Sejak kebelakangan ini aku rajin melayari blog-blog orang Malaysia, semata-mata untuk mencari idea untuk menulis. (Ya, aku amat lapang sekarang selepas projek juta-juta aku selesai awal hari ini…)
Macam-macam blog aku pergi, dari blog penyorak remaja, kepada blog aktivitis yang pernah dikejami polis, blog gossip-gossip selebriti gred B Malaysia, blog muzik tempatan, blog politikus, hinggakan blog-blog peribadi warga Malaysia yang risaukan kenaikan berat badan mereka, dan blog-blog separa glamour/syok sendiri yang hanya ditulis untuk wang ringgit hasil banner clickthroughs.
(Malas aku nak pautkan mereka, nanti ada yang terasa. Sila Google sendiri…)
Tapi isu Natasha Hudson yang aku tulis sebelum ini membuatkan aku terfikir sejenak. Kita tiada blog langsung yang menyentuh perihal harta intelektual, konsep lesen Creative Commons, mahupun Digital Rights Management (DRM). Berbeza dengan blog-blog barat yang kecoh menyebut tentang hal ini, dan kesannya terhadap mereka sebagai pengguna.
Kemudian aku sedar. Malaysia sekarang berada di tangga kedua di dalam senarai Watch List antarabangsa keluaran Kesatuan Harta Intelektual Antarabangsa, dengan kerugian berjumlah USD187.4 juta untuk tahun 2004. Walaupun kita tidak seteruk China, tapi cukup teruk untuk membuahkan rasa was-was untuk mana-mana syarikat multinasional untuk berdagang atau menjalankan R&D di negara kita.
Kita dengan mudah boleh membeli DVD cetak rompak (termasuklah aku) di tepi jalan, tanpa berfikir dua kali. Dengan mudah boleh memuat-turun mp3 dari mana-mana rangkaian P2P, perisian bermacam-macam jenis boleh dibeli dengan murah dari Digital Mall di Seksyen 14 PJ (Low Yat sudah tak jual, beb…) dan banyak lagi contoh aku boleh sebut.
Aku mengaku, aku juga bersalah dalam aspek ‘pencurian’ sebegini, tetapi aku rasa (dan ini hanya pendapat aku), satu bentuk cetak rompak mungkin relevan untuk sebuah negara membangun. Mungkin kepelbagaian perisian cetak rompak yang boleh dibeli boleh mencetuskan kreativiti rakyat kita, dan aku rasa ini telah pun bermula. Lihat sajalah Youtube dan kamu sendiri boleh melihat montaj-montaj gambar seksi gadis Melayu (dan juga gadis yang bukan Melayu tetapi di’Melayu’kan) yang digunakan untuk mempopularkan serta menaikkan page hits laman web yang terkumpul lebih banyak gambar-gambar gadis seksi Melayu (dan juga yang di’Melayu’kan).
Juga jangan lupa tentang perisian-perisian yang membolehkan kita dengan mudah menukarkan fail-fail 3gp lucah teman-teman wanita kita kepada format yang boleh disiarkan di dalam Internet. Juga perisian-perisian audio yang membolehkan kita meMelayukan lagu-lagu Sean Paul dan mungkin menCinakan lagu Negaraku kita sendiri (lengkap dengan video muzik!)
Sebab itulah mungkin bukan mentaliti kita untuk kisahkan tentang DRM dan harta intelektual, walaupun sekarang ada agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menangani hal ini.
Tapi sedarkah kamu, selepas kamu menghasilkan mahakarya kamu di Youtube ataupun Myspace itu menggunakan perisian yang kamu curi, apakah yang akan menghalang orang lain dari mencuri karya kamu, dan lebih teruk lagi, apabila orang membuat duit dengan hasil kerja penat lelah kamu, dan kamu tidak mendapat satu sen pun?
Mesti bengang bukan?
Inilah masalahnya.
Mungkin kita kurang rasa bersalah beli kita mencuri dari Microsoft ataupun Warner Brothers ataupun EMI Records, tapi mesti kita bengang apabila perkara yang sama berlaku kepada kita. Bila orang lain mencuri dari kamu. Siapakah yang melindungi hak kita bila kita sendiri tak pedulikan hak orang lain?
Aku rasa mentaliti kita yang suka berkongsi (tak kisahlah apa, sudu, kereta, porno, awek) mungkin akan menjayakan CCi Malaysia.
Jadi, apa kata kamu?
Popularity: 2% [?]
Excellent post today, mate. Very thought-provoking.
I’ve had a couple of my writings plagiarised before, and that sucked big time.
Entahlah. Mungkin saya salah, tetapi saya rasa isu ini kurang dititikberatkan di Malaysia, terutamanya di kalangan pelajar-pelajar peringkat tertier. Bergantunglah juga kepada institusi tersebut – ada universiti yang mempunyai peraturan plagiarisme yang ketat (kalau ada, itu sangat bagus), ada yang ambil secara lewa dan hanya pedulikan wang yang ingin dimakan daripada yuran dibayar para pelajar. Ciplak itu suatu isu yang serius, tidak kiralah sama ada hasil intelek yang diciplak itu berunsurkan akademik atau seni. Malangnya, budaya “menyalin-dan-menampal” itu sedikit-sebanyaknya diterima sebagai suatu norma dan isu berkaitan dengannya sering diperlekehkan.
Jadi kenapa pula kita hairan apabila kita tidak mampu menghasilkan para graduan yang bermutu tinggi atau para artis yang serba original? Fikirkanlah.
bergantungn kepada situasi dan tujuan, kadang2 kita mmg ingin karya kita disebar2kan tanpa berharap apa2 pun..
erm isu cedok mencedok ni mmg dah lama blaku kat negara ni,kitar semula idea orang lain..,kadang kadang aku pun buat perkara yang sama,setelah aku kekeringan idea,yang penting kredit kan karya tu,aku pernah dengar lah yang tiru tu tak salah untuk mewujudkan evolusi,
erms,..aku suka post ni,.sangat sarcastic,.montaj porno yang dimelayukan tu!ahaha kreatif konon ekkk?
idup pirate… karya aku memang untuk dikonsi beramai – ramai!!
masalah cetak rompak bukan dekat malaysia saje. dekat usa pun ada walaupun undang-undang diorang lagi ketat. boleh kata asal ada internet cetak rompak jadi makin mudah.. dah memang sifat manusia suka benda free/murah.. tengok je la bila ada sale atau makan free.. confirm penuh.. artis malaysia pun ada jugak yang beli barang cetak rompak macam software/games.. gelak jugak aku bila tengok diorang salahkan cetak rompak sedangkan bila berlakon drama ada adegan tunjuk diorang tengok dvd cetak rompak.. haha.. ntahapahapantah.
lu ni provoke blog orang macam blog nko ni bagus sangat. dah la perform cam kayu. pendek lak tu. bla la lu.
bajet hensem. kutuk2 scenela itu la. padahal lu men gitar terkial-kial. lu bajet umur lu dah 30 lebih lu power la. boleh blah.kalau reader tau muka lu sebenar macam mana, mesti dah menyampah nk baca tulisan lu lagi. piiiirah! pendek!
komen bodoh untuk jantan pendek bodoh mcm lu je.
waah hangat sungguh, kepada siapa ditujukan tu??
mentaliti org malaysia sekarang…
lebih baik dowload dari beli…tak rugi…
live free or die hard!
kepada blog aktivitis yang pernah dikejami polis, blog gossip-gossip selebriti gred B Malaysia, blog muzik tempatan, blog politikus, hinggakan blog-blog peribadi warga Malaysia yang risaukan kenaikan berat badan mereka, dan blog-blog separa glamour/syok sendiri yang hanya ditulis untuk wang ringgit hasil banner clickthroughs.
ah.
aku terasa. adakah kau provoke aku ir….eh tak boleh sebut nama. adakah kau provoke aku, MM?
haih.
zaman sekarang ni, menyekat aku untuk menulis secara bebas. susah la kau ni.
dr pemerhatian aku, kebanyakkan orang pendek suka cari publisiti murahan atau something yang membolehkan dirinya diberi perhatian (sebab dia tahu dia dah kurang dari faktor ketinggian). Bukan si Irm** ni je, melambak lagi..heh?
MIDA?
i don’t think so.
penguatkuasaan bukanlah di bawah juridikasi agensi ini.
sila rujuk:
http://www.mipc.gov.my/
irf….?