Aku telah menerima satu e-mel dari salah seorang pembaca aku, e-mel yang telah beliau forwardkan kepada aku dengan murah hati. (Terima Kasih Cik Lea Lea)
“From: Azfar Syamsul (melayu_minimalis@live.com.my)
To: (dipadam atas sebab-sebab privacy)
Date: Wed, 5 Dec 2007 04:12:21 +1200
Subject: FW: astaghfirullah. apa nak jadi dengan remaja melayu kita yang beragama islam? renungkanlah.”
Bersama e-mel ini dilampirkan bersama gambar-gambar perempuan Melayu yang tidak menarik langsung, termasuk gambar perempuan berpelukan sama Lelaki Ampang, gambar pelajar sekolah menengah perempuan bertudung yang sedang memegang sebatang rokok dan gambar seorang perempuan agak gempal berdiri di depan papan tanda tertulis ‘Melanau’ sambil memegang sebatang rokok juga.
Sila ambil perhatian ya, kerana walaupun tertulis ‘melayu_minimalis’ di situ, ini bukan sama sekali e-mel yang aku tulis. Jangan tertipu.
Lagipun tidak mungkin aku menulis “astaghfirullah. apa nak jadi dengan remaja melayu kita yang beragama islam? renungkanlah.” sebagai tajuk mana-mana e-mel aku. Dan kalau e-mel dari aku sudah pasti aku akan sertakan dengan gambar-gambar perempuan yang lebih menarik.
Renungkanlah.
Popularity: 2% [?]


13 Bulan Setahun
2 years ago
tengah renung skrin la ni
taichee~@!
2 years ago
Syial!
Dah lama aku tak masuk sini, terus ko renovate rumah, ye! Banyak ketinggalan la aku nampak gayanye…
Aku lagi suka yg ini. Terang benderang aku nak baca…sgt ZEN lagi aku suka.
Anyho,
Congratulations MM, ko dah jadik TrendSetter. Ini merupakan antara cool people that people will emulate later..
Tsk tsk kenapa aku mcm tulis pantun pula yek?
Hmmm…~@!
Aku
2 years ago
hehe…
aku stuju..
mustahil tajuk ko cam gitu.
hahaha
erm
2 years ago
script dakwah standard….adakah semua email2 cibai tu dari org yang sama
p/s-jangan tanya apa nak jadi…benda dah jadi…selesaikan lah!
selesaikanlah!