Baiklah, kita lupakan sahaja filem ‘Zombi Kampung Pisang’ arahan adik Datuk Lat tu, dan kita fokuskan kepada hakikat bahawa genre filem zombie (aku tak suka ejaan ‘zombi’) adalah hampir ekslusif ke filem/media terbitan Barat. Malah, kita amat jarang lihat filem genre ini keluar dari Asia.
Zombie Hindustan? Zombie Hongkong? Zombie Indo? (Jangan panggil Indon, mereka marah) Semua tak wujud. Zombie Melayu pun, tiada. Secara jujur, sebagai peminat genre filem zombie, aku amat kecewa dengan zombie-zombie ciptaan pengarah Mamat Khalid dalam ‘Zombi Kampung Pisang’. Nampak macam Melayu Kampung dengan muka ditempek bedak sejuk sahaja.
Sebelum itu kita lihat asal-usul zombie ini. Menurut lagenda agama voodoo di negara-negara kepulauan Amerika Tengah seperti Haiti dan Singapura (mungkin), zombie ini merupakan, secara mudahnya, mayat yang hidup kembali. Dikatakan di negara seperti Haiti dan Singapura yang kekurangan tenaga kerja tetapi penuh dengan ladang pisang, bomoh-bomoh serta pawang-pawang di sana telah meng’hidup’kan orang yang telah mati supaya pemilik ladang dapat menambahkan tenaga kerja tanpa perlu membayar gaji. Tak perlu beri makan, tak payah bayar gaji, tak payah Socso. Katanya, lah.
Hasil kreativiti pengarah-pengarah filem Amerika ketika zaman paranoia Perang Nuklear 1950an dan kemudiannya Perang Dingin, cerita tentang voodoo dan zombie ini menular ke layar perak. George A. Romero adalah antara pengarah yang paling terkenal dan yang paling aku gemari, dan sampai sekarang masih dianggap pengarah terunggul dalam genre filem ini.
Tapi, kalau kamu arif tentang perilaku zombie ini, kamu akan perasan beberapa perkara, yang sedikit sebanyak mempengaruhi faktor kemungkinan orang Melayu menjadi zombie. Kalau ikut cakap aku, memang tak mungkin orang Melayu menjadi zombie. Kenapa, ya?
1. Otak Manusia Tidak Halal.
Zombie hanya makan daging manusia, terutamanya otak sahaja. Kalau tak silap aku, memang susah untuk mencari daging manusia halal. Maklumlah, orang Melayu kita ini memang fanatik tentang halal. Sampai ada rancangan tv halal, konvensyen halal, perbankan halal dan macam-macam lagi.
Tapi orang kita pun kadangkala mudah sahaja. Kalau nampak orang Arab sembelih sahaja, memang terus akan ‘jadi’ halal. Kalau tak silap aku kat Timur Tengah ramai juga orang Arab yang sembelih manusia, tapi daging orang Barat dengan Korea halal ke?
2. Orang Melayu Tak Suka Jalan Kaki.
Di Barat memang ramai orang suka jalan kaki ke sana dan ke mari. Maklumlah, cuaca hawa sederhana serta sistem pengangkutan awam yang berkesan memudahkan orang yang tak mempunyai kenderaan sendiri untuk sampai ke destinasi. Tapi kita di sini memang tak suka berjalan. “Panas-lah…”, “Berpeluh-lah, nanti badan bau masam…”, dan banyak lagi. Sebab itu lebih ramai orang suka naik motor atau bawa kereta.
Tapi zombie kena berjalan. Jalan perlahan-lahan, sambil terketar-ketar. Memang tak akan ada zombie naik kapcai.
Sebab itu aku tabik Mamat Khalid sebab buat pertama kali dalam sejarah dunia dia filemkan adegan zombie naik kapcai dalam filem dia.
3. Zombie Tak Boleh Pakai Tudung/Helmet Motor.
Sebab zombie suka makan otak. Kalau ada tudung dan/atau helmet motor memang akan agak menyusahkan proses makan otak.
Tapi mungkin agak gerun juga jika kita lihat di layar perak. Aku sudah boleh bayangkan adegan zombie menyerang yang penuh dengan zombie bertudung. Eeeeee! Takutnya!
4. Orang Melayu Banyak Yang Sudah Ada Tangkal Kebal/Susuk.
Zombie biasanya kebal. Kecuali dipancung kepala atau ditembak tepat di bahagian otak. Memang kebal. Aku rasa ramai orang Melayu sudah cukup kebal. Boleh makan kaca, rendam tangan dalam minyak panas, buat wheelie di atas jalanraya dan banyak lagi. Memang kurang relevan untuk mati dahulu, KEMUDIAN baru kebal.
Sama seperti susuk. Zombie kena mati dahulu, baru hidup semula. Orang kita nak mati kali pertama pun agak susah, sebab semuanya kebal. Macam mana?
5. Orang Melayu Terlalu Biasa Berkelompok.
Zombie-zombie yang handal di dalam filem semuanya suka berseorangan. Kalau zombie berada dalam kumpulan yang agak besar, kemungkinan mereka untuk dibom/dibakar/dikejutkan dengan elektrik/ditembak beramai-ramai adalah besar. Ini menjadikan mereka zombie yang kurang berkesan. Orang Melayu kita memang sudah biasa berkenduri, malah makan dalam dulang yang sama. (Hey, walaupun aku moden aku pernah pergi kenduri makan sama-sama dalam dulang besi besar berhiaskan motif bunga mawar hodoh) Kiranya, jika sekumpulan zombie Melayu jumpa awek separuh mati di tengah jalan, mesti berkerumun macam kenduri-lah… Paling kurang pun seorang keluar telefon bimbit lepas itu ambil video dan upload ke Skandal Melayu.
Sudah pasti mereka ini akan mati ditembak begitu sahaja. Kurang berkesan sebagai zombie.
6. Kemungkinan Over-Exposure Dalam Media Massa Melayu Tinggi.
Memang aku tak pernah jumpa zombie Melayu. Kalau spesis zombie Melayu wujud dan ditemui, mesti tiap-tiap minggu keluar rancangan Seekers. Kalau zombie itu seekor sahaja mesti kecoh satu Malaysia. Mesti tiap-tiap pagi si Harun Din tu akan ke udara dalam tv menerangkan cara-cara untuk menjauhi anasir Zombie (di eja ‘Zombi’, semestinya). Harian Metro jangan cerita-lah, mesti dalam seminggu akan keluar tajuk ‘Pesta Seks Zombie’. Kalau sudah melarat tu mesti akhirnya keluar Edisi Siasat. Contoh tajuk: ‘Zombie Melayu Kunjungi Pusat Urut Haram Selepas Berjudi Dan Telan Pil Kuda’. Apa kejadahnya?
Gila mengarut nukilan aku hari ini.
7. Melayu Suka Parti Politik.
Kamu pun tahu, zombie itu biasanya tidak berotak, kiranya, tidak mempunyai akal fikiran yang normal, biasanya hanya akan tahu nalurinya untuk makan otak manusia. Tapi orang Melayu kita, tak kisahlah, yang ada otak atau pun tidak, suka berkelompok ikut fahaman politik (ataupun mungkin fahaman muzik dan fesyen dan saiz enjin motor/kereta). Bayangkan, zombie tengah lepak-lepak makan perut Adibah Noor sambil jilat tulang selangka Zaki Sadri, tiba-tiba ada seekor (seorang?) zombie tu hunuskan keris ke langit dan menakutkan semua zombie bukan Melayu.
Tak ke naya?
8. Orang Melayu Tamak Makan.
Walaupun bagus ketika berkenduri, tapi bila ada makan buffet, kita semua jadi tamak. Zombie wujud dengan semangat setiakawan dan suka berkongsi. Kalau ada buah dada besar yang segar, kita makan sama-sama, ada kaki panjang yang seksi, kita ratah sama-sama.
Kalau zombie Melayu, mesti kalau dapat Sharifah Aini, mesti makan dan lantak seorang-seorang. Mesti zombie Mat Salleh dengki. Pastinya kurang aman dan akibatnya zombie Melayu itu akan dipulaukan.
Tapi sebenarnya jika zombie Melayu itu dipulaukan, dan kekurangan makanan, mesti tiada masalah. Sebab kita sudah biasa berpuasa. Kecuali yang ada gastrik-lah. Rasa-rasa nya zombie boleh puasa berapa lama?
9. Zombie Kena Sabar, Kita Kurang Sabar.
Disebabkan kebanyakan zombie hanya mampu berjalan perlahan dan terkedek-kedek (kecuali zombie dalam ’28 Days/Weeks Later’ dan ‘Dawn Of The Dead’, tapi itu cerita lain), kesabaran itu adalah perlu untuk menjadi zombie. Tak boleh potong queue, tak boleh lalu jalan belakang, tak boleh ikut ‘lobang’.
Kamu cukup sabar ke? Ataupun memang kamu sudah jadi seakan zombie?
Popularity: 5% [?]
hahaha. zombie kampung pisang? gagal lah mamat khalid tu!
aku penah tengok iklan saja.
Cikgu, ko perlu tgk citer kampung pisang tu. Tengok dulu, nanti citer. Tak pernah tengok ‘Rock’ yer?
Entri kali ni aku tergelak kat no. 5 jer. Yang lain aku tgk macam agak ‘terlalu mencuba’ lah.
Rock aku ada tengok. Aku gagahkan juga tengok.
Aku suka nukilan kamu hari ini. Aku juga setuju dengan kamu. Zombie tidak mungkin lahir di kalangan Melayu.
Oh, by the way aku pautkan blog kamu pada blog aku, ya?
bloggedneem.blogspot.com
Orang melayu(okla bangsa Malaysia la!) perlu cipta satu genre yang tampak original dalam kesinambungan cerita2 tentang zombie ni.
Sbb kebanyakkan citer zombie yang aku suka, sumernya penuh dengan dasar cerita yang sarat dan lebih memualkan dari watak zombie itu sendiri.
Rock best wei.Rock ouh.
Mamat khalid best la…better dari Prof. 1000x ganda.
Of course lebih cerah.
siberkop-
satu blog ini ‘terlalu mencuba’, kau tak perasan ke?
Well, if u say so dear.
Tapi 2-3 hari ni ko rajin mengupload. Kat kopitiam lagi ker tu? Leh aku stalk tak?
Bagaimana pula zombi perempuan melayu pakai bikini?
Bagi no 6. Anda telah tertinggal antara wadah utama kaum melayu ramai. Majalah Mastika yang editor dan para penulisnya rasa macam ‘point of view’ merekalah yang paling betul dalam alam semesta ini.
Senang cakap, cara penulisan Mastika (ini hanya boleh di-apply pada artikel tentang orang melayu sahaja, bukan cerita2 hantu atau lawak bodoh yang di-translate dari lawak inggeris) mempunyai unsur-unsur “manusia lain semuanya belum cukup pandai untuk mempunyai ‘judgement’ sendiri”.
Malangnya ramai pula pakcik, makcik, akak, abang yang menerima ‘judgement’ mastika seadanya dan percaya sepenuh hati…bagus-bagus…
47 :
saya sokong about mastika, wadah utama sensasi orang melayu. LOL.
hiburan utama bile ke tandas. hahah.
aku setuju pasal zombie tak bole jadi kat melayu kite. aku pun bukanlah peminat pengarah citer tu. aku pun tak tau sape pengarahnya. tp aku dh tgk citer tu dr mula sampai abis. pasal waktu tu takde pape nak buat kot. dari pemerhatian aku la, walaupun tajuk citer tu ‘Zombie kampung pisang’ tp sebenarnya diorang bukan zombie pun, just kene virus jek dari orang jahat yg termasokkan virus tu kat makanan kat warung yang satu kampung makan. takde org mati pun citer tu. bile takde mati, takde la zombie. last skali kan sume jadi normal. aku tau citer tu mmg cam tak best. tp kalu dh bosan, layankan jek.
hah.. kamu baru tahu kenapa melayu tidak boleh jadi zombie.
mengikut pelembagaan malaysia, seorang melayu itu hilang status melayunya apabila tidak mempraktikkan adat melayu. So kalau ada melayu pun jadi zombie, kemungkinan besar melayu celup kut.. haha
Melayu tak boleh jadi zombi (ok la, zombie). Aku sokong. Aku dengar cerita ada sequel Zombi(e) Kampung Pisang. Zombi Kilang Biskut. Aku tak tipu. Apa-apapun, favourite aku tetap Shaun of the Dead.
“mengikut pelembagaan malaysia, seorang melayu itu hilang status melayunya apabila tidak mempraktikkan adat melayu”
Hahaha..betul-betul. Kalau mengikut perlembagaan, setelah menjadi zombie, seorang melayu sudah bukan melayu lagi..maka tiadalah zombie melayu.
i’m linking you to my blog.
Hilarious shit you have here. I love it!!
Sarcasm at its best!! keep it up! hahahahh
ada zombie hongkong. ko tengok cerita haunted cop shop 2. dlm filem 2 ada zombie.
MM,
Zombi Melayu tableh pakai bikini, n buat aksi porn queen…hehehe..
funnee funnee.
am thinking to skindipping ler karang hahahah~@!
aku xsuka entri kau and aku ada hadiah utk kau, 2 perkataan je
FUCK YOU!!!
siapa tanpa nama tu? zombie melayu ke? wakakaa
ape salahnya ko makan nasi berdulangkan motif bunga mawar..diam dan makan je la..biarje la hudoh atau tidak ko ingat ko hensem sangat nak orng hidangkan ko nasi berdulangkan motif bontot gajah
[...] letakkannya di dalam konteks pemikiran Melayu. Seperti 9 Sebab Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond, 9 Sebab Utama Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Zombie dan 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi [...]
A bit outdated for this post.
But I am not sure if we can pull a Romero with our mentality.
Sensitif sangat.
Put some social commentary and making fun of politicians and the state would put us in the list of ‘kena soal ISA’ nanti.
[...] jika kita fikirkan konteks kiamat zombie jika berlaku di Kuala Lumpur. Aku pernah menulis tentang zombie dalam konteks Melayu, tetapi sekarang kita lihat pula dalam konteks lokalisasi, iaitu jika ianya berlaku di sini. Untuk [...]