Tafsiran Kelompok-Kelompok Budak ‘Underground’ Bahagian 1.

Posted on Tuesday, October 9th, 2007 at 06:01

Aku memang minat muzik, tapi malangnya kerjaya aku sebagai ahli fizik nuklear tidak membolehkan aku untuk meluangkan masa dengan muzik. Sikit-sikit bolehlah, sekadar layan iTunes, melayari Myspace sambil melihat gambar lurah dada perempuan Melayu cukup umur, dan memuat-turun lagu dari Soulseek.

(I Am David Sparkle sedang berkumandang. Kalau kamu nak tahu, nama band dari Singapura ini adalah penterjemahan terus dari nama M. Daud Kilau. Daud = David, Kilau = Sparkle.)

Kalau aku, dulu memang aku suka menghabiskan masa di gig. Sekarang dah kurang, maklumlah sindrom carpal tunnel aku akibat terlalu kuat sangat bekerja membuatkan aku lebih selesa melepak di rumah ketika hujung minggu atau cuti. Lagipun aku lebih senang meluangkan masa dengan teman wanita, mana tahu dia bawakan lagi pasta dengan kentang berherba masakannya.

Tapi aku memang suka pergi gig. Bukan untuk menonton band yang sedang beraksi, tapi untuk melihat telatah manusia. Manusia underground, walaupun istilah underground sekarang adalah paradoks yang semakin menggelikan hati. Apa yang underground sekarang? (Cerita Lain.) Jadi untuk hari ini, secara ringkas aku persembahkan tafsiran kelompok-kelompok budak underground. Tafsiran am sahaja, ya?

1. Mat Indie versi Hipster/Scenester.
‘Indie’ asalnya adalah singkatan independent, atau ‘merdeka’, di sini bermaksud band-band atau pemuzik yang bebas dari jajahan syarikat rakaman gergasi. Sekarang dah lain maksudnya. Mungkin Indiana Jones.
Ciri-ciri utama :
(Sila baca nukilan ini.)
• contoh band tempatan kegemaran : Hujan, Bittersweet.

2. Mat Indie Aktivis/Penganjur.
Mereka ini asalnya dari #1, tapi disebabkan tersedar dan tersentak, mengambil usaha pro-aktif untuk ‘memberi’ lebih dari ‘menerima’ dari scene. Scene di sini bermaksud arena bawah tanah lah.
Ciri-ciri utama :
• penganjur gig. Biasanya gig yang tak cukup amp gitar dan tiada bayaran untuk band. Menggunakan Myspace untuk menghantar spam berupa flyer gig. Kadang-kala flyer yang ala kadar, tapi semenjak dua menjak ini ramai penganjur yang menghabiskan masa lebih untuk mencantikkkan flyer dari memikirkan masalah logistik penganjuran gig sendiri. Menganjurkan gig semata-mata untuk usha awek.
• tak suka berpakaian Topman, tapi sebaliknya gemar mengenakan pakaian keluaran label-label streetwear tempatan. Sekarang ni memang banyak. PopMalaya lah, Kurasaraksasa lah. Bertimbun. Jeans vintage hasil penyelidikan terperinci sehari di kedai bundle Orlama.
• tak minum arak dan tidak mengamalkan seks bebas sebab haram.
• tak kenal band selain yang keluar di MTV, Channel V, hitz.tv dan blog ini.
• klimaks tahunan ialah Rock The World sebab ramai awek.
• contoh band tempatan kegemaran : Pop Shuvit, OAG.

3. Punk Asli Bertampal.
• berpakaian hitam, biasanya penuh ditampal dengan patches band-band crust punk. Punk untuk mereka bukan Sex Pistols, tapi Crass, Disrupt (juga semua band yang mempunyai nama bermula dengan ‘Dis’) dan juga band crust-grind dan fastcore seperti Drop Dead, What Happens Next dan yang sewaktu dengannya. Sila Google sendiri. Kasut, topi, beg galas, semuanya hitam dan bertampal walaupun tak berlubang.
• suka makan percuma di Food Not Bombs.
• tak suka muat-turun lagu dari Internet, sebaliknya suka membeli kaset dan rekod 7 inci. CD tak main. Kulit luar kaset/rekod biasanya ada dua warna, hitam dan putih, atau merah dan hitam, atau hitam dan putih lagi.
• walaupun punk tapi suka mandi sebab di sini senang berpeluh.
• pantang disebut perkataan ‘Rock The World’.
• contoh band tempatan kegemaran : Carburetor Dung.

4. Punk/Emo Tak Asli versi Rock The World.
• berpakaian hitam seperti #3 di atas juga tapi kemas, rapi dan terjaga. Suka mengenakan produk rambut
• peminat Good Charlotte, Sum 41, One Buck Short dan semua band punk MTV yang sewaktu. Yang tua sikit akan mengaku peminat fanatik Green Day atau Offspring. Yang versi emo peminat setia Funeral For A Friend, Taking Back Sunday dan AFI.
• suka menghabiskan waktu di forum Jamtank.com
• suka mandi seperti #3, tapi ditambah minyak wangi.
• suka panggil Ampang sebagai ‘Ampunk’.
• klimaks tahunan ialah persembahan One Buck Short di Rock The World.
• contoh band tempatan kegemaran : One Buck Short, Frequency Cannon.

5. Mat Metal Asli
• juga berpakaian hitam, tapi berambut panjang. Jarang ada aksesori di badan, kalau ada pun cincin bertengkorak dan rantai beg duit.
• peminat Sodom, Kreator, Slayer, King Diamond. DVD kegemaran = Metal: A Headbangers Journey. Band paling dibenci = Metallica sebab ada bekas pemain tenis dan pemusnah Napster. Secara amnya band yang paling kurang bergambar (atau lagi tua) lebih diminati.
• paling marah bila dituduh Black Metal versi Harian Metro. Tak pernah pegang kambing hitam.
• pembaca setia majalah Kerrang, Metal Edge. Bukan pembeli setia.
• berdiri di barisan depan sekali ketika konsert Napalm Death tempohari.
• contoh band tempatan kegemaran : Silkhannaz, Silent Death.

6. Mat Metal Moden.
• senang sahaja nak bezakan yang ini dengan #5. Golongan ini suka berseluar pendek yang longgar.
• peminat Trivium, Damageplan dan Lamb Of God setelah bosan mendengar Korn, Slayer dan Slipknot. Band yang lagi laju lagi bagus. Tapi tak boleh laju sangat sampai jadi grind atau noisecore.
• kalau pemain gitar akan ada dua gitar berbucu tajam (satu gitar bertali enam, satu gitar bertali tujuh) dan amp gitar berkuasa tinggi (1ooW) hasil penat lelah mengajar di kelas gitar untuk kanak-kanak di kedai gitar. Tapi tiada band dan main gitar dalam bilik berseorangan selepas selesai kerja.
• klimaks tahunan melihat Koffin Kanser dan Deja Voodoo Spells beraksi di Rock The World.
• contoh band tempatan kegemaran : Deja Voodoo Spells. Erm.. lain tak tahu.

(New Order sedang berkumandang.)

7. Mat Grunge Ketinggalan.
• peminat setia Encik Kurt Cobain dan album Butterfingers ’1.2 Milligrams’.
• panggil kawasan Setiawangsa sebagai ‘Seattlewangsa’.
• ada band sendiri, tapi hanya main lagu orang dan bukan lagu sendiri. Kalau lagu sendiri pun akan kedengaran seperti lagu zaman 1995. Sering diundang untuk bermain di gig yang tajuknya bermula dengan perkataan ‘Tribute to…”
• gemar Audioslave sebab ada Chris Cornell dari band grunge gergasi Soundgarden, (walaupun lagunya tak sedap), tapi tak suka Rage Against The Machine sebab ada unsur rap, suka Foo Fighters sebab ada Dave Grohl dari Nirvana.
• untuk memodenkan diri agar tidak kolot akan menggelarkan peminat/pemain genre muzik baru dinamakan ‘post-grunge’.
• contoh band tempatan kegemaran : Disagree, Butterfingers.

8. Dragon Red
• walaupun ada 5 orang tapi mengalahkan kekecohan Perhimpunan Umno.
• sering mengenakan pakaian Adidas yang dibeli dengan wang kocek sendiri dan kemudiannya mengaku ditaja Adidas. Kalau tak menjadi, buang Adidas, tukar ke Nike semula dan ulang balik langkah tadi.
• hebohkan ke satu Malaysia ketika dijemput untuk bermain di festival muzik mini di kawasan ulu Amerika Syarikat dan kemudiannya senyap bila satu band tidak dapat bermain kerana kegagalan mendapatkan visa ke sana.
• contoh band tempatan kegemaran : Dragon Red.

Aku ingatkan nak cukupkan sampai sepuluh. Tapi aku dah tua bangka. Sel-sel otak aku sudah semakin penat. Dan kepala sedang berpinar-pinar. Mungkin nanti aku akan sambungkan ke Bahagian 2 pula. Cerita Lain. Masa untuk beristirehat.

Popularity: 6% [?]

Responses (14)

  1. Penn Gregor Samsa says:

    Hahahaha. So, semua pun akan pergi ke acara kilimaks tahunan di Rock The World, eh? Ok, aku boleh agree. Sebab aku pernah pergi beberapa tahun lepas. Masa tu, nak tengok Plague of Happiness main. Kononnya, macam festival la. Kesian dengan peminat muzik Malaysia…….sebab festival terbesar mereka adalah Rock the World.

    By the way, mana pegi punk rockers? Old School ala-ala Ian McKay? Street Punk ala-ala Casualties? Atau Punk Rockers yang suka tulsi lirik yang boleh dijadikan artikel ala-ala Propagandhi atau Bad Religion? Atau anak-anak underground kaya macam watak dalam drama KAMI? Hahahahaha. Atau mungkin Punk Rockers yang obses pada Radiohead. Heheheh. Kamu perlu senaraikan mereka jugak.

  2. yuzy says:

    Aru hidup lg ke?dah lama tak layan gig.Pergi gig,balik gaduh je.Scene aku la.Aku dengar Bolt Thrower dan Mayhem.

    Itu dulu.Aku lebih alim sekarang.Pergi gig buat sakit tengkuk je.Koyok la keesokan harinya.

    Anyway,skin2 sume tak masuk lagi tu.Lagi best kot.Hehe.

    Selamat maju jaya.Hahahaha.

  3. hales says:

    tak kisah la apa kamu suka dengar but at least kena ada knowledge.

    bila tanya, dijawab “style skrg”..

    stupid fuck.

    ikut bodoh-bodoh je.

    kalau kawan terjun bangunan,ikut jugak kot.

  4. takata says:

    hahaha….
    aku tak pernah pergi ‘Rock The World’…
    sbb ramai sangat….
    aku boleh mati kelemasan…

  5. akumacampeduli says:

    Soulseek. Lama tak dengar nama tu.

    Aku dulu lepak kat jmr (Japanese music room). Top d/l? Japanese pr0n. Serius. Terutama genre sukatoro.

    Hahaha.

    P.S. Aku tak scene pun. TQ for the explanation, now I know what to avoid.

  6. effizzul says:

    Dragon Red?
    hahahahahahahaha

    Aku rasa kau perlu buat satu pemerhatian khas untuk Dragon Red.
    Dalam dunia ni, aku tak pernah lihat mana-mana band yang membawakan lagu yang agak berat iramanya dengan penyanyinya membawa seekor teddy bear sebesar dua pemunbuk yang disimpan di dalam poket sisi seluarnya!

    Bak kata seorang budak hipster yang pakai kaffeyyeh Palestin;
    “Siapa Dragon Red?”

  7. Lucius Maximus says:

    hahaha, bab dragon red ada kelompok sendiri tu, aku setuju sangat. siapa dragon red? band sesat mana entah?

  8. funeral for my friend says:

    dragon red sucks gile..i mean, they’re a bunch of stupi posers..x jadi la ‘rock’ diorg…and betul ke about that persembahan in America thing? how highly embarassing….mortifying!!!!

  9. yuzy says:

    dragon red mcm ala-ala korn (r terbalik) Malaysia.Ramai jugak pengikut dia dulu.Perempuan la kot ramai.

    Bro kau banyak rujuk lelaki in general dlm pemerhatian kau kali ni.Perempuan?Perempuan!

  10. Anonymous says:

    hahahhahahha..

    teringat aku zaman muda2.

  11. Perempuan Jomblo says:

    Tak berapa peduli. best blog kau seperti yang biasa aku baca. Aku suka pemerhatian kau kat part Mat Indie Aktivis/Penganjur…apa kata kau ulas pasal Penganjur dengan lebih jelas.Apa yang kau ulas pasal Mat Indie Aktivis/Penganjur. tu memang best la. aku setuju. wahahahaha..i mean gila babi setujuk ahahahha

  12. Perempuan Jomblo says:

    jap, pasal dragon red, apa yang kawan2 ckp kat atas ni memang. ahahaah…pengikut dragon red mmg ramai awek. Nak nak si botak tu leh nyanyi cina. pas tu bassist rebonding. kepala otak betul. aku penah stop by and tgok performance derang. pempuan la ramai head banging kat depan.

  13. Fariz Bakar says:

    1st time aku tgk gig..tribute to metallica..haram 1 band pun x best. terus aku x p gig. itulah satu-satunya gig, d 1st and d last aku pegi.

  14. JENGKING MALAYA says:

    Korang ni kalo tk tahu pasal metal jangan pandai2 wat crite.Dragon red muzik metal core tk mcm band bro gua dr U.K..Dragonforce yng bwk muzik power metal.Ntah2 korang yng ktuk dragon red ni main gtar pun tk pndai.Aku taw lah korang kebanyakkan nye line2 indie kn..nyanyi lagu2 “cenggeng” bak kate band punk dr seberang SID,JANGAN PANDAI2 BUAT CERITA!

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes