan.

7. Mesti berkumpulan. Strength in numbers, macam Mat Belia. Takut berjalan berseorangan kerana tiada manusia waras dan cukup akal dan sifat di Malaysia ini yang tak akan mengejek mereka.

8. Kalau keluar ke bandar, mesti menaiki bas, LRT, monorel atau apa saja jenis pengangkutan awam. Ini kerana ingin menjimat duit setelah berbelanja banyak membeli pakaian mereka, dan mak bapak mereka tak ingin menggunakan kereta keluarga untuk menghantar mereka ke Times Square disebabkan malu yang teramat. Pada masa yang sama mereka tak mahu ibu bapa mereka mengetahui bahawa anak lelaki mereka suka memakai pakaian yang berenda.

9. Tak makan. Mereka minum darah dan teh tarik sahaja.

Aku tak makan lagi. Got…. to….. find…. food…..! Siapa ada cadangan makanan yang hebat di Kuala Lumpur? Aku sudah naik bosan…

Popularity: 5% [?]

30 Responses to “Tafsiran Lolita Goth Times Square.”

  1. Anonymous says:

    Mak tak kisah sgt lah dengan anak-anak ikan tuk. Maklumlah mak pun cross-dresser juga…

    Mereka tu kemiskinan attention…I repeat ATTENTION!

    So terpaksalah diaorang memakai renda-renda yang lip lap lip lap untuk tarik perhatian!

  2. sherrina says:

    Oklah tu, ada gak kenangan yang dorang boleh ingat da gelak (atau malu) bila mereka dah tua nanti…hahaha…

  3. ahmad gemok says:

    nana nurgaya eh
    bertahun dah tak dgr nama tu
    betul otai ah lu brader :D

  4. akumacampeduli says:

    Masa tu dalam criter Bong yang tunjuk kat TV9 tu, ada satu watak tu pun kunun2 nya goth-loli gak. Siap buat parti dalam rumah mak bapak dier.

  5. Melayu Minimalis says:

    akumacampeduli-
    aku kenal perempuan tu. dia pernah datang rumah aku, lepas tu nak urut aku, tapi aku takut, sebab dia bawah umur.

    Cerita Benar.

  6. takata says:

    hahaha….
    mahkluk seperti ini suka berpayung bocor….
    aku masih tak paham kenapa mahkluk seperti ini menggunakan payung bocor..
    pakai time matahari tegak plak tu…
    baik tak payah pakai payung….
    kalau musim tengkujuh….
    tak payah cakap la…
    baik mandi hujan….
    menurut informasi yang aku terima dari ‘ah beng’ Sungei Wang…..
    payung bocor ni bukan nye murah…
    harga lebih dari RM50++….

  7. futuna says:

    personally i think its cool to have a group of people who cares enough to entertain society or express their creativity. although what we have now is laughable, it creates a window for other might-be-great things yang mungkin akan muncul dan evolve kepada originality-nya tersendiri. malaysia needs orang yang berani-gila, suka-hati, selamba dan attention seekers (not applicable to perempuan ampang). every artist needs attention although most of them don’t show it. mcm blog ni, suka attention i bet. best ape, boleh kongsi-kongsi. im all for expression without violence. jeah!

  8. nurulazreenazlan says:

    creativity without originality memang dah berlambak kat malaysia. setakat meniru tanpa memahami konsep dan prinsip tak ke memperbodohkan diri sendiri namanya?

    these kids look scary, kalah budak-budak goth kat camden.

  9. z[A] says:

    golongan ini tak pernah pula terjumpa di TS & sg wang..musykil2..

  10. Anonymous says:

    dude.
    aku tak reti nak komen manusia goth ni. aku nak rekomen tempat makan. haha.

    http://awhiffoflemongrass.blogspot.com/2007/07/williams-taman-mayang-jaya.html

    p/s: aku baru berkenalan dengan blog kau. mantap.

    onanimus

  11. Melayu Minimalis says:

    Anonymous-
    Alah, williams tu aku dah pergi dari tahun 2000-2001 lagi.

    z[A]-
    sila pergi masa hari minggu. pergi ke tingkat 4 sg wang plaza, berdekatan tempat main game. ramai…

    nurulazreenazlan-
    yeah that’s the reality of kids here today. they just copy without researching the proper background

    futuna-
    yes this blog craves for attention, but only anonymous attention, thanks.

    and yes, Harian Metro is in the building!!

  12. uzair sawal says:

    hahaha. hilarious. aku ada tulis similar article gak tapi hang punya lagi padat.

  13. alvento says:

    sy bersyukur kerana membesar didalam zaman kegemilangan nirvana…huhuhu

  14. Azzu says:

    sy pernah dengar cerita ttg mereka. terserempak pun yg ala sipi2 sj, tak pula yg berhias drastik not-fantastik sebegini.

    kita risaukan yang kita mungkin kehilangan roots kita suatu hari nanti, tp inilah perosak2 bangsa kita, orang melayu sendiri. sedih betullah.

    pd sy mereka cuma poyo.

  15. cLinaku says:

    budak2 mangsa ikutan,lom ada identiti sendiri.

  16. content says:

    Yang ada Sayap macam Angel takde ke? rasanya pernah kelihatan di depan McD BB tu..LOL! :)

    Seriously, aku paling bosan kalau weekends naik Monorel dari KL Sentral waktu dah tengah hari. Dipenuhi dengan mereka ni yang memang tak reti beratur masa beli tiket dan berebut nak masuk cepat2 sebaik je pintu dibuka. Cucuk bontot dengan payung kang! Haha! Disebabkan itulah aku sanggup bangun awal pagi2 weekends supaya tak bertembung dengan diaorang, hehe…

    p/s: forum Malaise mmg best! ;)

  17. averrose says:

    “Biasanya berumur kurang dari 20 tahun. Jika lebih, sila dapatkan bantuan psikiatri.Orang gemuk juga tidak diterima, selain dari orang yang berkulit terlalu gelap”

    hahahaha! apa pesen la bdk2 skrg ni.. ke kite yg terlalu tue utk menerime pembaharuan? grunge relax je.. hehe ntah ar.. rase nak tampar je kalau jumpe dak2 ni

  18. lidah says:

    kita seksa je mereka. pijak dan ikat bersama golongan rempit. mereka memang dua golongan yang padan. mari. mari.

  19. Melayu Minimalis says:

    lidah-
    well everyone has their own role in society, so…

    content-
    lain kali jerit kuat-kuat “Oi korang tak reti beratur ke?”

  20. Bob Dyldo says:

    content – aku pon nak tambah apa yang MM cadangkan, “Oi korang tak reti beratur ke? Aku cocok bontot dengan payung tu kang sampai berlobang2, baru match ngan payung korang, sedondon!!!”

    Mesti diorang beratur punya…

  21. zaX says:

    Tempat makan best (harap tak terlambat)…

    Restoran Thai Sri Viangmai, Jalan Alor

    sila tujuke belakang KFC yang mengadap BB Plaza, jalan turun bukit, kedai tu sebelah kiri, sebelum 7-11 dan foot reflexology…

  22. Melayu Minimalis says:

    zax-
    Sri Viengmai?
    Aku dah makan kat sana dari tahun 1999.

  23. zaX says:

    oh, ok.
    *takde idea*

    western food kat tmn len seng?

  24. Gadis Gelihati says:

    Oh jangan risau. 5-10 tahun kemudian, mereka akan tengok kembali koleksi gambar-gambar mereka, dan mereka akan bertanya sendiri: “What the hell was I thinking??!”

    Fasa membesar jelas mempunyai kesan yang ganjil ke atas remaja-remaja tertentu.

  25. goggle says:

    macam kude belang..
    hahaha

  26. sugarfloss says:

    kalau payung macam tu kan,hujan sudah tentu basah kan.or panas terik memang nanti dapat sunburn yang tompok-tompok(pasal payung dia dicarikkan bulat-bulat macam tompok)

  27. mr. jari says:

    ku tak suke tgk mereka. mcm tak kene dgn warna kulit melayu. berpakaian begitu

  28. who care? says:

    uih..jaga jaga.mereka ada kuasa magic.sebab terpengaruh dengan ragnarok.hahahaha.

    kena sepak pun nangis.belagak samseng gothic.buat malu.

  29. oystersauce87 says:

    Pernah juga tengok masa pergi jalan2 kat Times Square dulu. Rasa macam nak gelak je kat depan diorg tapi tak baik pulak kan

    Menarik la blog ni.
    Keep on writing :)

  30. kiel92 says:

    gahhhhhhhhhhhhhhh………..
    gothic brsl dr senibina la.. haha…

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes