Aku tak minum arak masa bulan puasa. Maaf Mike. Dan aku sudah jarang ke kelab malam. Mungkin nanti lepas habis self-imposed confinement aku. Amacam? Hari tu ada arak percuma di Rumah Di Atas Bukit kau tak datang…
Saja jer, buat statement. Kita sambung. Tralala…
Lihat nukilan sebelum ini untuk Bahagian 1, ya? (Bjork sedang berkumandang di iTunes aku. Kenapa di Malaysia tiada orang buat muzik macam Bjork? Paling dekat aku dengar si Jerome Kugan…)
9. Mat Hardcore.
• dahulunya dikenali sebagai Budak CM Atas. Kenapa atas? Sebab masa zaman-zaman kegemilangan Hardcore Malaysia dahulu (zaman Strange Culture Records, kepada yang ingat) mereka ini pantang di lihat melepak di Restoran Hameed yang terletak di sebelah bawah Pasar Seni Kuala Lumpur yang penuh dengan peminat indie, punk dan ahli kumpulan Exist serta Fotograf. Istilah KLHC atau Kuala Lumpur Hard Core popular dahulu, tetapi sekarang istilah MYHC atau Mamat Yang Hard Core lebih diutamakan. Mungkin.
• suka melompat ketika gambar mereka di ambil di gig. Tak kisahlah sama ada bermain di atas pentas atau sekadar penonton, janji lompat. Lagi tinggi lagi bagus. Paling seronok kalau berada di gig yang ada mosh-pit. (Tempat raba buah dada perempuan hardcore di gig.)
• suka mengambil gambar kumpulan beramai-ramai, terutamanya di dalam terowong. Selalunya berseluar pendek dan berbaju hitam, berjenama tempatan seperti Suicidal Clothing dan Hatkor Clothing.
• paling agresif. Suka pukul penulis blog beramai-ramai.
• yang sudah berteman wanita akan mula mengalih minat ke jenis muzik screamo, kemudiannya emo dan akhirnya Damien Rice.
• band tempatan kegemaran : Cassandra, Second Combat.
10. Mat Muzik Seni.
• paling tiada rupa peminat muzik. Selalunya berpakaian macam pelukis selekeh.
• genre kegemaran : noise dan avant garde. Contohnya bunyi peti ais, bunyi hawa dingin, kentut dan statik.
• sering dilihat bersama mikrofon dan perakam bunyi. Komputer riba juga teman sejati. Pandai melukis, bersajak, berpuisi dan menari abstrak.
• sukakan persembahan seni+muzik yang diselitkan dengan tarian artistik lelaki bogel, ketukan periuk dan gergaji patah. Selalunya sebab tak pandai main muzik atau mengutamakan ekspresi muzik lebih dari muzik itu sendiri.
• artis tempatan kegemaran : Goh Lee Kwang, Ciplak.
11. Mat Skinhead.
• botak. Suka pakai bomber jacket atau apa-apa jaket tebat, berkasut but kulit hitam bertali kasut putih dan berseluar ketat biru yang dikenakan suspender.
• suka minum arak dan perasan mabuk sikit sudah naik angin. Suka membelasah orang disebabkan mabuk sikit. Sekurang-kurang ada alasan, “Saya mabuk bang….”
• suka pergi ke London jika ada duit untuk mendalami scene skinhead di sana. Sampai di sana selalunya dipukul Mat Salleh skinhead atas dasar diri bukan Mat Salleh atau kaum Aryan.
• selain dari punk, amat meminati ska, rock steady dan reggae sikit. Semuanya sebab boleh skanking. (Tarian bebas ala-beruk yang menyusahkan orang awam.)
• berumur kurang 22 tahun tapi pandai minum Guinness.
• contoh band tempatan kegemaran : ACAB (yang sudahpun indie dan berambut panjang), Gerhana Ska Cinta.
12. Mat Singer-Songwriter.
• hanya minat muzik yang didendangkan dengan satu atau dua gitar akustik berserta gendang. Tiada gitar elektrik, tiada dram.
• suka menulis surat cinta dan pakai baju yang menampakkan bulu dada.
• paling ramai kawan perempuan di antara semua kelompok di sini sebab mereka sensitif dan penyayang. Kadangkala dianggap homoseksual.
• contoh artis tempatan kegemaran : Reza Salleh, Azmyl Yunor.
13. Mat Rock Kapak.
• kelompok yang paling jarang dijumpai. Senang dijumpai di Singapura. Aku tak tahu kenapa.
• rambut panjang mengerbang, jeans ketat dan baju singlet nampak bulu ketiak. Aksesori kegemaran : key (saputangan bercetak Pakalolo), kasut sukan Aliph Hi-Cut.
• subjek utama filem “Rock” arahan Mamat Khalid. (“Rock ouh…!”)
• selalunya berjalan kengkang disebabkan seluar yang ketat. Leher yang berotot disebabkan selalu berheadbanging.
• rajin sembahyang.
• kalau rakyat Malaysia, selalu dianggap orang Jawa Singapura atau Jawa dari Jawa.
• contoh band tempatan kegemaran : Search (versi Hillary Ang), Wings (versi “Hukum Karma”)
14. Mat Mod.
• kelompok asli dari kelompok #2. Lebih menjurus ke arah indie dari UK pra-1992 seperti The Smiths, Joy Division, The Cure. Juga minat ke rock klasik dari UK seperti The Who, The Stooges dan The Jam.
• suka skuter Vespa klasik ala Sting dalam filem “Quadrophenia”.
• suka menonton siri televisyen CSI semata-mata hendak mendengar lagu tema CSI yang dipetik dari lagu The Who.
• paling tak suka jika ke The Loft di Zouk pada malam Jumaat dan kebetulan datang ketika giliran DJ Xu main.
• contoh band tempatan kegemaran : OAG, Laila’s Lounge.
15. Man Rasta.
• suka reggae dan warna merah, kuning dan hijau. Jarang bersyampu rambut.
• suka berekreasi sambil menghisap daun yang bukan tembakau dan mandi laut.
• sembah ‘Jah’ walaupun dalam kad pengenalan beragama Islam. (aku rasa stereotaip sangat sampai aku pun malas tulis.)
• band tempatan kegemaran : Republic of Brickfields, Prana.
16. Otai
• tuhan scene berumur 30 tahun ke atas dan masih kekal underground. Maksudnya tak pernah sertai rancangan “Blast Off”, “Akademi Fantasia” mahupun “Sempurnakan Harimu”.
• selalu menjadi bahan wawancara penulis giat yang menerbitkan zine yang difotostat penuh dedikasi dan usaha dari luar Wilayah Persekutuan dan Selangor.
• ada blog sendiri. Mungkin.
Banyak sangat tulis ni. Aku berhenti di sini, lihat apa kata kamu pula…
Popularity: 6% [?]
kau pernah dengar muzik kumpulan Couple? kalau pernah, kau masukkan diorang dalam kategori apa? ke mereka ni kugiran tanpa kategori?
Aku cari jugak blog Mus May tak jumpa.Ada mungkin.Tapi tua sangat kot.
Teringat lagu Cinta Pantai Merdeka.Jeans ketat dan baju sleeveless menampakkan rusuk Tanjung Dawai.Otai say yeah!
Hahaha.
tak comprehensive.kau terlupa ‘mat laundry’
Aku rasa kau boleh tambahkan ciri-ciri otai scene :
1.Kalau tak aktif buat projek scene, sukarela suka jadi “scene police”! akan mengeluarkan hukuman ‘banned’ sesuka hati kepada budak-budak baru yang buat zine/band/projek.
2. Selalu melepak ditepi pintu masuk gig dengan harapan organizer bagi masuk percuma sebab otai dan muka selalu nampak dalam scene.
3. Bawak arak dalam beg kertas perang dengan muka selamba dan cari bebudak lain untuk join mabuk!
3.Kamus bergerak dan tempat rujukan kalau bercerita pasal produk underground tempatan (zine, CD,Kaset,band dan sebagainya), sebelum tahun 2000!
lepas ni cuba buat post pasal mat malaise, mat jamtank, dan mat malscene.
jadi, setelah 2 post, maksudnya budak underground ni semuanya lelaki la? pompuan camana pulak? sekadar pengikut, atau mmg ada yg underground. macam mana nak kenali mereka?
bahagian 3 please, khusus utk pompuan underground. jgn bagitahu yg mereka semua lolita goth.
hahaha…
amat tepat. muahahah LOL
semua lagu jenis jenis tu aku dah dah dengar. paling klakar kau kata
“Yang sudah berteman wanita akan mula mengalih minat ke jenis muzik screamo, kemudiannya emo dan akhirnya Damien Rice.”
hahahha Damien Rice babe…aku suka lagu tu sejak tgk satu movie indie ni. tapi lagu tu mmg lemau pun. tak seswai ngan aura mode racing aku ke opis di pagi hari dgn lelaki-lelaki tak sedar diri.
Khys:
Aku pompuan. Tapi aku bukan Lolita goth. Tapi aku lagi ske old school punya rock & spin offnya. My Chemical Romance & yg sewaktu dgnnya amat lame ass mcm kentut kaldai.
MM:
Betol tak aku kata Mat Rock Kapak sekarang dah cool. Tak kecoh2, relaks je. style baju pun dah branded. especially lagu-lagu kegemilangan Search, Wings dan yg sama waktu dgnnye. Dengar lagu ni time bwk RM100 K dan ke atas punya keta di highway. Bila dah boring, dengar lagu2 Jazz dan ehem- Ahmad Jais ahahahha!
Aku cadangkan kau bagi list lagu and international band sekali.
yang #16 tu, kalau boleh tambah sekit, merupakan seorang pengguna iMac…
allops.
takde komen, just want to say:
“Dunia dah tak bley selamat; jadi mari kita jogging ramai-ramai, selamatkan diri. Heh.”
Salam aidilfitri.
Maaf zahir & batin.
nak duit raya. hehe.
:: selamat hari raya ::
takde geng post rock pun
Peh! jerome kugan menghampiri bjork?
Biar betul brader
aku pun tak faham, ramai sangat into bjork, tapi jerome kugan takda sapa pun endah.. ceh..
bagaimana dengan wanita/lelaki yang dahulunya selalu main gig dan ada sampai ke rock the world, tapi akhirnya bosan lalu menyertai pertandingan nyanyian reality series seperti LG MyStarz/Akademi Fantasia?
ahmad gemok-
betul la. kau pernah tengok elektronika set dia? perggh..
semua-
as i said, pemerhatian ‘am’ sahaja… nanti boleh la aku dapat idea nak tulis pemerhatian terperinci untuk kelompok mana.
selamat hari raya.
heran aku bittersweet sudi berpakaian begitu skali utk gig. mungkin bole sudi tukar jd bittersweat kot..
what about mat-mat effects?
contoh band tempatan: they will kill us all, killeur calculateur
macam mana dengan mat-mat post rock?
seingat aku dulu dda band yang first main post rock ala-ala mogwai malaysia la kononya pada suatu masa dahulu..tak silap aku aa..aku pon tak follow sangat…tapi skrg dda dah main reggae ek? apa pemerhatian anda? adakah mereka ini tergolong dalam satu masyarakat yang dilabelkan sebagai poser? ataupun apa-apa yang berkaitan dengan perubahan dikatakan poser?
insan yang keliru
Azmyl Yunor otai la beb!!! bukan mat singer-songwriter tunjuk bulu dada laa.. dia folk hero tempatan bersebelahan dengan Meor!!! Long live folk!!
em.aku rasa ending aku…aku saja yang tahu.hahaha.
tapi tak mungkin la mainstream.
bro, ko tulis x pakai otak…
skrang aku nk tanya, sejauh mana ko kenal skinhead??/
dr mastika? dr kawan2 yg poser?
ko ada sebut pasal puak aryan..itu NAZI jahanam laaa…mereka bukan skinhead, mereka hanya berimejkan skinhead…ada paham???
lg satu, ko ingat semua skinhead mabuk ke??
yg kau tu bangge dapat minum arak,adakah kau skinhead??
buat malu agama sj..tuihhh!!!
aku skinhead, tp aku x minum air setan tu pun?? so, apa alasan kau??
so, jgn memandai2 buat spekulasi..
nasib baik aku bukan dari kelompok ni
penulisan yang canggih,
mat trance sasau macam mana? haha