Aku memang keras kepala. Jarang mengalah, dan selalu perasan betul. Mungkin sebab aku memang selalu ada pendapat sendiri, dan aku tak segan mengutarakan pendapat-pendapat aku. Pada masa yang sama, aku perfectionist dalam perkara-perkara tertentu. Memang susah untuk puaskan hati aku, dan ramai orang menghadapi masalah dengan aku, tak kisah lah sama ada dari segi kerja, atau pun ketika menjalinkan perhubungan dengan aku.
(Sigür Rós sedang berkumandang. Playlist layandiri aku untuk hari ini…)
Tapi, aku tak peduli. Ada sebab aku begitu. Mungkin.
Paling kasihan sudah tentunya yang paling rapat dengan aku. Teman wanita aku. Sedikit sebanyak jurang perbezaan umur 19 tahun (hampir-hampir lah) mempengaruhi perhubungan kami. Secara jujur pada mulanya aku menganggap dirinya mentah, kurang pengalaman, terlalu dimanjakan. Kalau dilihat dari luaran memang begitu pun.
Tapi budak mentah ini telah banyak mengajar aku tentang kehidupan. Perkara-perkara yang memang aku tidak sangkakan. Memang perspektif yang berbeza. Pada masa yang sama dia benar-benar menguji kesabaran aku, tetapi setelah banyak pengalaman bersama, dan aku betul-betul dengar segala apa yang dia luahkan pada aku, tak kisahlah, masalah peribadi, cara-cara aku, segalanya, dia berjaya membuat aku berfikir.
Dia mentah. Aku dah hangus. Kering. Busuk. Berulat.
Dia buat aku sedar, dengan caranya sendiri. Walaupun kadang kala aku terfikir, “What mess have I gotten myself into this time?“, tetapi pendapat hati beliau selalu buat aku tersentak. Mungkin dia yang betul, aku yang salah.
Dan kalau difikirkan pun, memang terang-terang apa yang dikatakannya ialah benar. Dan betul.
Aku rasa ramai rakan-rakan sebaya aku (yang membesar di zaman Cumi Dan Ciki bersama Wazata Zain dan Pak Belang serta Pak Tam, yang ingat catchphrase cokelat M&Ms dahulunya ialah “Chocolate That Melts In Your Mouths, Not In Your Hands” sebelum zaman M&Ms biru, ungu dan hitam sekarang) jarang memberi golongan muda the benefit of the doubt.
Tapi, jika kita memberi mereka peluang, pandangan mereka mungkin lebih bermakna untuk kita yang semua sudah lali dengan kenikmatan kehidupan.
Kita yang didawai kokotkan (ha ha) dengan segala unsur negatif dan keburukan hati manusia. Yang secara tidak langsung membuatkan kita buruk. Dan hangus. Dan tidak lagi dapat melihat keindahan sikap dan hati manusia lain tanpa syak wasangka, was was dan niat jahat.
Adakah ini cukup emo untuk kamu?
I need to cut down on those potatoes with herbs, man…
Dan sekali lagi aku tersenyum keseorangan.
Popularity: 3% [?]
if its an opinion there is no such thing as right and wrong, only to you maybe. its just your opinion, or some philosopher’s or some ustaz’s. there is a big need to believe in something because learning comes from it. and the best thing that’s around, is you and the people you trust. girlfriends, boyfriends, uncle nelayan that has seen the sea in his kapal buruk, cobain, beauvoir, science, god, satre etc. some people know whats right but they don’t act it. so open up and trust your girlfriend, ay. don’t be a parent. (futuna: mode emo juga, speaking from the heart, baru lepas gaduh dgn mom =()
ps: now that you’ve included your playlist ‘seks melayu dara’ wont be the only thing that leads to this page. ;p.
wazata zain.. mane lagi talent mcm dia kat tanah melayu ni.
for a moment aku ingat hang refer pak tam sidekick ‘budak kecik suara besar’ arbadul… huahuahuahua
ha ha gf kau under-aged ke ni? atau kau yang dah tua bangka ni.
how tua bangka si mini nie
bagai mana agak nya nak mendawai kokotkan sesuatu di “laman sesawang” ini eh ;)
magnus-
macam pernah dengar aje…
its not the point either u tua bangka o not. but the point is how u treat urself n respect ur girl. its not a weird thing now. lagipun maner leh paksa2 kan? CINTA babe. kadang2 kita hidup nak jadi macam dalam wayang. most of the time we want like that. we want to be perfect. perfect in all. in life…in luv..in career..n oso perfect went we face god one day. keep trying to improve ur life. kita bukan sendiri. ada yang lihat..yang dengar…yang faham apa yang ibu ayah n cinta kita tak faham. doa..tawakkal.. :)
anyway, blog ni mmg lain dari yang lain. saya suka. keep it up bro n selamat hari raya.. :D
wahh marilyn and evans! that cheerleader from Heroes and kevin conolly – most probably…
the older the man, the bigger his ego is… perhaps a tad bit smaller portion when being compared to the younger man’s.
then again, perasan-ness hath no size like a man’s ego… haha!
soul searching always a good thing man.
pasta dan kentang rebus berherba…sedapnya!
cheh!
akibat promosi melampau tuan tanah ni, aku terpaksa mengidam dan membenarkan diriku bershoping bahan-bahan alfredo pasta wif chicken n mushroom, meatball beherba dan bread pudding. Akan penatlah arakiannya aku memasak besok semata-mata kerana nafsu yg telah kau hidangkan di sini!
memuncak-muncak nafsu kebaratan aku. Tapi cuma boleh klimaks besok! lama banget sehhh.
Hahahaha. LOL
Wah… macam satu kapal je kita ni….
mr right-
kapal apa tu?
taichee-
maaf kerana mebuak-buakkan nafsu kamu.
suessy-
Heroes Rock!
Anonymous-
saya tahu cinta wayang tak wujud. banyak pengalaman…
“Sedikit sebanyak jurang perbezaan umur 19 tahun”
Ni dah macam siti dengan
dato K nih, ahak :-D
Btw, love your blog dude. Keep it up.
En Anon
sekali sekala, pemikiran tua mmg bernas tapi sekali sekala jugak, pemikiran muda sangat diperlukan.
eh sudahlah mat, lagi tak ngaku bukan kau.hahahhaahah
ermmmm..abg ni ahli fizik nuklear ker?
anonymous-
ya saya.
ihsan-
aku tak peduli.
wah sungguh tak sangka blog yg saya slalu lawat ni rupernyer ownernyer ahli fizik nuklear. dah baper kali hantar komen baru sedar. saya student nuklear jgk. sains nuklear. kat ukm. tak sangka tul. semestinya akan jadi pengunjung tetap kat pasni. :D
Dude, you can’t be above 35. What the fuck weh, if the age difference is 19 years then your girlfriend should be below 17.
Jay-Z-
that’s why i said it’s ‘kurang relevan’.. ;)