Tafsiran ‘Ingin Jadi©’

Hasil nukilan pada 28/01/2008, 10:30 AM oleh Melayu Minimalis

48


Salah satu perkara yang aku perasan menjadi perbincangan hangat di kalangan ramai orang muda kita ialah perbincangan mengenai kredibiliti yang berkait dengan budaya popular.

Kata mereka, bila sesuatu/seseorang itu menjadi ‘rare‘. (Aku kurang setuju dengan istilah ini.)

Minta maaf, tetapi seperti yang aku katakan dalam nukilan ini, dengan segala langkah-langkah globalisasi, pertembungan budaya dan kemajuan perhubungan, terutamanya yang ada kaitan dengan Internet, istilah ‘rare‘ mungkin tidak relevan.

Google sahaja, apa yang kamu mahu pasti ada. Kalau tiada sekarang pun, akan ada. Ebay ada, forum-forum ada, Wikipedia ada.

Jadi, pada aku-lah, tiada sebab kamu tidak boleh berubah dan bergerak dari takuk yang lama. Tiada sebab kamu yang malas atau mungkin takut patut menggelar orang lain ‘wannabe‘, walhal, mungkin kemalasan kamu untuk me’wannabe‘kan diri adalah lebih ‘wannabe‘. Mungkin.

Apa aku merepek kerepek ni? Beria.

Sedikit sebanyak aku ada menulis tentang perkara ini di dalam nukilan ‘Peranan Hipster Dalam Masyarakat‘. Tetapi hari ini aku nak tukar sudut pandangan dan menulis tentang sifat yang, walaupun tidak disukai, tetapi mungkin mampu membelah lautan, menggerakkan evolusi dan mematahkan kerajaan.

Aku nak tanya. Kepada yang ‘true‘ dan ‘rare‘ di luar sana. Kamu dilahirkan ‘true‘ dan ‘rareke? Aku 100% pasti jawapannya tidak. Apa yang membuatkan kamu keluar dari kepompong ke’sekolahmenengah’an kamu dan mula memberontak dari segi ideologi, muzik, mahupun fesyen?

Pastinya sifat Ingin Jadi©. Wannabe.

Tak kisahlah, kamu Ingin Jadi© Kurt Cobain ataupun Henry Rollins ataupun Lester Bangs ataupun Joe Kidd ataupun Noh Hujan ataupun John Galliano ataupun Ian Mackaye ataupun Nasha Aziz ataupun Anwar Ibrahim ataupun Brader Lan (ok, aku rasa kamu faham sekarang), tapi pokoknya kamu Ingin Jadi©. Ingin Jadi© sesuatu yang kamu bukan sekarang, tak kisahlah sama ada yang lebih baik ataupun yang lebih buruk, tetapi yang pasti menjadi seorang yang kamu bukan sekarang, bak dari segi rupa, citarasa ataupun saiz buah dada. Mungkin.

Ingin Jadi© mendorong kemajuan biasanya. Ingin Jadi© membuatkan kamu berubah, baik atau buruk, tapi membuatkan kamu berubah.

88% peratus dari golongan Ingin Jadi©, Tidak Akan Jadi. Mereka inilah yang tak sampai sekerat jalan sudah menyerah kalah, atas sebab-sebab seperti kahwin, kerja, aktif berdakwah, taubat dan sebagainya. Golongan ini aku tidak kisah, tidak penting pun, sekadar pemangkin ekonomi/sosial/politikal yang amat minimal.

Yang lagi 12% inilah yang akan membawa perubahan.

12% yang Menjadi©.

Jadi, kepada kamu semua, aku tabik kamu jika kamu Ingin Jadi©. Aku tidak akan menghalang, malah aku akan menggalakkan fenomena sosial sebegini. Sebab aku lebih rela dunia ini penuh dengan Mamat dan Minah Hipster Wannabe Seluar Ketat Ingin Jadi© daripada Mat Rempit dan A.A.y.D.d.K.B.G.A.B.

And do not forget, we all started as wannabes.

Popularity: 4% [?]