December 25, 2007 7

Ada Apa Dengan Cinta?

By in Layan Diri

Aku terbaca nukilan di neraka hari ini. Memang agak tersentuh jiwa aku, permainan yang dipanggil ‘cinta’ ini. Perkataan yang sangat diingini dan menjadi pujaan ramai sehinggakan 80% tajuk filem yang keluar di Indonesia tahun lepas menggunakan perkataan tersebut. Yang lagi 20% ada perkataan yang sama maksud dengan ‘hantu’, ‘polong’ dan ‘pontianak’.

Dan juga tadi aku telah berMSN (ya, ia satu kata kerja) dengan Bekas Kekasih aku, yang telah menceritakan betapa sakitnya gigi beliau setiap kali adik perempuannya bercerita tentang gesture hiper-romantik yang dibuat oleh teman lelakinya sekarang. Kata si Bekas Kekasih, ‘mereka masih muda dan tidak faham realiti kehidupan dan cinta.’

Dan aku setuju.

Hidup tidak seromantis ‘Stardust’ ataupun ‘Sleepless In Seattle’. Itu semua fiksyen, khayalan dan tahyul.

Aku teringat kata-kata Angelina Jolie ketika melakonkan watak supermodel malang Gia Carangi di dalam biopik HBO ‘Gia’, “It’s easy to find sex in this city, but not love.” Ataupun kata-kata yang sama maksud dengannya.

Dan ia juga benar di kota Kuala Lumpur. Aku perasan, selepas suatu masa, aku tak perlu buat apa-apa, cuma bertanyakan jika aku hendakkan seks. Tanya sahaja. (Ingat, ini berkesan untuk aku sebab aku Melayu Minimalis. Kalau kamu cuba aku tidak berani menjamin kamu tidak akan ditampar dan ditempeleng dengan kasar.)

Kedahagaan jenis ini memang mudah diatasi. Kedahagaan fizikal.

Cuma kamu harus menghadapi risiko, adakah kamu ingin putus kawan dengannya setelah semuanya berakhir? Dan menidakkan hati kamu terhadap permintaan cinta rohani selanjutnya? Persoalan yang mesti bermain di dalam hati kamu, tak kisah-lah hati kamu batu ataupun daging biasa.

Memang mudah untuk memuaskan daging kamu di bawah sana, tapi untuk daging yang di belakang dada kamu memang agak sukar. Aku tahu, kerana daging di bawah dada aku sudah seakan busuk. Kalau tak busuk pun sudah keras akibat suhu yang terlampau sejuk, dan sudah sukar untuk dinyahbekukan. Tepu dan keras.

(Ada ke orang pakai istilah ‘nyahbeku’?)

Jadi, buat masa ini, biarlah daging itu beku. Daging di bawah ini pun sudah aku tidak pedulikan. By choice. Sampai aku pun sesat, mencar-cari kehangatan yang aku sudah lama tak alami. Kehangatan yang membakar pipi aku dan membuatkan hujung jari-jemari aku geli dengan nikmat, dan aku tidak maksudkan orgasme di sini.

Dan juga bak kata si Martin Gore di dalam lagu mahakaryanya ‘Somebody’…

I want somebody to share
Share the rest of my life
Share my innermost thoughts
Know my intimate details
Someone who’ll stand by my side
And give me support
And in return
She’ll get my support
She will listen to me
When I want to speak
About the world we live in
And life in general
Though my views may be wrong
They may even be perverted
She’ll hear me out
And won’t easily be converted
To my way of thinking
In fact shell often disagree
But at the end of it all
She will understand me
Aaaahhhhh….

I want somebody who cares
For me passionately
With every thought and
With every breath
Someone who’ll help me see things
In a different light
All the things I detest
I will almost like
I don’t want to be tied
To anyone’s strings
I’m carefully trying to steer clear of
Those things
But when I’m asleep
I want somebody
Who will put their arms around me
And kiss me tenderly
Though things like this
Make me sick
In a case like this
I’ll get away with it…

Popularity: 2% [?]

7 Responses to “Ada Apa Dengan Cinta?”

  1. erm says:

    mudah untuk quit bercinta dari bersabar atas segala2nya.

    give more and expect nothing.

  2. AmiE says:

    owh.owh.apbl lelaki bercrite ttg cinta mrk kelihatan charming.tp apbl bercinta dgn mrk, mereka bukanlah prince charming yg dicari2..

  3. Nirrajim says:

    cinta!cinta!cinta!

    semua berbicara pasal cinta..
    haih..

  4. yuzy says:

    Setuju encik MM

  5. NeEM™ says:

    Sometimes we have to kiss a couple of frogs before we find our prince charming

    but sometimes the prince we kiss might turn out to be a frog too..

    trust me.

  6. tumpanglalu says:

    juga yg versi ini: Somebody by Veruca Salt (a tribute to DM), adalah tersgt mengkhayalkan..

  7. Anonymous says:

    tadi keluar cerita Love is Cinta. that did it for me.

    ssx

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes