Salah satu sebab utama aku mulakan blog aku ini dahulu adalah sebagai unjuran pemerhatian harian aku. Walaupun kerja aku sebagai di Jabatan Fizik Nuklear ini jarang memberikan aku peluang untuk berinteraksi dengan manusia lain, tetapi segala apa masa lapang yang aku ada ini, (dan jika aku tidak penat) akan aku habiskan dengan memerhatikan orang. Tak kisahlah, di pusat membeli-belah, di masjid, di kelab malam, di pasar malam…
Senang cerita, ini adalah longgokan pemerhatian antropologi aku, di mana, walaupun mungkin tidak tepat atau lengkap 100%, tetapi cukup untuk aku berkongsi maklumat yang aku perhatikan.
Satu benda yang aku perasan sekarang, setelah aku menulis pelbagai nukilan tentang jenis orang ini dan orang itu, seunik mana pun, pasti ada sekurang-kurangnya 10 orang yang sama dengan kamu. Ini berbalik kepada mentaliti kelompok yang aku tuliskan dahulu, di mana keinginan untuk menjadi individual yang unik serta kreatif hanya akan menghampakan. Cuma yang berbezanya hanyalah tahap personal comfort kamu. Anak lebai pembaca URTV di kampung kamu mungkin tidak dapat menerima si Ahli Seni Puisi Abstrak yang suka berbogel dan kencing untuk persembahannya, tapi aku pasti akan ada orang yang akan melihat si Ahli Seni Puisi Abstrak itu seperti orang biasa. Sebaliknya si Minah Emo Times Square yang teruja menonton My Chemical Romance tempohari pasti akan meluat melihat si Mat Rempit dengan brek bunyian kapalterbang jetnya tapi aku pasti ada Minat Emo di luar sana sedang hangat bercinta (sambil dirakam di dalam telefon bimbitnya) dengan Mat Rempit berparut lumba di sikunya.
Aku rasa, keinginan dan kemahuan kita semua untuk mencari identiti akhirnya berakhir dengan kita menjadi sama seperti orang lain, seperti barangan yang baru keluar dari production line kilang.
Cuma yang membezakan satu kelompok dengan satu kelompok yang lain adalah cara kita melihat dan melayan satu sama lain.
Aku tidak tahu kamu semua bagaimana, tapi tahap toleran aku memang amat tinggi. Sekiranya kamu tidak tergolong di dalam golongan yang aku benar-benar benci (dan, secara jujur, aku sudah kurang membenci semenjak dua menjak ini), aku akan menerima kamu seadanya. Aku tak kisah jenis muzik apa kamu dengar, atau kereta apa yang kamu bawa, mahupun jenis makanan apa yang kamu makan, aku akan terima itu semua sebagai kamu dan cara hidup kamu.
Tapi ini tidak bererti yang aku tidak mempunyai pendapat tentang kamu.
Aku akan tetap mempunyai pendapat, tak kisah-lah, sama ada ia pendapat yang baik ataupun yang buruk, ia tetap pendapat aku. Cuma ia keputusan aku sama ada aku hendak memberitahu kamu ataupun tidak, dan terpulang kepada kamu sama ada kamu ingin membaca pendapat aku dan menerimanya atau tidak.
Semuanya hak kamu. Aku tidak pernah memaksa. We live in a free world.
Bukan salah kamu kamu seorang Perempuan/Wanita Ampang, atau seorang Mat Belia, ataupun seorang Hipster, semuanya itu pilihan kamu, tak kisah-lah sama ada ia akibat bisikan hati sunyi kamu ataupun akibat dipengaruhi kawan-kawan kamu. Semuanya pilihan kamu.
Tapi sekurang-kurangnya, percayalah kepada pilihan kamu itu. Kamu tak perlu tunduk kepada pendapat aku atau sesiapa di dalam mana-mana blog di internet ini, mahupun jelingan bos kamu di pejabat, atau jelingan makcik dengan beg-beg sayurnya di pasar malam Taman Tun atau sesiapa sahaja pun.
Walaupun kamu semua macam lembu yang diarak ke kiri dan kanan oleh media massa, peralihan fesyen, muzik, kawan-kawan ataupun cukup dengan kepuasan hati kamu untuk tidak berubah sama-sekali, kita semua jenis lembu yang berbeza dan unik.
Kecuali kamu kambing-lah.
Popularity: 2% [?]
ace!
Baru bangun. Klik MM. Oooh… meransang! Tidak bersedia merespon. Hari sudah gelap. Atas meja ada RM20, mahu keluar dulu, cari roti, cari 2 tin 7.9% air buih seludup (1 tin 500ml jadi kalu 2 1000ml). 1 liter mungkin cukup untuk aku balik ke sini.
hahaah dont tell me that Ampang guy who showed off his armpit emailed you asking his picture to be removed?
Sudah tentu lepas ni kau akan dihujani kritikan2 tapi aku rasa blog ni penting untuk membuka mata budak2 melayu yang selama ni ingat apa yang mereka lakukan tu perkara biasa dan semua perkara biasa itu adalah ‘cool’.
Sudah sampai masanya orang melayu menerima teguran dan pandangan, mcm western people yang mmg terkenal dgn freedom of speech; tapi pada masa yang sama tak pandang enteng pada pendapat2 orang /bangsa lain. Mereka menerima kelainan tu sebagai satu lumrah, bukannya melenting sampai hunus keris ke atas . Macam la boleh tukar jadi Thundercat! ptuih!
aku rasa Lelaki/Wanita Ampang memang isu yang selalu kita nampak tapi payah nak put them in words. Therefore, hats off to you for bringing that one up.
Dan gambar Awie yang menghiasi tu memang mendalam, sebab dialah simbol kelembuan kebanyakan melayu sekarang. Tak boleh settle je, gaduh! Tiga jalur, bukak buah simbol ntah hapa2 (mafia2 italy tu takde pun buat simbol bukak buah, sampai sekarang pun bunuh-membunuh tu biasa bagi diorang!).
Kenapa kita perlu ikut sangat budaya/clan/attitude/jalur serta cara menyelesaikan masalah yg tak tentu hala? Dah macam takde cara lain nak selesaikan cara elok. Yes, dah mcm lembu!
betul aku sokong. semua org ada hak masing². cume nak tambah kat sini tentang opinion mamang takde betul atau salah. hak masing2 utk menentukan. cume kalu menda tu fakta, perlu lah diperbetulkan. tp tu pun terpulang la kepada sesiapa yg nak memperbetulkan mane yang salah. macam 1+1.. jawapan mesti la 2. tp kalu ade opinion jawapan yg lain bole la bagi comment kan. tp biar beasas. psl bebaru ni aku dpt org yg bg jawapan 1+1 tak semestinya 2. dan jawapan tu mmg masok akal..
i agree. everyone has the right to be who they choose to be.
yg penting, the way u carry urself n how u treat others.
True, we live in a free world. I’m cool with people being the way they are. Mat belia, Mat/Minah anything.
“Tapi sekurang-kurangnya, percayalah kepada pilihan kamu itu. Kamu tak perlu tunduk kepada pendapat aku atau sesiapa”
Itu pun betul.Tapi masalah akan timbul apabila ada kumpulan orang yang merasakan merekalah betul dan cuba menundukkan orang supaya mengikut kepercayaan mereka (bunyi seperti agama, tapi tidak terhad kepada agama sahaja, apa-apa bentuk kepercayaan pun boleh).
Aku suka blog kau.
Tidak ada perkara boleh berpisah dengan perkara lain. Mana mungkin manusia (kita) misalnya, boleh berpisah dengan alam lingkungan. Tanpa oksigen kita akan mati. Mati bukan kehidupan.
Dari itu, kehidupan wujud dari wujudnya hubungan saling berhubung, kait mengait, gantung bergantung sesama manusia, dan manusia dengan alamnya (manusia sendiri pun sebahagian dari alam). Tanpanya, saya tidak tahu bagaimana memberi definisi ‘kehidupan’.
Bila menuju ke unit-unit individu, timbul persoalan: kehidupan macam mana aku mahu? Ini persoalan ‘invidual qua individual’ dan setiap orang perlu menjawab pada diri masing-masing kerana jawapan itu hanya ada pada dirinya, bukan pada orang lain. Sebutlah siapa orangnya – pak menteri, tok guru, ulama, ayah bonda, philosopher, pemuzik, penyair dsb. Yang berada dalam senarai ini turut tidak terkecuali, mereka menjawab hanya untuk diri mereka. Sebaik mereka cuba memberi jawapan pada orang lain, mereka sudah tidak lagi melihat orang lain itu juga ‘seorang manusia’. Soal berkongsi perspektif, pengetahuan, pengalaman dan bagai (seperti sedang berlangsung di sini, penghargaan buat MM) itu cerita lain.
Jadi selagi seseorang itu belum dapat menjawab persoalan individual qua individual ini, dirinya mengikut urutan perspektif ini belum lagi sepenuhnya manusia. Menurut MM lembu. Saya bersetuju kerana lembu bukan manusia meskipun ia perlu makan-minum, oksigen, orgasm dan sebagainya sepertimana manusia. Tapi lembu tidak pernah mampu mendefinisikan dirinya selain bersedia dicucuk hidung, disembelih untuk daging dan dipicit-picit payudaranya untuk susu. Dalam bab picit-picit ini nampak perempuan lebih dekat dengan lembu. Apa ia suatu kebetulan atau naturenya memang begitu?
Lagi banyak kita ‘tahu’ lagi ‘jahil’ kita jadi sebenarnya.
i beg to differ, lagi banyak kita tahu, maka lagi banyaklah kita tahu yang kita ni jahil sebenarnya.
the more you know, the more you know that you don’t know!
maka tuntutlah ilmu.
kalau dalam Islam pun, perkataan pertama Allah turunkan adalah Iqra’. If that doesn’t stress the importance of knowledge, then I don’t know what it is.
(oh lagi satu, tahniah kepada afdlin shauki kerana berjaya mengubah persepsi saya terhadap awie, guy’s got great comic timing, heh)
Kamu peduli sebenarnya.
Aku sokong kau 105% dalam perihal ini. Dan aku cukup menyampah dengan orang yang tak boleh terima orang yang tak sama dengan diri dia. Tak minat Siti, tak suka makan nasi kandar, suka shopping kat Mid Valley – tak boleh masuk.
Dah tu, tak boleh ditegur. Siapa lantang, dia mulut cabul. Macam la kamu yang mengumpat di belakang itu membantu untuk membangunkan orang lain.
Sebab tu, dalam bahasa Melayu banyak kias, dah tak boleh tegut direct. Tapi aku bukan faham pun kalau kamu berkias dgn aku.
Apa? Kias Fansuri? Apa tu?
Nurulazreenazlan,
Saya ‘mengharap untuk berbeza’ juga. Maksud saya dlm pernyataan mula-mula tadi adalah ‘semakin kita maju(dalam dunia yang serba moden sekarang)’, kita sebenarnya semakin lupa ‘maksud asal’ kita berada di sini.
Tapi pernyataan awak tu tak salah la kan.
aku berkias dengan org tua jer…dengan sebaya dan lebih muda…aku direct je…contohnya:woi salah la tu kaliamak(!!!singapore style)
hmmm…encik MM, kamu berbunyi seperti baru melepasi fasa ‘kematangan’:)
tahniah.
tahniah MM…