January 6, 2008 7

Tanya Abang Minimalis : Musim 1 Episod 3 (Season Finale)

By in Tanya Abang Minimalis

Kepala aku seakan bergoyang sekarang walaupun aku duduk diam. Dalam 2 minggu ini, macam-macam telah berlaku, dari yang disangkakan sehinggakan yang tidak disangkakan langsung. Yang paling tidak disangkakan ialah sessi muntah besar-besaran sebanyak 6 kali dari jam 6 pagi hingga 11 pagi tanggal Krismas yang lalu. Harus ‘pelan-pelan kayuh’ sedikit. Dan aku masih perlukan pil-pil melatonin yang aku sebut tempohari

Jadi, sebagai penamat tempoh ‘kegembiraan’ aku, aku persembahkan season finale untuk siri Tanya Abang Minimalis, yang sebenarnya direka untuk memudahkan aku menulis ketika aku sedang malas dan otak aku tidak berupaya untuk membuat apa-apa pemerhatian akibat, erm.. tidak berfungsi secara optimum.

(“If I Could” dendangan Jack Johnson sedang berkumandang.)

Soalan 1
do u think who you are today has anything to do with how you were brought up? — poppyland
Sudah tentu, tetapi pada waktu yang sama kita adalah hasil segala keputusan yang kita buat selama ini. Untuk aku pula, aku rasa sifat Ayah aku yang selalu menggalakkan aku membaca dan mencari ilmu selagi boleh (Ayah aku dahulunya ahli Lembaga Peperiksaan Malaysia, dan kemungkinan besar telah membuat soalan-soalan kertas Bahasa Malaysia ketika kamu mengambil SPM dahulu. Sekarang seorang pesara…) sedikit sebanyak mempengaruhi kehausan aku untuk ingin tahu itu dan ini.

Cuma, apa yang aku ingin tahu mungkin sejajar dengan apa yang aku minat. Dan aku minat fizik nuklear. Dan buah dada. Aku rasa itu 100% hasil dari aku dan aku sendiri.

Soalan 2
Which comes first? The chicken or the egg? — rexxdelarocha
Sila Google sendiri.

(“Winter” dendangan Bebel Gilberto sedang berkumandang. Ya, sekarang aku sedang sessi bersantai.)

Soalan 3+4
Pada pandangan En MM, action figure apa yang berbaloi dijadikan koleksi sekarang ini. Terlalu banyak action figure yang muncul sekarang ini namun tak banyak yang berbaloi dijadikan koleksi. Apakah perbezaan industri action figure sekarang dan 5-10 tahun lepas? — gila mainan
Secara jujur aku rasa semenjak si fanatik besbol Todd McFarlane dan syarikatnya McFarlane Toys tiba pada tahun 1994 ia telah mematikan semangat aku untuk mengumpul figura aksi. Sudah hilang enigma ke’kanak-kanak’an di dalam dunia permainan, yang sudah menjurus kepada ke mana dunia pengumpulan komik berada pada zaman itu, iaitu menular kepada bidang dewasa yang serius, penuh dengan perkataan seperti ‘pelaburan’, ‘komoditi’ dan yang sewaktu dengannya.

Gejala ini lebih serius dengan kemunculan Michael Lau dan siri figura Gardenergala beliau yang sama sekali telah menjurus dunia permainan kepada dua, iaitu dunia pengumpul serius (yang dimulakan oleh mamat-mamat hiper-trend di Tokyo dan Hongkong) dan dunia yang lebih mudah iaitu permainan untuk kanak-kanak.

Sejurus selepas itu aku berhenti mengumpul permainan.

Kalau kamu tanya aku, figura 12 inci keluaran Medicom dan mana-mana figura vinyl (terutamanya yang vintage ataupun keluaran semula (re-issue) berdasarkan permainan atau fgura ikonik era 1970-80an, terutamanya dari watak rekaan syarikat Tsuburaya atau watak-watak tokusatsu lain) adalah yang paling menarik minat aku. Lupakan sahaja Bearbrick (walaupun keluaran Medicom juga) atau mana-mana figura berdasarkan rekaan-rekaan gaya yang dipopularkan oleh Michael Lau. Mat Salleh panggil designer toys. Menyampah aku. Sangat-sangat.

Satu lagi yang aku minat ialah figura keluaran DC Direct. Memang penuh dengan watak-watak serta siri-siri yang menarik, terutamanya figura berdasarkan watak-watak zaman Golden Age komik atau yang berdasarkan gaya tertentu pelukis komik. Lihatlah sahaja beratus-ratus versi figura Batman, meliur aku dibuatnya. Siapa nak belikan? Harijadi aku 26 haribulan ni.

(“Love Comes To Me” dendangan Bonnie ‘Prince’ Billy sedang berkumandang. Syahdu, oh…)

Soalan 5+infiniti
Adakah AKAB dan MM orang yang sama? MM dan AKAB bergaduh ke? Ada masalah ke? — beratus-ratus orang.
Kami bukan orang yang sama. Dia 35 tahun. Aku muda sikit. Ok, ok, bukan sikit, BANYAK. Ha haha. (‘Ahakz‘ kata Lelaki Ampang.) Kami tidak bergaduh, jauh sama sekali. Dahulunya kami memang selalu minum semeja, tetapi semenjak beliau bergelar blog celebrity aku menjauhkan diri. Aku tak larat melayan hidup penuh glamour dan publisiti. Lagipun dia tuduh aku kaya.

Begitulah season finale untuk siri ini. Semoga kamu semua bergembira, terima kasih.

Popularity: 2% [?]

7 Responses to “Tanya Abang Minimalis : Musim 1 Episod 3 (Season Finale)”

  1. erm says:

    aritu aku ada tanya…watak aper yg sesuai menggambarkan kau dalam citer alice in wonderland……masuk dalam season 2!

    jabberwock?alice?queen of heart?

  2. akumacampeduli says:

    Aku masa tu teringinkan untuk mengumpul Transformers. Bukan yang Hasbro punya. Tapi Takara punya (Japan bebeh!)

    Terutamanya mainan original Megatron berbentuk pistol The Man from UNCLE. Siap kotak dia tulis Destron Emperor of Destruction iaitu gelaran yang diberikan kepada Megatron tu.

    http://www.takaratomy.co.jp/products/TF/products/encore/e-02.html

    Birthday aku lambat lagi, tapi ada sesaper bermurah hati nak hadiahkan kepada aku?

  3. yuzy says:

    Dia tuduh kau kaya?

    Kau tak belanja dia beer kot masa minum…

  4. Anonymous says:

    macam bunyi cemburu je kat akab?

  5. tarantular says:

    ahahaha AKAB penuh glamour dan publisiti…baru je aritu dia tulis pasal tinggal RM11.88 sen dlm bank bila kena tanya dek mak dia pasal kawin heheh.

    Aku pun tuduh kau kaya ;)) !

  6. tumpanglalu says:

    “pelan-pelan kayuh?” :)

  7. zaX says:

    well, it seems that i’ve to fork out some money to pay for my bills and fees. some other time, perhaps?

    =)

    “happy be-early” birthday.

    (jangan expose sgt, boss)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes