January 2, 2008 19

Najis Media Ketika Tahun Baru.

By in Layan Diri

Selamat Tahun Baru. Azam aku tahun ini ialah untuk membela tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok kecil di dalam rumah. Azam kamu apa pula?

Aku sampai sekarang tak puas hati mengapa dalam banyak-banyak penerbitan di Malaysia ini, dua penerbitan yang paling popular dan laku ialah Harian Metro dan Motor Trader. Baiklah, untuk Motor Trader mungkin aku faham (mungkin sebab kadar kemalangan jalanraya di Malaysia adalah salah satu yang paling tinggi di dunia, jadi ramai di luar sana yang inginkan kereta baru untuk menggantikan besi bergumpal mereka akibat memandu dengan lesen memandu yang dibeli) tapi Harian Metro?

C’mon. It’s Harian Fucking Metro.

Suratkhabar mana lagi dalam dunia ini (mungkin kecuali Weekly World News. Tapi itu bukan suratkhabar, itu sampah. Dan mereka tidak pernah mengaku mereka ada kredibiliti dan mereka tahu hakikat itu) yang boleh letakkan gambar sekeping besi di muka depan dan pampangkan tajuk ‘Besi Kuning’ ajaib apa kejadah (yang kononnya juga dipunyai oleh Presiden Sukarno) yang mempunyai kuasa untuk ‘memukau’.

Senang cerita, kita lihat sahaja jenis-jenis tajuk utama yang muncul dalam penerbitan yang tiada tertanding kredibilitinya itu.

Ibu dakwa anak dicabul

Remaja jatuh longkang elak ditahan

Gadis bakal pengantin tunggang lawan arus

Awas daging curi

Berenang ke Singapura

Berat ‘gergasi’ naik 10kg lagi

Memang tajuk-tajuk yang amat menarik dan mengasyikkan…

Kepala Hotak Kamu.

Semuanya berita-berita yang kurang relevan. Aku sampai sekarang tak faham jenis orang yang bagaimanakah yang sanggup keluar duit hari-hari untuk membaca berita-berita tentang orang yang rogol orang lain, orang yang cabul orang lain, pasal hal kahwin/cerai artis, dan bermacam-macam lagi berita sensasi ataupun yang kurang sensasi tetapi disensasikan.

Aku rasa dengan sebab yang sama pun rancangan ‘Edisi Siasat’, ’360′ dan yang lagi satu tu (aku dah lupa tajuknya, kiranya rancangan yang sama tetapi versi Astro) amat popular.

Semuanya orang suka tonton sebab ia semua suka memalukan orang lain. Konon-kononnya agar kita boleh mencari pengajaran dan ambil iktibar dari pengalaman mereka. Agar kita tidak sesesat Pakcik-Pakcik Yang Layan Gelek Di Kelab Dangdut mahupun Minah Rempit Yang Dijadikan Habuan Pemenang Lumba Haram dan orang-orang yang ‘senasib’ dengan mereka.

Aku pun hairan, untuk media mainstream seperti ini, benda-benda sebegini dengan mudah sahaja dapat disiarkan, tetapi kalau kita cuba olahkan secara kreatif, tak kisah-lah, dengan membuat filem, keluar VCD sendiri, ataupun dengan lirik lagu, kita di-gam dan diharamkan. Kita hendak buat filem seram, kena buat adegan seram dalam mimpi, tapi dengan selamba sahaja rancangan ‘Seekers’ (konon-kononnya) tunjuk hantu, pelesit, polong dan toyol.

Kita konon-kononnya ingin melindungi masyarakat kita dari unsur-unsur jahat dalam Astro atau panggung wayang atau DVD, tapi kita tidak pernah terfikir untuk melindungi minda masyarakat dari apa yang kononnya Berita Berkredibiliti. Berita yang ditapis dan disensasikan agar yang kaya terus kaya dan yang kurang kaya semua tertipu dan percaya benda-benda bodoh yang tidak masuk akal.

Ini semua tanggungjawab, beb.

Tanggungjawab kamu sebagai pemberita, penulis, penerbit, penyampai berita dan sebagainya. Pengarah filem biasanya sampaikan fiksyen yang dimimpikan oleh dirinya dan penulis skrip (kecuali di pengarah filem dokumentari-lah) tapi apa yang golongan yang aku sebut tadi bukan kerja mereka untuk mengolah fiksyen ataupun imaginasi atau angan-anganan.

Sebenarnya kamu tidak patut mengolah pun. Tanggungjawab kamu ialah menyampaikan berita. Bukan menyampaikan khabar angin, atau gosip, atau tahyul songsang, atau menakutkan orang awam dengan cerita daging yang tidak halal, atau tentang kakak dari Indonesia belakang blok kamu yang kononnya melacurkan diri dalam bilik kecil di atas Pasar Keramat.

Sampaikan. Mudah sahaja. Macam di hari-hari perayaan di TV3. Sampaikan berita-berita relevan yang boleh menyedarkan kedudukan mereka di titik kecil dalam peta dunia. Bukannya membuatkan mereka paranoid tak tentu arah ketika ingin membeli pau daging atau ketika bertembung dengan pekerja Bangladesh di tengah jalan.

(Selagi mereka masih menggunakan motto ‘Kredibiliti Kami Tiada Tandingan’ selagi itulah aku akan persoalkan kredibilit mereka. Terima kasih.)

Popularity: 2% [?]

19 Responses to “Najis Media Ketika Tahun Baru.”

  1. cuqisz says:

    aku pun dah lelah dgn segala tajuk konon-sensasi-nak-lariskan-jualan-akhbar ni. buwek. dah lama tak beli pun.

    lagi satu, MASTIKA – majalah moralis terunggul di Malaysia. haha!

  2. Nirrajim says:

    Aku igt aku je yang selalu menyumpah seranah Harian fycking Metro ni.

    Dah memang menjadi budaya kita suka berangan-angan. Tak boleh nak salahkan sape. Demi melariskan jualan surat khabar ( yang bagi aku lebih kepada khabar angin dan lagik syirik dari mbak dukun )mangkuk² ni sanggup menipu, memfitnah, bercerita tentang dongeng yang sememangnya sedia ada di dalam kepala otak manusia lain yang mentalitinya hanya boleh hidup dan makmur di Malaysia ni je la.

    Kadang sedih. Bila balik keje, naik public transport orang berbincang ttg corruptednya negara lain hingga rakyat negara tesbot datang ke malaysia nak keje.Mencetuskan kejutan budaya. Membawa budaya yang terlalu asing dan mencemar maruah malaysia. Dan, sebagai islam seharusnya kita tentang. Ini jihad kecil. selalunya macam tu.

    Anda bukaklah bab ape pun, semuanya akan berbalik pada agama. Walaupun kekadang tidak masuk akal, tapi inilah mentaliti orang kita sebenarnya. Memang kita tak boleh nak buat apa.

    Sedih tgk bebudak kecil yang sedari kecil dihidangkan dengan mentaliti yang cukup tebal dari daki di leher ni dow.

    Buat la macam mana sekali pun, minda orang kita semacam dikunci oleh sesetengah pihak. Selama ni, orang kita hanya tau, Di sini, kita extra selamat. Tak ada apa yang menjatuhkan bangsa kita. Ini tanah kita. Biar kita mati mempertahankan tanah kita. Biar kita hidup dengan agama kita. Dan hasilnya? Penulis tipu, pengarah berangan, politikus yang menikus, masyarakat yang hanya tau melenting tapi tak nak buat sesuatu yang memajukan diri dan bangsa sendiri. Atas sebab : ” di sini semua ada. Semuanya selamat disini. Kita maha pahlawan di sini. “

    Ada dua je kelebihan yang orang kita ada.
    1) Melenting tak tentu pasal.
    2) Cakap besar tak ingat dunia.

    Bab yang dua ini, memang kita terer.Dan ia turut berkembang sedari zaman dahulu lagi. Nak ubah cemane?

    Kita yang sedikit lari dari mainstream ni, dah confirm² MURTAD.REBEL.Memalukan bangsa kita.

    Apa saja yang buruk semua di lemparkan. Apa yang kita bleh buat?
    Tengok dan pasang MP3 Kekuat. Jangan ikut masuk neraka sebab terdengar umpatan jahat dari muslimah² dan muslimin² kita.

    Sungguh not fair.

    =.=

  3. Fidosh says:

    dalam motor traders pun boleh jumpa benda-benda aneh.
    hilux dengan pintu futuristik.
    gila lah.

  4. Death From Above 1982 says:

    Negara ni penuh dgn ‘contradictions’…yang menjadi tunggak masyarakat yang hipokrit dan ‘self-righteous’…

  5. 47 says:

    Mungkin MM boleh menulis juga tentang Mastika. Majalah habis pandai yang menentukan apa itu baik dan apa itu buruk bagi orang-orang melayu.

    Kata MM:

    “Aku pun hairan, untuk media mainstream seperti ini, benda-benda sebegini dengan mudah sahaja dapat disiarkan, tetapi kalau kita cuba olahkan secara kreatif, tak kisah-lah, dengan membuat filem, keluar VCD sendiri, ataupun dengan lirik lagu, kita di-gam dan diharamkan”

    Aku rasa ini disebabkan orang ‘mainstream’ ini semuanya malas berfikir. Kalau apa-apa yang kreatif dan ada kelainan, maka ini membuatkan orang terpaksa berfikir, orang ‘mainstream’ tak mahu itu semua. Tak payah menganalisa, cuma telan saja, memang bagus!

  6. *heartbeat* says:

    Adeh.. Mastika?
    yang popular dengan gambar pakcik makcik adik2 menundingkan jari ke jalan raya dan pointkan di situ ada hantu.

    Damn!

  7. am - i - let - it - be [ utarid ]"pari-pari dan gelombang" says:

    gara-gara mastika mayhem x boleh datang…

  8. Uzair Sawal says:

    aku bercakap sebagai seorang pelajar media dari institusi melayu yang dipindahkan ke premis lain lah.

    kadang-kadang aku rasa pihak pengajar tu sendiri yang bermasalah. pernah aku tengok bebudak journalism screening final project diorang, investigative journalism/ special report.

    mana yang berunsur melodi, edisi siasat memang kena puji. malah dapat A. tetapi kalau buat isu baru dengan olahan/treatment baru kena kutuk padahal aku tengok yang kena kutuk tu memang ada standard al-jazeera/bbc/astro awani. dan diorang ni dapat B+ sahaja. (aku jurusan broadcasting). so diorang menyekat kreativiti dengan sikap conformist diorang. sensasi=bagus, original=tak bagus. my ass.

    diorang yang bebudak journalism pun takda yang ambitious, semua nak kerja kat kosmo atau harian metro. newspaper mcm tu langsung tak ada journalism ethics lah, semua nya bekas-bekas wartawan majalah bodoh seperti urtv dan mangga. kecuali adly kat malay mail pindah dari tone magazine (tone tu lebih kurang macam junk lah) sebab dia cool.

  9. Siberkop says:

    Maka pada akhbar mana(tanpa hiburan melampau tanpa hala tujuan sebenar), boleh kita tahu yang dunia skrg penuh dengan propaganda.

    CNN pun dah tak kuat sgt kredibilitinya. Tak kuat langsung.

  10. akumacampeduli says:

    Yeah!

    Posting pertama 2008 untuk akumacampeduli!

    Seperti biasa, Melayu Minimalis kembali dengan observation yang jitu, tepat dan diluahkan tanpa rasa bersalah pada sesiapa.

    Truth hurts.

    Aku baca (bukan beli) Harian Metro untuk berita lawak. Walaupun ada berita yang serius dan agak relevan dan barangkali hanya ulangan daripada abang broadsheetnya Berita Harian yang semakin tak laku tu.

    Pelajar journalism di Malaysia bercita-cita nak jadi wartawan HM/Kosmo/Sinar Harian? Tak payah belajar journalism kat U/Kolej/Sekolah pun boleh. Tak caya tanya Menteri Penerangan kita skang ni….

    “I-I-I know what-what-what you are trying to-to say, you-you want to buruk-buruk our newspaper, is it? Because that-that is what you do, right?”

  11. erm says:

    still…olahan dibuat dengan hati dan perasaan

  12. Uzair Sawal says:

    akumacampeduli> tu la pasal. buat sedih je aku tengok. hahaha. tapi aku still suka baca newspaper despite beberapa aktiviti spin-doctors. membaca itu bagus.

  13. dol says:

    pandai sial ko tiru zainudin maidin.

  14. Uzair Sawal says:

    aku tak pasti yg media students kat taylors/help/sewaktu dengannya sebab ada seorang lecturer tu ckp kat aku students dia anak2 org kaya yang malas nak study. susah betul, kalau awal-awal dah jadi mcm ni, berkerja nanti report benda bodoh. kalau tak belajar pulak, tak tau etika (mcm sinar harian tu lah..)

  15. yuzy says:

    Mengumpat tu kan adat org Melayu.Apa nak buat?Hehe.

    Nak harap dia orang buka blog jauh sekali.

    Selamat Tahun Baru 2008.

  16. Perayau says:

    Pekerja H Metro dan kawan2 angkatan mereka mungkin tidak tahu pun anak musang apa tu journalism. Walaupun sudah tamat sekolah journalism. Benak mereka bergetar mungkin hanya pada saat menulis berita sensasi. Dan inilah mungkin kemuncaknya hidup sebagai reporter. Reporter bukan journalist/wartawan. Tak payah masuk sekolah wartawan nak jadi reporter, sapa2 pun boleh. Faham 5W & 1H jalan la..

    Mungkin perkara ini signifikan untuk dipecahkan. Budaya hidup di sini membuat definisi ‘kejayaan’ itu hanya bila mendapat kerja. Di sebaliknya ialah peroleh pendapatan sendiri, jadi inilah mercu tanda kejayaan hidup. Ketinggian gaji hujung bulan berkadar terus dengan ketinggian kejayaan. Mufti Perak bergaji tangga Jusa ialah seorang manusia sangat berjaya dalam hidup. Walaupun kepakaran utamanya ialah bersms.

    Jadi adakah hidup reporter2 H Metro asyik bergelut dengan ketajaman menyiasat dan menganalisis yang ada kaitan dengan membuka dan meluas perspektif pembaca? Jauh sekali. Usah diharap. Ukuran kejayaan hidup mereka bukan perkara ini.

    Sapa yang ada kawan2 reporter H Metro, ajak mereka baca blog MM.

  17. MaximumistMalay says:

    Harian Metro adalah suatu lambang kejatuhan bangsa Melayu. Samalah seperti homoseksualiti di zaman Alexander menyebabkan kejatuhan mereka.

    Harian Metro hanya memaparkan setengah mukasurat peristiwa kematian Benazir Bhutto, penggerak demokrasi Pakistan (US-oriented,bred and fed) yang terulung. Kalah Benazir dengan “Sekatan Jalan Raya : Tiga Ekor Tenggiling tertangkap berlumba haram.”.

    Curse you,HM.

  18. akumacampeduli says:

    Aku sebenarnya kesian dengan sebahagian journalist Malaysia ni. Kadang-kadang diorang ‘terpaksa’ tulis cerita bodoh. Kalau tak story tak keluar dalam paper. Takde dapat bonus pulak kang….

    Kalau tulis berita yang betul, kadang-kadang Chief editor akan edit semula dan ubah slant cerita. Aku rasa ramai blogger yang dulu journalist (macam Rocky, Nuraina Samad, Dina Zaman, Datuk Ruhanie etc.) boleh sokong cerita ni. Chief editor pun bukannya semua dari journalism school, tapi diletakkan di situ untuk kepentingan ‘master’ diorang.

    Zainuddin Maidin adalah seorang contoh wartawan yang boleh diragui kewibawaaannya tetapi ‘berjaya’. Pernah jadi wartawan bawahan, pernah jadi chief editor untuk ‘master’ dia, dan sekarang jadi ‘master’ sendiri. Sampai ingat yang dia ada hak nak suruh journalist luar negara ikut cakap dia.

    Sebenarnya aku terhibur dengan ‘persembahan’ mamat (mamak?) ni masa kena interview dengan Al-Jazeera. Tu yang aku tiru tu. Terus hilang respek daripada semua orang. Padan muka.

    Aku sebenarnya amat setuju jika dikatakan bahawa kita ‘sengaja’ diperbodoh-bodohkan. Kerana orang bodoh senang dikawal. Jadi jangan jadi bodoh.

    Memabaca itu bagus. Aku setuju. Tapi jangan baca sahaja. Kena faham maksud tersirat. Read between the lines.

    Macam kenyataan Chua Soi Lek masa letak jawatan. Banyak hidden meaning tu.

    Dan juga Abang Minimalis kita. Banyak hidden meaning. Teruskan usaha untuk ‘educate’ orang Melayu/Malaysia kita.

  19. wee says:

    azam tahun baru wee plak nk kejer kuat.:)

    harian metro mmg faker.
    aku pun dah lama tidak membaca helaian sampah tu.buang masa dan duit sringgit aku jer.
    30 hari aku beli dah rm30 hengget.
    wah! xleh jadi. minyak moto aku ulang alik pun xsmpai rm30 sebulan.

    ekceli ape yg di maksudkan ‘Kredibiliti Kami Tiada Tandingan’ tu eikk?
    xnmpk langsung!

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes