December 25, 2007 6

Tanya Abang Minimalis : Musim 1 Episod 1

By in Tanya Abang Minimalis

Tidak seperti yang disangkakan, tidak banyak soalan yang aku terima. Mungkin disebabkan semua pembaca aku sibuk menghias pokok krismas plastik ataupun tengah sibuk berjuang. Tak kisah-lah sebab apa pun, seperti yang dijanjikan aku persembahkan siri ‘Tanya Abang Minimalis’

Soalan 1
Seven_deadly_sins is what people exploit to break into the system…setuju? — erm

Aku minat filem ‘Seven’ lakonan Brad Pitt, Morgan Freeman, Gwyneth Paltrow dan Kevin Spacey. Tindakan Kevin Spacey untuk tidak meletakkan namanya di senarai kredit pelakon utama ketika filem ini bermula memang tepat, kerana kalau tak silap aku, beliau meminta namanya digugurkan dari senarai pelakon utama agar penonton tidak dapat meneka bahawa watak yang dilakonkan beliau (spoiler alert) adalah pembunuh yang dicari. Kamu tahu tak pengarah filem ini David Fincher pada awalnya hanyalah seorang pengarah video muzik yang popular dengan kerja awalnya bersama Madonna?

Lain-lain filem lakonan Kevin Spacey yang kamu patut tonton ialah ‘American Beauty’ dan ‘The Usual Suspects’, yang merupakan salah satu filem kegemaran aku sepanjang masa. Keyser Soze beb. Memang rujukan utama ketika aku mewujudkan watak Melayu Minimalis aku.

Soalan 2
Persoalannya, adakah kita yang menggelar diri kita bertamadun ini mempunyai agama? Adakah agama yang kita percaya itu benar? Adakah kita mengamalkan agama kita? Saya tujukan ini kepada penganut semua agama. Saya penganut agama Islam, tetapi saya sendiri mencari kebenaran agama saya, mencabar pendirian saya sendiri. Makin dalam saya mencari kebenaran, makin kukuh pendirian saya terhadap Islam. Seperti yang farhah katakan, teguran kepada orang lain amatlah penting, oleh sebab itu saya menyeru kepada semua orang mengenai hal ini. Fikirkanlah, dan apabila anda mempunyai hujah-hujah yang cukup kuat, maka cubalah goncang pendirian saya dengan hujah-hujah anda. Cabaran ini saya tujukan kepada mereka-mereka yang bertamadun dan mahu keluar dari zon selesa mereka untuk mencari kebenaran hidup. Bukan untuk berlagak di mata dunia, tetapi debat-debat ilmuan inilah yang menggerakkan sesuatu tamadun. Ia menghasilkan sesuatu yang baru, yang melalui proses kreatif dan kritis. Bukan begitu Melayu Minimalis? — tj

Sila google jawapan anda.

But seriously folks, untuk aku, logik aku sebagai seorang manusia yang berakal hanya akan membuatkan aku mencari jawapan, jawapan yang mungkin tidak ada di dalam Google sekalipun. Pada masa yang sama, doktrin kepercayaan aku hanya akan berkesan 100% jika aku berdasarkan dalil yang berlaku pada aku dan minda aku, bukan yang berlaku kepada orang lain berdasarkan apa yang aku baca atau lihat di dalam televisyen. Cerita Lain, yang mungkin aku tidak akan ceritakan di sini.

Soalan 3
“kenapa kau sangat cool… dan apakah rahsia kau menjadi sangat kool ?” — Lesbian Penguin

Aku rasa tiada yang lebih cool di dalam dunia ini dari seekor penguin yang lesbian. Aku rasa hendak berjumpa dengan seekor penguin pun susah, inikan pula dengan seekor penguin yang bangga dengan seksualitinya.

Aku rasa soalan-soalan lain dalam petak komen aku telah dijawab pembaca-pembaca aku yang bijak-bijak belaka, terima kasih. Untuk soalan Encik (Cik?) Tumpanglalu pula memang tiada jawapan yang mudah. Aku rasa pembacaan menyeluruh blog ini dari nukilan pertama akan menolong kamu untuk mencari jawapan yang kamu cari. Paling kurang pun baca komen-komen yang dilemparkan semenjak dua menjak ini.

Ingat, e-melkan segala soalan anda berkenaan cinta, anatomi, trend, muzik dan kajian antropologi anda kepada melayuminimalis@gmail.com.

Popularity: 2% [?]

6 Responses to “Tanya Abang Minimalis : Musim 1 Episod 1”

  1. erm says:

    laaa takda contoh yang org guna dalam kehidupan seharian ke? dalam malaysia ni ramai org guna method ni sebab the weakest link of a system is human.gonna be wicked,man!.

    yang obvious guna cara ni ialah bisnesman,samseng samseng.

  2. perempuan says:

    1.tolong listkan nama-nama kelab yang best dan apakah speciality. atmosphere nya, chicks. whatever.

    2.band apakah yang di local indie scene yang semakin meningkat dan best. dan siapakah yang tak best.

    3.apakah rules yang perlu diketahui supaya dapat keluar malam dan balik dengan selamat.

  3. separuh melayu says:

    nak tanya-

    1) saya baru je abis nonton cite Shortbus. soklannya, mana satu pilihan En. MM, doggystyle atau missionary. atau En. MM ada pilihan lain seperti aksi di dalam movie tersebut?

    2) sejak kebelakangan ini saya sering di approach oleh lelaki gay, mungkin kerana saya ni telampau friendly dan open kot. jadi bagaimana caranya untuk saya mengelakkan daripada menghantar ‘signal’ atau ‘radar’ yang salah kepada golongan gay ini. adakah dengan menukar cara pemakaian, mimik muka, gerak geri badan, atau percakapan.

    terima kasih.

  4. Siberkop says:

    Keyser Soze, cara dia ‘munculkan dirinya’ tu amat menarik. Bijak. Tapi mungkin sbb aku ‘terlembat’ sikit menonton Usual Suspects tu, aku dah dpt agak dari awal siapa ‘suspect’nyer.

    Dan err, aku rasa soalan2 kat atas ni ada yg boleh mencapai tahap menjengkelkan.

  5. Farhan says:

    Human cognition is not everywhere the same(western and asian ).without trying to sound complicating,the humanities and social scene scholars were making extremely intriguing claims about the nature of thoughts.(what your thoughts about religion?)

    IMHO,
    human cognition towards religion is way beyond cognitive process.Religion(in my saying is islam) no logical sense of human lies there.If we want to know the answer of all the aspects in islam, we have to find it scientifically and thorough observation.As a return, many western scientists embrace islam.They learn from the quran to find answers of their scientific experiments. However,islam can not be proved 100% by science.There are certain parts it is beyond thinking.The answer about god.It is mysterious.No one can answer where is the god.this is unthinkable.The god is also in the form that no human cognitive processes can describe.A religion which is beyond cognitive processes,is what a religion should be.the word religion it self,means superior.No cognitive process can answer the question is superior enough to me.

    have your say, please.

    (yeah,it’s me again.do smile all the way explaining your thoughts)

    ps:sorry, im not good at saying things in malay as i wont say things coherently.

  6. tumpanglalu says:

    jawapan hg tu adalah tidak memuaskn langsung. tp tidak apa. no big deal. at least hg ada bg reaksi. thx :)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes