December 26, 2007 36

Tanya Abang Minimalis : Musim 1 Episod 2

By in Tanya Abang Minimalis

Hidup aku amat santai sekarang. Selepas menghambakan diri dengan kerja tanpa cuti semenjak dua menjak ini, aku bebas dengan cuti yang panjang. Cuma menghabiskan masa dengan tv marathon menonton musim kedua ‘Heroes’ dan menyambung balik siri ‘Grey’s Anatomy’ kesukaan aku. ‘Heroes’ aku baru sampai episod ke-10 musim kedua, dan aku baru hendak bermula dengan musim ketiga untuk ‘Grey’s’. Aku rasa jalan cerita musim kedua ‘Heroes’ agak menarik kali ini, mungkin terlalu ramai protagonis, tapi aku rasa ini biasa untuk semua jalan cerita yang mempunyai ensemble cast.

Nukilan ini pula baru sampai episod kedua. Jadi kita mulakan, ya?

Soalan 1:
tolong listkan nama-nama kelab yang best dan apakah speciality. atmosphere nya, chicks. whatever. — perempuan
Palate Palette di Jalan Mesui, bersebelahan No Black Tie, terutamanya ketika ada private party. Aku sudah muak dengan Zouk dan tempat lain, yang hanya dipenuhi orang-orang kurang bergaya yang ingin bergaya dengan baju MNG dan kolar ternaik mereka, dan DJ-DJ besar kepala dengan citarasa muzik yang buruk. Palate Palette hanya tempat yang kecil, tetapi aku rasa trend sekarang lebih mengarah ke tempat-tempat kecil yang lebih intim dan personal. Lagipun di tempat-tempat sempit sebegitu mudah menghimpit dan dihimpit. (Tetapi dilarang meraba. Hanya Rempit Baru Kenal Kelab dan Mat Salleh Bercuti Yang Perasan Semua Wanita Asia Hendakkan Kepakaran Seksnya yang hanya meraba di dalam kelab malam.)

Aku tak boleh bagi maklumat yang terperinci tentang tempat-tempat lain sangat nanti terjumpa dan bertembung dengan kamu semua. Nanti kamu semua terkejut melihat aku dikelilingi wanita-wanita cantik yang bangga mempamerkan lurah dada.

Soalan 2:
band apakah yang di local indie scene yang semakin meningkat dan best. dan siapakah yang tak best. — perempuan
Hujan, Bittersweet, Poof!!! dan 41. Band tak best ialah band-band lama yang perasan otai dan besar kepala. Memang banyak. Tak terkira. Cerita Lain.

Soalan 3:
apakah rules yang perlu diketahui supaya dapat keluar malam dan balik dengan selamat. — perempuan
Kalau tidak mahu risiko jika keluar malam sila jangan keluar malam. Aku pun tak keluar malam, tak selamat dowh. Lagi pun kalau aku keluar malam aku tidak akan balik sehingga pagi keesokannya, baru-lah selamat.

Soalan 4:
saya baru je abis nonton cite Shortbus. soklannya, mana satu pilihan En. MM, doggystyle atau missionary. atau En. MM ada pilihan lain seperti aksi di dalam movie tersebut? — separuh melayu.
Mestilah aksi ketika dia sedang merakam dirinya dalam video. Babak-babak awal filem tersebut. 18SG, tetapi boleh dibeli dengan mudah dari kedai lanun berdekatan kamu untuk mereka yang masih belum menontonnya.

Soalan 5: sejak kebelakangan ini saya sering di approach oleh lelaki gay, mungkin kerana saya ni telampau friendly dan open kot. jadi bagaimana caranya untuk saya mengelakkan daripada menghantar ‘signal’ atau ‘radar’ yang salah kepada golongan gay ini. adakah dengan menukar cara pemakaian, mimik muka, gerak geri badan, atau percakapan. — separuh melayu
Aku rasa jika seorang lelaki didekati oleh seorang lelaki lain yang gay, ia adalah satu bentuk pujian. Ini bermakna kamu seorang yang berwatakan dan menarik mempunyai rupa, sehinggakan boleh menggoyahkan seorang lelaki lain. Memang agak sukar jika kamu bukan lelaki Mat Salleh buncit berumur 50an dan berduit. Gunakan kelebihan ini untuk mendapatkan lebih ramai wanita. Paling kurang pun jangan fikirkan si lelaki itu, tetapi fikirkan kawan-kawan wanita yang kurus, tinggi, dan berbuah dada besar yang si lelaki tersebut boleh kenalkan kepada kamu. Aku selalu gunakan taktik ini dan berjaya.

Apa yang penting adalah kamu selesa dengan seksualiti kamu. Jika kamu mudah bergoyang dan kurang pasti dan seorang yang homofobik, lupakan sahaja dan sila gunakan masa tersebut untuk menelaah buku resipi, menggubah bunga dan bersenam dengan seluar pendek ketat di taman bunga.

Gila bosan nukilan hari ini.

Ingat, sila e-melkan soalan-soalan anda ke melayuminimalis@gmail.com untuk mendapatkan jawapan-jawapan yang adil lagi saksama. Terima kasih.

Popularity: 3% [?]

36 Responses to “Tanya Abang Minimalis : Musim 1 Episod 2”

  1. *heartbeat* says:

    nukilan hari ni macam semacam tapi baca gak la..

  2. tarantular says:

    hahah okay apa. Pasal gay tu, aku rasa ok lagi kalau dia tgk dan minat. Tapi kalau kena call ngn nombor ntah mana2 pehtu tetiba ajak keluar, mmg sial! Yes, aku penah kena, dan aku terpaksa tuka nombor hp. Cilaka punya feng tau!

    Aku rasa nukilan kau pasal Perempuan dan Lelaki Ampang tu kira dah peak tu. Aku pn tertanya2 apa lagi topik yg sama taraf bestnya dgn Lelaki dan perempuan Ampang tu.

  3. Melayu Minimalis says:

    aku rasa memang agak mudah untuk mengutuk dan mengkritik satu satu golongan, cuma buat masa ini hati aku belum tergerak untuk membuat komentar sinis untuk mana-mana golongan. Lagipun dah banyak sangat golongan aku evaluate, jadi untuk sementara ini aku akan lebihkan nukilah berbentuk pendapat aku tentang idealogi, cara hidup dsb.

    Aku sudah membosankan. Lebih baik aku pergi blog lain lepas tu komen kat sana banyak-banyak macam spam.

  4. tarantular says:

    aku rasa sbb kau dah cerita dgn padatnya pada setiap entry yg kau tulis sebelum2 ni. Maybe kau perlu bersenam utk carik idea2 baru, MM.

    As long as kau tak berlagak alim ulama dan nak jadi ustaz merangkap Polis Blogspot, aku tak nampak kenapa kau akan membosankan semua.

  5. budak gile says:

    tarantular:aku rasekn..tak salah nak jadi ustaz..kalao approach yg digunakan tu btol..kite kan kena saling nasihat menasihati..tp berpada2 la..bersederhana..guna ayat2 rilek2..tak payah sampai sume orang pon nak hentam..(eh poyonye aku.Ini bukan sinis OK.)

    to MM:pelik post yang ni..tp tak kisah la..layan~~zasss~

  6. tarantular says:

    yes, maybe it should be ‘berlagak jadi ustaz’….bukan ‘jadi ustaz’

    Aku bukan anti agama/ustaz. Kita mahu org yg betul2 berilmu kalau nak berbicara pasal agama. Menghentam org lain bukan tuntutan agama. Maka kalau menghentam dan memfitnah org lain sbg membenci agama, dia tidak layak untuk berbicara mengenainya.

    Maaf kalau selama ni kata2 aku kurang jelas.

  7. Siberkop says:

    Ramai tak suka Heroes new season(anyway ada 11 ep jer before derang break. Ada kata sambung kalau writers strike kat sana dah stop.We’ll see). Aku pun rasa macam something lack atau maybe something terlebih pakai dlm 2nd season ni.

    Anyway, apa yang Budak Gile cakap tu betul. So, maybe kita just cakap something macam,’kurang2kan la gi clubbing tu MM, ko dah tua, mana tahu esok lusa hari ko pegi. Kalau tak ngko, aku.’

    Amacam?

  8. erm says:

    aku suka perempuan bertudung.lebih adventure!.

    kawan perempuan lelaki gay semestinya bukan taste aku.mereka terlampau obvious.

    p/s::tak suka komen aku? sila rujuk disclaimer(comment perayau).

  9. Farhan says:

    Human cognition is not everywhere the same(western and asian ).without trying to sound complicating,the humanities and social scene scholars were making extremely intriguing claims about the nature of thoughts.(what your thoughts about religion?)

    IMHO,
    human cognition towards religion is way beyond cognitive process.Religion(in my saying is islam) no logical sense of human lies there.If we want to know the answer of all the aspects in islam, we have to find it scientifically and thorough observation.As a return, many western scientists embrace islam.They learn from the quran to find answers of their scientific experiments. However,islam can not be proved 100% by science.There are certain parts it is beyond thinking.The answer about god.It is mysterious.No one can answer where is the god.this is unthinkable.The god is also in the form that no human cognitive processes can describe.A religion which is beyond cognitive processes,is what a religion should be.the word religion it self,means superior.No cognitive process can answer the question is superior enough to me.

    have your say, please.

    (yeah,it’s me again.do smile all the way explaining your thoughts)

    ps:im not good at saying things in malay as i wont say things coherently.

    (zomg, double posting.im ‘spamming’. and who on earth the most ignoramous cares?)

  10. Farhan says:

    i was one not a very religious human being(faktor persekitaran)
    but i’ve been given the most neurons a human should have and i’ll use it to the extend.

    im not here to give religious preach.and this is a statement.just wanted to know how a muslim-born have a say about his religion.

    comments about melayunism, i was carried away.ignore those.those are not the purposes im here.

  11. Anonymous says:

    oh really?

    takde org tanya puuuuuuuuuunnnn

  12. pemerhati says:

    dah start dah…

  13. Sarah is the One says:

    sokong.sket lagi adalah tu sampai 50 komen. hat dia saja

  14. Nirrajim says:

    makcik taman!
    awas.. di mana-mana sentiasa ada. Agak aktif mencuri perhatian!

    makcik taman!
    I HATE YEW,
    tapi tak reti bahasa!

    makcik taman,
    terima kasih daun keladi,
    kalo tak suka pegi la mati.

    ohh yeahh!

  15. Gastronomist says:

    Mana nak beli Roti Arab? Terutamanya di Lembah Kelang/Petaling Jaya?

  16. bul says:

    mana nak dapat album klphq?

  17. MelayuMaksimumis says:

    Biarkan farhan.
    Dia entitled dengan apa yang dia fikir.
    Jangan marah dia nirrajim.
    Betul ke ko suka minah saleh?

    Farhan..
    from my point of view, you are a very analytical person. You really care about stuffs. Kau memang ambil peduli. Good trait. But..in conveying that i believe you have some flaws. But dont we all do? Forgive these people. We still have the cuts and bruises from the previous skirmishes we had. Maka mereka sedikit marahlah.

    Be objective.
    Nirrajim, betul kah kamu suka minah saleh?

  18. pulp pulp says:

    eh eh spacebar collective tak nak mix lagu klphq ?

  19. Nirrajim says:

    melayumaksimumis,
    kat box chat ko tanye benda yang same. kat sini kau masih bertanya benda yang sama.

    “AKU HANYA SUKA MELIHAT MEREKA BERAKSI DI DALAM PORNO SAJA.”

    aku harap lepas ni kau insaf. Jadikanlah apa yang berlaku sebagai iktibar.

    meh rapat siket nak chubet puting.

    @@

  20. MelayuMaksimumis says:

    aku tidak akan berhenti bertanya kepadamu nirrajim. Selagi ko tidak mengaku kau adalah lesbian yang hot. dan mengajak aku menonton kau “bekerja” bersama teman mu.

  21. farhan says:

    your answer is not satisfying.you commented me instead of religion.

  22. Nirrajim says:

    hotak lu ar MMaksimumis.

    Aku bukan lesbian yang hot. Kau jangan cuba² membayangkan aku bekerja yang bukan².

    Gunakan model MILF lain.

    picet puting kekuwat kang.
    tanak la kawan kau.
    bye!

  23. Anonymous says:

    “..orang-orang kurang bergaya yang ingin bergaya dengan baju MNG dan kolar ternaik mereka..”

    cukop menyampah dan buat aku fikir 4-5 kali kalo aku nak beli baju ada kolar…

    benci sgt aku..hishhh…Bush serang Iraq pon aku bole lepak lagi (err ntah..gurau kot..maafkan aku)…tp kalo nmpk makhluk yg berpakaian camni…ilang keceriaan hari aku…
    arghhhh..jijik!jijik!jijik!

    aku cuma suka tgk ERIC CANTONA pakai camtu masa dia main ngan Man UNited…

  24. am - i - let - it - be [ utarid ]"pari-pari dan gelombang" says:

    encik minimalis..boleh sedara terangkan dengan lebih lanjut mengenai the four horsemen of apocalypse…

    p/s :- ape sebenatnya maksud borjuis dan ape yg dimaksudkan dgn PC(politically correctness)dan adekah pc boleh menjadikan kita fasis?

  25. i'm inflames says:

    why does young women attracted to older men….fuck…..i’m askin dis kind of question cos my gal jz run away with sum old fella…..fuck u old fella…apa kurangnya saya……nvm god is still with me….amen to that….

  26. Perayau says:

    budak gile, tarantular,

    Aku ada baca komen kau orang menyentuh pasal ustaz. Pendapat aku, baju jenama ustaz di tempat kita ini sudah luput tarikh. Ia tidak membina. Lebih kepada penyamaran. Umumnya palsu.

    Aku ingat si pemakai nama ustaz tu, kalau dia mengajar fekah, panggil saja dia cikgu fekah. Kalau mengajar tajwid, cikgu tajwid. Dan begitulah seterusnya, seterusnya…

    Si muslim Melayu kat sini sebaik berdepan dengan pemakai gelar ustaz, ulama, tok guru dan spesies mereka, tiba-tiba saja jadi terhenti kebolehan berfikir dan membuat pertimbangan. Baru 5 minit lepas begitu cergas otaknya, sekarang dah bertukar jadi orang kurang upaya kerana di depannya ada sorang tok guru berjubah dan berserban.
    Tambah lagi jika si pemakai jubah tadi tersangatlah popular – Harussani ka, Nik Aziz ka, Haron Din ka. Macam la tiga orang ni pernah mengubah sejarah macam Che, Gandhi, Ho Chi Minh dll. Nak kata Harussani pakar sms, Nik Aziz, Hadi, Haron Din itu Nabi lagi la bukan!

  27. erm says:

    perayau,
    adakah sebab kita takut digelar jahil dan sebagainya?

    mengingati bukanlah bermaksud “ko kene patuh cakap aku,cakap aku ini benar!”

    lebih kepada “betul tak aku cakap ni,cuba ko pikir”

    thanx perayau

  28. Perayau says:

    Tengok MM, kau terserlah ramai peminat tegar. Macam mana kau boleh cakap kau sudah membosankan? Aku merayau tempat lain, kemudian singgah balik tapak kau.

    erm, kau belum tido ka? Komen kau 2 minit sebelum pukul 3. Sory, bukan urusan aku nak tanya, cuma aku malas padam. Aku kepala kosong malam ni, sengket, fokus boleh lari.

    Aku tak dapat respon pasal kau tanya ‘lebih kepada betul tak apa kau cakap, sebab aku mengelak untuk terlibat bermain betul/tak betul.

    Tentang takut digelar jahil tu tak berbangkit. Kenapa nak takut? Kalau ada kepercayaan, salib (dosa-pahala) di bahu masing2.

    Mengingati, menasihati, atau me apa2 la yang bawa maksud sama, aku tak berapa minat, erm. Penasihat, pengingat ni selalunya sucker. Kalau bukan sucker pun, spesies ini sangat berkesan menghalang mana2 individu yang ingin ‘tumbuh dan berkembang’ mengikut caranya sendiri.

    Kalau bawa perspektif untuk berkongsi dan membuka persoalan, okey, yang ini membina. Dengan pendekatan melihat orang di depan kita tu juga ‘manusia’. Kerana si erm dengan si perayau dua orang manusia, tentulah apa yang sedang/telah ditempuh-alami oleh keduanya tidak sama. Apa yang real (hasil alami) pada aku, belum tentu real pada kau dan sebaliknya. Bertolak darinya, kat celah mana mengingat, menasihat kita nak letak? Aku tak jumpa.

  29. MelayuMaksimumis says:

    bukan main dahsyat mereka inis. Nirrajim, maka ko adalah bi? tolong jangan membunuh aku punya imaginasi bleh??

  30. Nirrajim says:

    macam ni la MMaksimumis, ape kate ko pilihkan saje ape aku nye status.

    =.=
    ***

    i hate moralis! they`re so fycking bangsat.

    gross!

    Ustaz² skang bukan leh caya sgt pun. They`re politician. Benci kalo dgr dorang cakap. Putar² cam gasing, belit² cam ular.
    Pantang dgr ttg isu yang lari dari mainstream sket, mula la keluar isu MURTAD.euuw!

    Bagi aku (personally,ok), golongan ini adalah golongan yang tidak ign memajukan masyrakat mrk sendiri. Bagi mereka semua, di sinilah keselamatan sejagat umat islam. Di sini, agama islam itu tidak tercemar. Lepas tu,terperangkap antara agenda agama,agenda diri sendiri dan wang.

    Bila mereka rase terancam dengan kehadiran golongan minoriti yang lain fahaman,dorang gelabah. Mula bukak kitab dan berhujah menggunakan al-quran. Ingin menentang yang jahil. Jihad kecil.Fyck!

    Agenda dorang memang jelas. Sebab tu tak heran ade antara ulama tipu (yang suka nak islamkan blog orang, tapi kafir bila tak online) terikut² dgn dorang. hanya kerana, terancam kepopularitian dorang.

    Bagi ulama tipu tu, ni la masalah terbesar yang mereka alami. Islam kene tegakkan, yang salah kene betulkan. Tapi tak reti nak cermin peribadi sendiri. CACAT la kau!

    Sesuka hati nak labelkan orang itu dan ini yang kononnya atas kepentingan agama. Guess what? What the rock is cooking?? Benda semua ni jadi kat Malaysia ni je, tempat lain elok je pun. If only we can open up their head and wash the brain.kan?

    Yang pastinya benda macam ni akan terus berlaku dalam masyarakat kita. what else can we do? face it je la.

    =.=

  31. Gadis Gelihati says:

    Nirrajim, cara you mengulas kasar (tapi best), tapi giler tepat. I bersetuju sangat.

  32. Melayu Minimalis says:

    nirrajim-
    aku pun setuju.

  33. Nirrajim says:

    Jadi ko akan belanja aku mabok?
    ahha..

    Mwah!

  34. MaximumistMalay says:

    maka kau adalah bi.
    Jadi, moralnya disini. Stop Labelling. This goes out to all you moralists, all you liberals. Jangan label.
    Aku tidak label, kenapa perlu kamu?

    Aku kacak. Aku yakin kamu tidak.

  35. zaX says:

    keep up the good work, blogger.

  36. Anonymous says:

    irman.
    cuba teka siapa saya?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes