November 29, 2007 28

Tafsiran ‘Lelaki Ampang’

By in Tafsiran

Aku rasa aku ada menyentuh sedikit tentang golongan ini di dalam nukilan paling popular aku setakat ini, dan aku rasa sudah sampai masa aku ceritakan sedikit pemerhatian aku tentang golongan yang digelar Lelaki Ampang.

Sebelum itu, perlu aku jelaskan kepada yang bodoh bahawa ini bukan pengkelasan khusus diatas faktor geografi, tetapi hanyalah pengamatan am yang mungkin berasas. Jika kamu lelaki yang tinggal di Ampang dan bukan dari golongan ini, syabas aku ucapkan. Jika kamu tergolong dalam golongan ini tetapi tinggal di Damansara, syabas juga aku ucapkan!

1. Golongan ini biasanya lelaki Melayu di lingkungan umur awal hingga pertengahan 20an. Fizikal yang agak tegap (jarang gemuk, lebih menjurus kepada kurus) hasil permainan futsal 3 malam seminggu di bangsal-bangsal buruk yang diubah imej menjadi pusat futsal. Aku tak tahu kenapa, tetapi mesti bermisai nipis (lihat gambar) yang tercukur rapi. Mungkin kekurangan hormon testosterone, menyebabkan bulu badan yang kurang lebat. Selalunya berambut pendek, ala-Beckham sekitar lewat 90an (orang panggil rambut ‘fin’, sebab macam sirip ikan) dan yang berani sikit akan mewarnakan rambut dengan pewarna rambut halal yang boleh diperolehi di kedai. Tak silap aku sekarang di kedai gunting mamak pun boleh mewarnakan rambut, jadi lebih banyak pilihan.

(Tapi aku tak faham sampai sekarang kenapa ada kedai gunting mamak yang menggunakan mousse rambut DENGAN air yang disembur ke atas rambut. Pelik tapi benar.)

Yang berambut panjang juga ada, tetapi wajib di’highlight‘kan dengan warna cerah, agar rambut kelihat ayu dan berbelang-belang. (Tapi aku difahamkan ini adalah trend Lelaki Brunei, dan bukan Lelaki Ampang. Cerita Lain, semestinya.)

2. Pakaian kegemaran mestilah t-shirt polo berlogo besar. (Lihat gambar). Tak perlu yang asli, pergi sahaja ke kawasan Bukit Bintang ataupun sekitar Jalan Petaling, memang berlambak. Seluar jeans menjadi pilihan, terutamanya jenama Levi’s asli dari Thailand. Senang cerita, mereka ini memang penyokong barangan asli dari Thailand, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Orang semua tak kisah kalau kamu pakai yang asli ataupun tidak, sebab kalau beli yang ori pun orang ingat tiruan, jadi akhirnya beli sahaja yang tiruan, lagi senang, jimat duit.

Lagi satu fesyen yang popular ialah fesyen ala-Innuendo, iaitu kemeja berwarna putih yang tidak dibutang 3 butang dari kolar dan berseluar hitam. Imej ini amat popular ketika keluar malam bersama teman wanita. Atau yang berupa seakan wanita.

3. Haram dilihat menaiki motosikal sebab tak ingin dicap sebagai Mat Rempit. Kereta buatan tempatan yang rosak tingkapnya adalah pilihan utama, dan selalunya dilekatkan dengan logo Autobot (untuk yang perasan baik) ataupun Decepticon (yang perasan nakal sedikit) di bonet kereta. Malangnya kereta mereka ini tidak boleh transform menjadi robot, malah, tak boleh transform langsung pun, sebab memang hanya cukup duit untuk mekap kereta. Dan tambah speaker belakang.

4. Perempuan idaman: Beyonce dan Angelina Jolie. Kalau nak mencari awek pun, kena ada yang iras-iras mereka berdua. Kalau tak iras pun asal perempuan ada sepasang buah dada cukup. Paling kurang pun nama seakan-akan mereka berdua.

Biasanya teman perempuan ala Beyonce dan Angelina Jolie ini akan dibawa bersiar-siar di dalam kereta tempatan mereka, yang semestinya akan dipasang lagu Beyonce sekuat yang mungkin. Destinasi idaman bersama teman wanita adalah tepi bukit yang boleh nampak satu Kuala Lumpur, terutamanya lokasi-lokasi yang menjadi idaman filem-filem Yusof Haslam dan Bade Azmi. Murah sikit, tak perlu belanja minum air atau makan mi goreng. Diri saja terpacul tepi jalan.

5. Selalunya masih tinggal bersama ibu-bapa, (sebab duit habis semua mekap kereta dan belanja Beyonce makan) ataupun tinggal di kondominium yang dikongsi bersama 14 Lelaki Ampang lain. Jarang orang yang berasal dari luar Kuala Lumpur, kecuali pelajar-pelajar institusi pendidikan sekitar Lembah Kelang yang baru nak belajar berjoli selepas mendapat duit biasiswa buku.

Kalau tinggal beramai-ramai dalam satu kondo, takkan ada seorang pun yang pandai mencuci tandas dan bilik mandi yang sudah berkulat dan berkulampuk, sama seperti pinggan mangkuk berkulat yang ditinggalkan di sinki. Jarang berada di rumah dan melakukan aktiviti bersama seperti bersembahyang jumaah, kecuali jika tiada wang untuk keluar menonton bola di kedai mamak dan ada member yang baru selesai men’torrentblue baru. (Aku sampai sekarang tak faham istilah blue itu berasal dari mana. Biru sangatkah minda kita yang kehausan seks ini?)

6. Masih teruna. Tapi berlagak mengalahkan Ron Jeremy.

7. Sama seperti Mat Belia, hanya berkeyakinan diri jika berada di dalam kumpulan yang agak besar, terutamanya ketika berkumpul di padang futsal (dengan harapan agar dapat berjumpa si Fazura) dan di kedai mamak selepas penat bermain futsal. Paling dengki dengan orang lelaki Melayu yang membawa kawan wanita ke kedai mamak, lebih-lebih lagi jika wanita itu bukan Melayu. Macam aku.

8. Gemar ke kelab malam, tapi bukan untuk ber’clubbing‘, hanya untuk mengusha perempuan berlurah dada dan jika ada peluang, untuk meraba, tapi akan menjadikan ter’raba’ sebagai alasan tiap-tiap kali kantul. Jadi untuk semua pembaca-pembaca wanita aku yang baru ingin belajar ke kelab malam, sila berhati-hati dengan golongan lelaki yang berpakaian seperti apa yang aku terangkan di atas, sebab mereka mesti mencari alasan untuk meraba. Sebab itulah sampai sekarang pasaran untuk bapuk masih meluas, sebab lelaki memang tiada masalah jika ingin meraba dada lelaki lain, bukan?

Di kelab malam juga, seperti lumrah pengunjung-pengunjung Melayu lain, akan suka berkongsi minuman. Satu minuman untuk 3 jam. Memang patutlah ramai pemilik kelab tak suka pengunjung Melayu. Katanya tidak mahu timbulkan masalah dengan JAWI atau JAIS bila kelab mereka diserbu, tapi sebenarnya pengunjung Melayu tak mampu berbelanja di kelab mereka.

9. Ini satu perkara yang mungkin sensitif, tapi golongan ini mesti mempunyai ‘abang’ ketika keluar malam, terutamanya di kelab malam. Golongan ‘abang’ ini bukannya berbeza sangat jurang umur mereka, tapi mereka ini disalam dan disambut seperti Agung. Salam tangan bercium, lengkap semua. ‘Abang-abang’ ini selalu suka berkaca mata gelap di waktu malam dan gemar berjaket kulit.

Aku rasa untuk penjelasan perkara ini kamu kena tanya :
- si Awie ataupun
- Khairy Jamaluddin, haha.
Siapa lagi seorang kamu boleh tanya? Sebab aku nak beri kamu tiga baris pilihan… ha ha.

Penat aku menaip hari ini. Kebetulan hari ini aku lapang sedikit… Malam ini kena berpesta pula. Maklumlah, kerja.

Popularity: 8% [?]

28 Responses to “Tafsiran ‘Lelaki Ampang’”

  1. yuzy says:

    Salam berbuah!Haha.Kalau ko tulis pun best gak.

    Tambah sikit lagi.Suka angkat kolar?Dah…

  2. bul says:

    aku tak suka mereka wujud.
    lebih2 lagi point no 9!
    buat aku tak berasa aman!

  3. emollient says:

    sempat lagi posting seround. tapi this one is destined to be a classic.

    dah dah pergi zouk cepat.

  4. averrose says:

    hahahaha! benar sekali, mungkin golongan ini sekadar ingin memberi hiburan percuma kepada golongan selamba utk mentertawakan mereka.
    ha ha ha
    ha betul tu, collar naik atas.. wtf

  5. Siberkop says:

    Istilah Blue aku rasa muncul dari filem ‘Blue Movie’ oleh sipelik Andy Warhol.

    http://imdb.com/title/tt0062745/

  6. Sultanah Yue says:

    “Memang patutlah ramai pemilik kelab tak suka pengunjung Melayu. Katanya tidak mahu timbulkan masalah dengan JAWI atau JAIS bila kelab mereka diserbu, tapi sebenarnya pengunjung Melayu tak mampu berbelanja di kelab mereka”

    You never failed to amuse me… bahagian terakhir paragraph tersebut, I memang sangat suka+sangat sokong!

    Especially pengunjung2 Melayu tahap adolescent :P

  7. Ami says:

    Taknak citer Lelaki Bangi?

    Theheheh..

  8. adli says:

    citer bebudak ampang ni wat aku teringat mase aku lepak kl dulu sekitar thn 2001, aku penah kene pukol tak pasal² ngan bebudak kete ampang. aku tak kenal langsung diorang. mase tu baru balik Jamming(ade budak ajak masok band die)kat ampang. pastu singgah KLCC. nampak la ramai orang. pastu nampak la berkerumun depan maxis KLCC tu cam bertengkar. aku pun bebual la ngan member lain. tetiba jek sorang mamat ni dtg meluru kat aku dan rakan² die jerit ‘korang sume Dino eh..kalu tanak masok campor baik blah.. pastu die nak tunjuk ganas die, die pun tumbuk muke aku, pastu member aku sume cabut tinggal aku sorang. .. sampai skang aku ingat citer ni. sampai skang aku tak paham kenape aku yg jadi mangsa. tension gile. ingat nak repeat ke nak setel ngan bebudak abang aku. tp bak kate ko kan, bebudak tiga baris kan. bahaya tu. nanti jadi besar lak citer. pasal 3line ni, aku lagi sikit nak jadi rekrut. ade org ajak. tp aku taknak. pasal aku dh cukop sume. ade abang,adik,kakak. tak payah kot abang angkat ke ape kan. jadi gangster ke ape bukan kemane pun..
    ok thanks for sharing..

  9. Lucius Maximus says:

    tiga baris kononnya pembela melayu?

    yang terakhir aku pernah dengar, memengandungkan anak dara melayu adalah…

    dan juga memukul budak-budak melayu yang mereka tidak puas hati…

    dan memeras ugut peniaga dan penjaja melayu di kaki lima…

    kalau kau nak tanya lagi seorang, mungkin kau boleh tanya sama Pak Lah

  10. aku bukan blogger says:

    mesti lelaki-lelaki ni semua bernama “AZMAN”

  11. Melayu Minimalis says:

    macam-macam la korang ni.

  12. Azzu says:

    owh, saya dah tersilap tafsir lelaki ampang ni. saya imagine sebelumnya, lelaki ampang ni kaya-raya, ada kereta besar dan mewah, probably ramai anak-anak orang senang (dato’, tan sri, whatever) yg menghabiskan duit mak bapak diorang..
    (kalau yg sebegini apa nama khas mereka?)

    kalau macam ni lah lelaki ampang, saya rasa tak jauh sgt bezanya dengan mat rempit, cuma mereka berkereta saja :) patutlah ada point no. 3 tu..

  13. mrbad says:

    hahahah kewl… aku duk ampang dah 25 thn..memang tepat sekali segala ‘hipotesis’ anda, aku bersetuju 110%.. or maybe.. fakta kukuh, cuma tidak di ‘dokumented’kan.. i think u better buat buku.. kita leh jadi partner make the “book” happend? huuhuhhu… arios !!

  14. double line...dilarang memotong says:

    bukan setakat abang
    ayah pun ada
    geli ah dengar
    apa2 pun
    gambar hero malaya tu memang terbaek
    kalau tak tunjuk biceps tak sah
    maklumlah wakil malaysia untuk arm wrestling…muahahaha!!!

  15. Melayu Minimalis says:

    Azzu-
    itu bukan Lelaki Ampang.
    Itu Lelaki Ukay Heights.

  16. parade of loser says:

    yang terakhir aku pernah dengar, memengandungkan anak dara melayu adalah…dan juga memukul budak-budak melayu yang mereka tidak puas hati…
    dan memeras ugut peniaga dan penjaja melayu di kaki lima…”

    bro aku rasa ko punya st8ment sgt mnyluruh,
    aku rasa geng 3baris area melaka,kl ke atas je kot,mereka bukan geng melayu lagi,mungkin dicmpur adukan,lgpun bnyk kes pnymran belakangan ni,cuba usha area jb khususnya batu pahat,mereka lain,aku jamin&yakin disini.abg2 dorang sntiasa pantau anak buah mrka,mngajar agama,silat,alquran.xde istilah “berpesta pd mlm minggu utk si hedonis”

  17. 47 says:

    Yep, seperti biasa, ‘observation’ anda memang tajam dan precise. Orang-orang yang menepati description dlm post ini memang wujud dan boleh di ‘point out’dengan mudah.

    Diaorang nih pun kalau ke kedai mamak, mesti nak duduk bersebelahan dengan girlfriend masing2. Rambut ekor, t shirt berkolar, jeans ketat berwarna gelap (biru gelap atau hitam) lengkap dgn kasut but kulit atau kasut2 yang sewaktu dengannya.

  18. *heartbeat* says:

    lepas tu, awek awek (malang) mereka akan buat muka-muka belagak bila tengok aku yang selekeh (macam tak sembur perfume) ni.

    awek-awek akan rasa cool bila berdamping dengan mereka! kadang-kadang aku rasa nak tikam saja peha awek-awek tu.

    note : dalam tempoh dua bulan ni aku rasa macam nak tikam orang saja!

  19. merakmerah says:

    Kat ofis aku ramai ‘Lelaki Ampang’.

    Yang tergolong dalam arena 3 baris pun ramai juga.

    Busuk betul.

  20. Anonymous says:

    lu lupa satu benda wajib!…

    diaorang ni akan mengaku duduk dalam “tiga line” Pakeda (kau tahu kan?)di mana stiker “tiga line” akan di tampal di kereta mereka…so kalau jadi kes-kes gadoh orang takut nak serang sembarangan….hehehehe

    baru boleh jadi samseng melayu

  21. ddbb says:

    hehe tiga baris. cool…

  22. akuxapaapa says:

    ahahaha..
    perkara ini dh lama aku bincangkan dgn kwn2 aku.. tp kami menggelarkan lelaki2 ampang ini sebagai “azman”

    baju koler tegak..
    spek itam..
    rambut cacak (masih terpacak?)

    paling ketara kalau mereka pakai kete GEN2

  23. goggle says:

    bro,tambah number 2..
    shades uptown danau n rantai naga..
    ade cincin kt jari..
    jgn lupe beg silang ‘LV’ or diorang tu..
    hahaha
    jap2,tambah bangle besi cm punjabi..
    pastukan,ade yg tukar rim tp blagak mcm bawak mini cooper S lak kan..
    bro ade request,nk taw laki subang or pj or ciri2 budak lepas spm..
    that would be kinda funny..

  24. Anonymous says:

    brader pakai motor buruk..
    adik2 pakai kete mewah..
    dengan selambe brader nak pakai..
    bagi plak tu..
    kalo mak ayah sendiri..
    sanggup bergado..
    BANGANG!!!!

  25. Anonymous says:

    hmm..
    saya x tau plak pasal hal ni..
    tp mmg perasan la kerana kbayakan rakan2 lelaki saya bersifat spt yg tercatat di atas kecuali pergi ke kelab2 mlm n raba2 all dat..

    abg pnh dgr ttg golongan “abang tanjung”?
    golongan ini kbanyakannye di p.pinang..

    kalau boley saye nk request..cerita ttg abg tanjung ni..
    thnx 4 da info anyway

  26. ted says:

    tahniah bro…mungkin aku lambat baca citer nie…tapi pada aku ianya cukup classic!!
    nicely done…superb observation..
    3 baris..takde duit nak berbelanja…heheheheh

  27. ShaDaDooWapBeDoop says:

    Bhgn lelaki tak kisah menyentuh dada laki lain tu harus dipersetujui.

    Pnh nmpk Lelaki Ampangan secara “gampang”an nya tlh berjalan berpegang tgn dgn yg kelihatan spt perempuan smbil bercakap lembut tanda concern dgnnya.

    Pelik tp Benar.

    Atau tak pelik sbnrnya, tp aku je yg tak tau ianya benar?

  28. Fariz Bakar says:

    haha.aku ada kawan ‘lelaki ampang’.LOL.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes