October 23, 2007 29

Khas Untuk Pembaca Aku Yang Seorang Ni.

By in Panduan

Aku perasan sekarang sudah jarang ada orang yang membuat pencarian yang agak menggila-babi untuk sampai ke blog aku. Tetapi, untuk orang yang membuat pencarian berikut di Google :

“23 Oct, Tue, 13:45:24 Google: kenapa vagina bau”

Ini jawapannya.

Banyak sebab-sebabnya.

Faraj wanita mempunyai nilai PH nya sendiri, yang sedikit berasid. Sebab itu lah kamu akan selalu nampak pembersih khas untuk wanita, biasanya sabun biasa dengan nilai PH yang sama atau seakan nilah PH faraj wanita. Jika nilai PH ini terganggu, seperti terlalu berasid atau beralkali, kemungkinan pembiakan bakteria yang berlebihan (dari kadar biasa, kerana satu tubuh manusia ini berbakteria) akan mengganggu bau faraj. Jadi jangan amalkan pembersihan faraj dengan sabun biasa. Gunakan air suam untuk membasuh, lebih baik.

Juga bulu ari-ari yang tidak dijaga rapi atau panjang akan menyebabkan pembiakan bakteria. Sentiasalah pendekkan atau cukurkan faraj (aktiviti menarik untuk dilakukan bersama bagi pasangan suami isteri dan pasangan yang mengamalkan seks bebas) untuk mengurangkan masalah ini.

Satu lagi penggunakan tisu tandas ketika buang air besar, iaitu menyelet (selet?) tisu dari lubang dubur ke arah faraj boleh menimbulkan masalah. Amalkan seletan ke belakang ketika menggunakan tisu selepas buang air besar.

Memang agak penting untuk menjaga PH faraj kerana banyak masalah seperti bau, keputihan dan kekuningan akan mudah berlaku jika nilai PH faraj tidak dijaga dengan rapi.

Satu lagi sebab ialah pemakanan. Pemakanan bahan makanan tertentu akan menimbulkan bau yang kurang enak, sama seperti pemakanan lelaki akan mempengaruhi bau air mani. Pemakanan makanan berherba atau berulam, seperti pasta dengan kentang berherba mahupun sup tomyam akan membuatkan faraj berbau lebih menyenangkan. Kalau tak percaya cuba. Kecuali petai lah. Tapi kalau anda suka petai, Cerita Lain.

Satu sebab lagi ialah penggunaan tampon yang salah. Sila pastikan tampon yang digunakan dibuang serta merta dan jangan biarkan tampon berada di dalam faraj terlalu lama, atau lupakan tampon yang ada di dalam badan. Bakteria akan membiak, eee jijik!

Adakah semua ini membantu?

Popularity: 7% [?]

29 Responses to “Khas Untuk Pembaca Aku Yang Seorang Ni.”

  1. averrose says:

    Maka dengan itu, jika bukan diatas tuntutan pembiakan, pakailah stokin untuk keselamatan :)

  2. ares bahar says:

    lol…sudah mahu bertukar dari anthropologist kepada gynaecologist ke?

  3. ahmadgemok says:

    seluar dalam pun perlu sering ditukar (bagi mereka yg pakai seluar dalam la)

  4. aku bukan blogger says:

    macam dr sakit puan la pulak kau nie. tp aku suka baca.. bagus2..

  5. miss meow says:

    hahaha.. dah tukar profession nampaknya?

    btw, one other thing. penggunaan seluar dalam yang betul. berita buruk utk kaum adam di luar sana, tapi kenyataannya, seluar dalam jenis cotton adalah yang paling sesuai untuk kaum kami. jenis2 yang fancy ataupun yang diperbuat daripada fabrik sintetik seperti yang berenda2, silk, satin dan juga g-string adalah tidak baik untuk kesihatan kami.

    boleh rujuk di sini dan di sini

    terimalah kenyataan =)

  6. Mr. Right says:

    Macamana kau boleh pandai bab2 vagina ni? banyak buat kajian teori ke practical?

  7. Melayu Minimalis says:

    miss meow-
    yeah actually i was planning to write about proper underwear but i guess i was too tired to remember writing about it last night.

    but thanks for reminding.

  8. 47 says:

    Interesting post but I know some of the facts already but it’s cool, it’s good info for those who have no idea and are continually searching for explanation “kenapa vagina bau”.

    But I must say that the main reason why i keep coming back to your blog is your posts that are about malaysian attitude, mentality, perangai, or just malaysian people in general.

  9. *heartbeat* says:

    hahahhahhahhaha…
    sapa2 yg nak bli jenih2 sluaq dlm nak adiahkan kat aweks, bini, skandal,.. sila rujuk miss meow.. jenis2 tu penting tuh..

    jgn bli pentist yang ada print image banana kat depan.. sangatlah tak horny!! hahahaha

  10. Anonymous says:

    tah papela ko ni. dah tua wat la cara dah tua. takyah nak bincang bab2 vagina dalam ni. bangang. ko nak wat dosa takyahla ajak orang lain. aku tau ko dah banyak kali berzina dan minum arak. aku boleh jamin la. kalo ko stil deny yg ko ni orang tua kotor yg tak penah zina mmg keturunan ko kotor 7 keturunan.

    so aku bagi cadangan kat ko..kalo nak wat blog takyah sampai nak membincangkan bab2 ni. ko tau tak cara ko memalukan kaum hawa? betina yg bagi komen kat isu ni dalam blog ko mmg tak bermaruah ,macam ko. so aku nasihatkan kalo umo ko dah tua tobatla. jgn jadi orang tua bngang atau ko masuk kubur dalam seksa. tupun kalo ko rasa nak mak bapak ko yang penat besarkan sampai ko dah pandai berzina tu tak berkongsi dosa hina yang ko buat.

    tq.

  11. akumacampeduli says:

    Kepada Encik Anonymous di atas,

    Entry ini lebih kepada penerangan secara saintifik tentang mengapa vagina perempuan berbau. Daripada apa yang aku baca, takde pun cerita tentang penulis berzina ke, ajak berzina ke, promote zina sebagai satu way of life ke atau lain-lain.

    OK, ada satu line tu ada tulis tentang, and I quote, “…pasangan yang mengamalkan seks bebas.” Beliau hanya menulis berdasarkan fakta. Adakah Encik Anonymous ingin mengatakan bahawa tiada pasangan yang mengamalkan seks bebas di Malaysia ini, walaupun di kalangan non-Muslims? Sedangkan di Arab Saudi pun berlaku kes zina, inikan pula multi-racial/religious Malaysia?

    Jangan suka menghukum orang lain. Mungkin penulis ini ada membuat pengakuan implicit yang dia ada berzina, tetapi Encik Anonymous boleh buktikan ke? Ada saksi 4 orang? Menuduh orang lain berzina pun boleh di hukum hudud jugak tau? Ke buat-buat lupa?

    Saya bukan nak menyokong lifestyle penulis. Tetapi saya menyokong mesej-mesej berguna yang penulis sedang sebarkan. Pada saya penulis telah berjasa kerana menerangkan ilmu tentang kenapa vagina berbau (dan juga kenapa air mani berbau) kepada seorang yang bertanya.

    Niali murni yang ditunjukkan sama seperti bekas guru sains saya di sekolah menegah dahulu. Walaupun ketika itu saya bersekolah lelaki semuanya, cikgu perempuan tersebut bersungguh-sungguh mengajar tentang sistem reproduksi lelaki dan wanita termasuk bab haid. Sebagai budak-budak lelaki nakal, sudah tentu ada adegan gelak besar tetapi cikgu tersebut cuma menjawab, “…nanti awak dah kahwin nanti, awak kena tahu juga menstrual cycle isteri awak semua, takkan nak redah je masa dia tengah haid”.

    Walaupun cikgu tu perempuan dan Muslimah pakai tudung, dia tak malu pun mengajar a whole class of boys with raging hormones tentang perkara sulit wanita. Pasal itu ilmu. Pasal cikgu tu berasa tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu.

    Ringkasannya tak salah belajar tentang perkara ini. Jangan terkejut jika ada orang yang tak tahu tentang perkara ini.

    Tidak hairanlah Malaysia takkan maju pada tahun 2020, jika semua orang memandang serong apa-apa isu. Semua tengok double-meaning, semua double-meaning menjurus kepada isu seks. Macam lawak Senario.

    To Anonymous, please grow up.

  12. Anonymous says:

    saya anonymous the 2nd.

    saya sokong anonymous yang atas ni. kalau rasa nak cari isu ni tak perlu dalam ni pun tak mengaper rasanya.
    ada ke orang bodoh yang sememangnya bodoh mengaku dia berzina? so sebagai seorang muslimah islam, saya juga terasa agak malu. saya selalu juga kesini nak mencari idea2 baru yang penulis bagi. agak terkejut bila isu ni bangkit. kalau perlukan pengetahuan sebegini, tak perlu rasanya dimasukkan dalam blog ni. saya percaya pengguna internet yg bukakblog ni pandai. just ikut mcam melayu mimalis tulis..masuk ggole then search. mudah kan?
    tak perlu sampai nak dimasukkan dalam ni.
    dan kepada yang komen ttg isu ni, cukupla sekadar kamu tahu apa yang kamu nak tahu. tak perlu komen.

  13. akumacampeduli says:

    Sebenarnya aku dah ngantuk dan nak masuk tidur, tapi aku nak hantar komen jugak.

    To both of you, what is so wrong with discussing a part of a normal human being’s anatomy? If that is the case, then we should ban all male doctors from practicing as ob/gyn’s and disallow female doctors and scientists from finding a cure for prostate cancer.

    Macam mana nak maju ha? Kalau Melayu asyik pikir sempit macam ini? Asyik carik double entendre dalam setiap benda? Cuba-cubalah matang sikit.

    Sama macam isu sex ed. dalam sekolah la ni? Benda tu supaya budak-budak sekolah belajar secara ilmiah, tapi terus pandang serong, takut budak-budak buat real life experiment dan praktis seks sesama class-mate. Alamak Melayu, takkan itu je kesimpulan yang korang boleh fikir?

    Aku pun Melayu, but I grew out from that phase. When will all of you?

  14. akumacampeduli says:

    Lagi satu, anonymous yang 1st tadi, huh, sedapnya panggil orang lain, “betina yg bagi komen kat isu ni dalam blog ko mmg tak bermaruah”.

    Jadi kalau kebetulan dia rupanya doktor pakar sakit puan yang hanya mengesahkan fakta yang penulis ni tulis, macam mana?

  15. Sultanah Yue says:

    kepada Anonymous!

    Muka kau…berlagak alim! Kalau aku jumper, dengan seluruh badan kau sekali aku buat pengosok pepet aku!

    Sial p***mak kau!… Apa hak kau nak judging orang hah… keturunan kau baik-baik sgtkah, kalau berjalan pon perlu berpijakkan bunga 12 warnakah! Anonymous vavi!

    Bytheway, Melayu minimalis… weird joblah aols ni…

    Tetiba bincang pasal manual betul membersihkan pepet!… so unmanly lah for guy like uols to write something like this!

    bukannya aku tak selesa… cuma, pelik lelaki bicara kebenda ni!

    …since ada orang kata uols buat atas pendidikan… sokong uols beh!

    daripada Sultanah Yue – Princess Blogger+pemerhati sepenuh masa!

    - http://gadiscelupan.wordpress.com/

  16. 47 says:

    Wahaha. Sensitifnya anonymous1 and anonymous2 XD baru 1 post pasal vagina dah naik angin.

    But it’s ok, I understand your “cara aku saja betul” way of thinking. It’s not the first time I came across your kind.

    Honestly I think good people are good people (either having good personality or good skills -mana2 pun boleh) regardless whether they drink(atau apa saja bentuk indulgence yg tidak bersifat membahayakan orang lain) or not.

    FYI, (correct me if I’m wrong) Tunku Abdul Rahman loved brandy and gambling was among his favorite pasttimes but that’s his personal life – walaupun aku tak minum, I have no problem with him drinking. As a leader he was a very capable man! I still respect him and I still look up to him as our bapa kemerdekaan.

    Hmm..I hope I din ramble too much and I hope that you get my point.

  17. Perempuan Jomblo says:

    pergh. siap begaduh. wakakakka!

  18. Melayu Minimalis says:

    senang cerita macam ni-lah.

    aku tak pernah panggil perempuan ‘betina’.

    perempuan adalah perempuan. betina untuk haiwan.

    untuk pembaca2 aku sekalian, terima kasih kerana sokongan anda. sila undi saya di pilihanraya akan datang. :)

  19. aku says:

    YaRabbi…nk share ilmu pun kena bertekak2 & mencarut2 ke? Kalu ilmu tu berguna,kita ambil & tampal dlm otak, tp kalu ilmu tu menyakitkn hati & mata, juz ignore & jalllllannnnnnnnn…. Kan mudah!. x perlu menghina2 org lain. Apa yg aku baca tidak satu pun yg mengarahkan kepada rangsangan nafsu, ianya cuma pengetahuan asas semata2… walaumacamanepong, semua terpulang kpd diri sendiri utk menerima… kalu otak mmg dh kuning, crita putih pun jdk kuning jugak. abih nk wat camno???

  20. poyotito's says:

    apebende la ano2 tuh!!
    bnde cmtu pn nk jd isu!
    x suke dh la!
    ko cam bgus sgt lak ai..
    sukati dia la blog dia!
    ko nk membebel buat blog sendri.

  21. Bob Dyldo says:

    Orang nak bagi idea untuk dapatkan vagina yang berbau fresh ala2 sabun popinjay pun kecoh la si anonymous bersaudara ni… Relax wei… relax…

    MM, aku ade vaginometer utk check nilai PH vagina, ade siapa2 yang nak aku testkan? First test is free…hahaha

  22. Emphbone says:

    Daripada seorang saintis:

    ‘Vagina’ ada mikrofloranya tersendiri.. Bau busuk adalah daripada pembiakan mikroorganisma yang tidak terkawal dan mikroorganisma yang berbau busuk..

    Another note, this entry is informational to male and female.. Jangan menjadi seorang ignorant..

    Please consult your nearest gyneacologist and microbiologist.

  23. ciTyguRL says:

    i thiNk, the info is a realy gOod info & edu that he shud sHAre. i think, ther r a lot of woman out there dont even noe this and thanx to him, we, women can take care of Ourself, for ouR husband betta.

  24. joni says:

    aku nak tanya sket. agak2nya ada ke melayu yg pakai main selet2 ngan tissue aje lepas berak? setau aku cina je yg buat perangai cam 2. aku tak jumpa lagi melayu yg cam 2. tatau ler kalau diaorg x mengaku. ada sesiapa jumpa melayu main selet ngan tissue ke?

  25. Melayu Minimalis says:

    joni-
    aku kenal ramai.

  26. Gadis Gelihati says:

    Mmm… kepada pengomen-pengomen di atas, tolong refer “vagina” sebagai “vagina” atau “faraj” dan bukan “pepet”.

    Slangs for female genitalia should go the way of the dinosaurs. Say it right and say it proud. :D Otherwise sex will always be perceived as something filthy, when it’s the most fundamental characteristic of life.

    Kepada Penulis Tanpa Nama (2007 Oktober 24 23:33), anda menggelar kami sebagai “kaum hawa”. Namun begitu, yang menghairankan saya, barisan seterusnya anda terus merendahkan kami “kaum hawa” sebagai betina yang tidak bermaruah. Terima kasih kerana anda telah membuktikan bahawa anda seorang hipokrit yang perasan alim.

    Sekian.

  27. who care? says:

    wow.bagus.nanti dah kawin untung bini.

    kalau dah kawin la.

    maaf.tumpang lalu.

  28. reorp says:

    hi??

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes