Ya, ya, aku tahu si AKAB pernah buat dahulu. Jadi, aku pun nak buat-lah, (manusia semuanya peniru akhirnya) untuk memberi peluang aku menilai apa yang aku patut tulis selepas ini, dan, berdasarkan entri-entri komen, apa yang kamu semua inginkan dari aku. Aku tiada wang untuk kamu.
Jadi, dipersilakan wahai pembaca-pembaca semua untuk e-melkan soalan anda ke melayuminimalis@gmail.com atau tinggalkan soalan anda di ruang komen nukilan ini. E-mel berantai tidak akan dilayan.
Terima Kasih Daun Keladi,
Ada Masa Tanyalah Soalan.
Popularity: 2% [?]
Seven_deadly_sins is what people exploit to break into the system…setuju?
Manusia yang sempurna biasanya akan membuat pendiriannya sendiri, di mana pendirian itu diperolehi setelah manusia itu memerhati dan belajar mengenai alam sekelilingnya. Biasanya setelah sekian lama manusia itu berpegang dengan pendiriannya dan dia berasa selesa, lalu beradalah dia dalam zon selesa. Sama seperti kaum Aztec yang mengorbankan manusia kerana pada pendirian mereka korban-korban itu akan menyebabkan tuhan mereka menurunkan hujan kepada mereka lalu dapatlah mereka bercucuk tanam. Maka dapat dilihat sebodoh mana pun pendirian seseorang (kerana mereka masih tiada wikipedia ketika itu), seseorang yang bertamadun tidak akan dapat memisahkan pendirian mereka dengan ketuhanan. Persoalannya, adakah kita yang menggelar diri kita bertamadun ini mempunyai agama? Adakah agama yang kita percaya itu benar? Adakah kita mengamalkan agama kita? Saya tujukan ini kepada penganut semua agama. Saya penganut agama Islam, tetapi saya sendiri mencari kebenaran agama saya, mencabar pendirian saya sendiri. Makin dalam saya mencari kebenaran, makin kukuh pendirian saya terhadap Islam. Seperti yang farhah katakan, teguran kepada orang lain amatlah penting, oleh sebab itu saya menyeru kepada semua orang mengenai hal ini. Fikirkanlah, dan apabila anda mempunyai hujah-hujah yang cukup kuat, maka cubalah goncang pendirian saya dengan hujah-hujah anda. Cabaran ini saya tujukan kepada mereka-mereka yang bertamadun dan mahu keluar dari zon selesa mereka untuk mencari kebenaran hidup. Bukan untuk berlagak di mata dunia, tetapi debat-debat ilmuan inilah yang menggerakkan sesuatu tamadun. Ia menghasilkan sesuatu yang baru, yang melalui proses kreatif dan kritis. Bukan begitu Melayu Minimalis?
bro… layan kepala laa baca blog ko ni… bagus2…
soalan untuk abang mm
“kenapa kau sangat cool… dan apakah rahsia kau menjadi sangat kool ?”
wakakakka :D
ya TJ, menegur orang lain amatlah penting, tapi kalau dah org yg cakap begitu pun menegur orang secara biadap, adakah ianya akan dianggap penting oleh orang lain lagi?
MM boleh menerima teguran. Walaupun pandangannya terhadap agama lain daripada kita, bukannya tanggungjawab kita dan maki hamun dia dan bongkak seperti Firaun. Adakah kita umat Islam ni disuruh menangani masalah dgn cara bongkak dan maki hamun? (ini bukan ditujukan kepada anda, TJ. Harap maklum)
Baguslah sebab kau pun mengaku masih lagi mendalami agama. Tapi aku rasa lebih baik kau menasihati dulu umat Islam yg maki hamun, emo dan biadap di blog org lain, kerana org sebegitulah yg membawa imej buruk terhadap Islam itu sendiri.
perh topik berat nih..relax kejap http://www.youtube.com/watch?v=PbI_45tRJBI&feature=related
AKU SETUJU DENGAN RUANGAN BARU NI..
GO GO GO ENCIK MINIMALIS…
aku nak tanya.
kenapa pembaca2 kau terlalu beremosi dengan aku?aku tak bagi ayat panjang berjela tentang penerangan agama dan tak pernah menyuruh kau kembali beragama dengan cukup berkhemah sekali sehemah di jalan raya.(ada tak perkatan sehemah?)
dan tak pernah terlintas langsung nak melabelkan kau itu dan ini.ia hanyalah cara aku nak lihat apa kau akan kata tentang religion.
dan mereka berasa aku comments(kepada kau) sgt kejam dan menusuk kalbu mereka yang berjiwa makcik taman.
setahu aku, comments aku tiada unsur unsur hatred and sacred.hanya sekadar ulasan kecil yang tak banyak isi pasal agama pon.
tapi…
semakin banyak “jiwa makcik taman” datang menghukum aku dengan pelbagai kata emo dan benci dilontarkan.
aku?
aku still relax…
tapi…
aku tak boleh relax sampai habis.kerana aku tak cool seperti LL Cool J.(dia sendiri pon tak cool sebenarnye.nama shja ada ‘cool’)
jadi aku pon termakan hasutan syaitan membara mereka dengan mengutuk mereka semula!.
dan akhirnya…
mereka berasa aku pula yang sgt kurang biadab.
adakah ini mentality org melayu?
oh tuhan.
selamatkan lah aku dari pro MM yang berjiwa makcik taman.
tiada perkataan melayu yang akan menghadkan aku untuk berjaya
oh tuhan
selamatkan lah aku dari manusia 10% Melayu yang perasan BAGUS
Wakaakaaaa
sebenarnye..takde sapew pon yg emo aku rase(pd awalnye lah)..mungkin intonasi pembacaan yg berbeza..orang yg dimaksudkan emo tu tak emo pon sebenarnye ..akibatnya timbullah salah faham..saling tuduh melulu..deer~rilek suda~
(sori spam lagi.jgn risau,this is the last)
budak gile.ini bukan tempat kau komen balik apa aku cakap. stop la the hate.tak penat ke? aku tau kau trying to sound macam fair. memang sgt jelas. tapi, tlg la jadi fair dengan betul.nak komen aku, masuk la thread yang sudah jadi berapi tu(macam tempat khas untuk aku.org ramai berminat sgt.haih.).kat situ dah macam thread sampah.pergi la sana ok.
maaf kalau terasa.kerana intonasi setiap insan berlainan.kalau nak dgr, buat podcast.
hahahahahahahaha….nah kerusi budak giler…duduk seblah aku meh….kita tengok2 jer
laaa bertekak la lagi…takkan nak berenti dah. hmm not-so-el-el-cool-J la kOrUNk`~~
korang semua tak hormat MM dowh..
sampai ke entri baru pon bergadoh..
dah lah!
eyh diam la kau farhah, tk habih2 spam. Tau pun spam tapi ckp sori dulu. Tau pulak yg komen2 kau tu menyemak je sebenarnya
hak ela suruh org buat podcast…kau buat la cerita kt blog kau sendiri.
Kau still relax tapi posting mcm nak buat novel. ahadiat akashah buat novel jiwang pn tk panjang mcm kau punya post.
Stop the hate? Siapa yg dok fire org sana sini? Org lain rilek je, kau tu je yg jilat ludah sendiri. Ckp org emo, walhal yg terserlah keemoan dia adalah kau sendiri.
salam..
hg dah buat posting ni so aku ada la nak tnya;
1: apa ya mentaliti manusia yg berckp kuat/tidak reti silent hp dlm panggung wayang? bkn skali dua tp byk kali gangguan.
2: apa ya mentaliti manusia yg bawak kenderaan tanpa lgsg ada kesedaran utk berterima kasih kpd kita dlm situasi cthnya kita punya la betolak ansur bg dia peluang/dahulukan dia utk potong/parking/lalu dulu/etc tp dia ble buat xtau, dgn muka ketat xda perasaan, selamba lalu pergi. kita bkn harap/tagih sgt gesture/sign dia tu tp at least budi bahasa, skit sebyk kena la ada kan. xluak pun kudrat tu. cth mudah sgt spt angkat/lambai la tgn atau senyum tanda terima kasih ats budi baik org. simple sgt. tu pun xreti buat.
3: apa mentaliti manusia yg berebut-rebut nak amik makanan cthnya buffet slps sudah seminar adab manusia berzaman oleh MM (cth ja ya). manusia2 ni meluru ke meja buffet seolah lapar mcm aram, tgn besilang besilih ganti, himpit menghimpit dan amik mknan menimbun pinggan. kalu bdk2 kot la, ini org dewasa berumur matang. xle ka sabar sat. pelan2 beratur tunggu turn. penganjur mesti dah bajet jumlah peserta dgn jumlah mknan. kalu pun xckup mknan, anggap ja xda rezeki. xmati aihh xmerasa mknan masa tu.
ada lg persoalan. nnti2 kalu MM dah balas, aku sambung lg :)
salah ke pemikiran kalau tidak di zahirkan dengan perbuatan?
salah ke kalau ada idea jahat?…idea jer pun, belom buat lagi….apa definisi salah tu? saya rasa….org bleh marah kalau saya melakukannya(tindakan)….tapi kalau stakat baru ada idea…dah nak cantas…potong creativity la camtu
Salah tu tak ada, nobu. Tak wujud dalam bentuk nyata. Bukan macam PC/laptop/apa-apa depan mata kita sekarang. Sama dengan buruk-baik, juga tak wujud. Penilaian dan tafsiran salah-benar, baik-buruk hanya mengambil tempat dalam tempayan otak saja.
Ia masuk dalam otak kita mungkin melalui proses tanam (indoctrinate). Hasil interaksi dengan sekeliling (keluarga, peers, orang ada pengaruh, kalau bab agama ustaz, tok guru, tok imam, pembacaan dll).
Berkaitan dengannya, perkara pokok ialah, kita tidak memasang hajat dan kemudian menganggu sempadan hidup orang lain. Secara makro, bermaksud merosakkan kehidupan. Kita jadi liabiliti pada alam. Untuk apa?
Kalau kita tak faham apa dia sempadan hidup orang lain, paling2 kita boleh semak diri kita apa yang kita tak mahu orang lain buat pada diri kita. Kita boleh bertolak dari sini mungkin…
* nota: abaikan saja kalau ini entah apa2. saya pelajar lepasan sekolah yang berminat belajar menghormati kebebasan setiap unit orang. Kalau by coincidence kita seidea, okey. Kalau tak, tak apa-apa.
‘tanpa nama’ dengan ‘FarhahMoron’ org yg same tu.ikiki.tak baik tau main mengutuk org ni. farhan pulak, dia tu bukan nye melayu(yg mcm dia ckp ler).maybe dia tak phm antonasi org melayu bcakap ler.dia rasa msg tu emo ler.tapi,mengikut perhatian gua la kan, mmg ada byk emo pun.plg ketara,bila farhan dengan beraninya telah meletakkan points melayutakbesh.aku suke ar ko farhan.ko berani melantangkan suara kau.ikiki.jelas,melayu memang sensitip isu kemelayuan.isu berat wooooooooooo.
isu sebelom kemelayuan,adik2 sekalian tak pulak lantang suaranya.wawawawa.farhan,biarkan je arrrr.aku suka org bersuara lantang.gua caya sama luuuu
yes perayau,idea kita sama.cuma ayat awak terlampau tinggi dan saya cuba menyampaikan idea saya dalam bahasa yang saya kira mudah.
betol cakap awak,kalau kita berani kutuk orang…kita seharusnya menerima org kutuk kita balik.kalau kita hormat sempadan org lain…org lain begitu juga.
nobu -
Kalau sama, okey. Kalau tak sama pun, okey juga, tak apa-apa. Mungkin kau punya perspektif lebih luas.
Tapi bila kau sentuh pasal bahasa tinggi, yang ini tak berapa menarik. Ia petunjuk aku tak peroleh apa aku hendak bila articulate sesuatu. Aku mahu bahasa mudah, jelas dan masa sama kuat.
Aku tak cenderung bahasa tinggi, bahasa apa sekalipun. Bahasa tinggi itu sendiri pun aku tak jelas bagaimana.
Hal ini mungkin ada hubungan kait dengan pilihan hidup. Aku mengelak (tidak serasi agaknya) dari permainan hidup vertikal. Hidup yang diolah menegak ke atas, satu hala ke atas. Tempoh masa aku teruja pada sesuatu selalunya tidak lama.
Jadi aku berpaling pada pilihan horizontal. Boleh menikmati banyak perkara. Lebih banyak warna. Misalnya dalam pergaulan. Pilihan horizontal menjadikan kita tidak berpusat pada clique tertentu. Kita jadi kurang rigid. Aku tetap H20 (I am I), tapi bila suhu beku aku berbentuk ais, suhu bilik aku cecair, suhu didih aku jadi stim – untuk survive, untuk actualize myself.
Mana nak beli Roti Arab? Terutamanya di Lembah Kelang/Petaling Jaya?