Tempohari aku sedang berbual dengan kawan aku, dan salah satu topik perbincangan yang timbul adalah mengenai Courts Mammoth, dan kenapa kita jarang jumpa orang Cina ataupun India dalam Courts Mammoth. Katanya, Courts Mammoth itu tempat Melayu. Sebab orang Melayu mudah beli TV LCD 42 inci, pemain DVD dan sistem stereo surround sound (dan perabot set drama swasta) secara hutang. Dan orang Melayu memang suka berhutang. Memang betul pun, sebenarnya.
(“All Roads Lead To Salzburg (BBC Session)” dendangan Mice Parade sedang berkumandang di iTunes aku.)
Aku rasa, akibat sifat suka berhutang inilah menyebabkan dari dahulu kita mudah tertipu bila timbul hal wang. Lihat sahaja iklan-iklan Google di Myspace yang ditujukan kepada penduduk Malaysia—
Tidak Perlu Kerja Lagi
Pendapatan Atas Angin Tanpa Perlu Kerja! Mudah RM20 Dalam 7 Minit.
www.TidakPerluKerja.comJual e-gold di Malaysia
Jual e-gold anda untuk wang tunai Bayaran melalui Maybank2u, segera
www.jtgold.comFormula Jutawan Senyap
RM500 Sehari Automatik Online eBook RM295.Ajar Cara Buat Duit
www.formulajutawansenyap.com
(Aku tak bertanggungjawab jika kamu melawat ke laman-laman web di atas, ok?)
Malah sebentar tadi ketika aku makan di Uptown ( yang dahulunya tempat terbaik untuk mencari baju-baju vintage dan cecair pencuci khas untuk kereta yang dimasukkan ke dalam bekas air mineral dan juga kayu besbol untuk belasah orang. Rindu betul.) aku telah menerima sekeping kertas tertulis surat akuan dalam typeface Comic Sans yang aku betul-betul benci.
“Ini Kisahku.”
Aku tahu hanya ada dua kebarangkalian. Sama ada cerita mistikal tentang keberkesanan minyak lintah dan kesannya terhadap ‘kemesraan jasmani’ ataupun tentang cara mudah mencari wang.
Aku tak kisah, kamu cari wang cara mudah ke apa, tapi setahu aku, tiada jalan mudah untuk mencari wang. Multi-level marketing, skim piramid, ya, memang mudah. Mudah untuk hilang kawan. Mudah untuk mereka yang malas. Cari paling bagus untuk mencari rezeki adalah dengan bekerja keras. Aku mengaku, aku bekerja keras, semata-mata untuk keselesaan hidup. Kadangkala sampai tidak boleh balik kampung, kerja sampai lewat malam, sampai pening.
Tetapi semuanya berbaloi. Aku tidak sakitkan hati orang, aku tidak tipu kepercayaan orang, semuanya hasil usaha aku sendiri.
Jutawan Mudah? Tidak mungkin. Kecuali kalau kamu ada peluang berkahwin dengan anak jutawan, silakan. Macam aku dahulu, tetapi Cerita Lain.
(“New Paths To Helicon 1” dendangan Mogwai sedang berkumandang.)
Tetapi aku sedar tak ramai dari kamu yang sedar, dan selalunya hanya ingin mencari jalan mudah. Memang sudah lumrah kita pemalas, tak ingin susahkan diri. Dan aku mengaku, sebagai Melayu, realiti bahawa kita semua pemalas. Memang jarang aku berjumpa dengan yang betul-betul rajin. Dari segi kerja, dari segi politik dan sosial, mungkin dari segi fesyen dan hiburan. Kurang profesionalisme. Tingkatkan usaha.
Kecuali kalau kamu tidak kisah kalau ketinggalan-lah.
Popularity: 3% [?]
sebab musabab ramai melayu yg ingin berhijrah ke luar negara pn oleh kerana ‘malas’ ini lah. Dato2 dan YB2 kita pun malas pehtu tetiba kaya raya hanya kerana reti menjilat dan ampu org sana sini.
Kalau kita sedar, org2 tua selalu tidak galakkan sangat anak2 mereka pegi berhijrah ke luar negara utk banting tulang, tp mereka tk pernah nak take into account the fact that bila dikelilingi oleh org2 kita sendiri ni, kita sendiri pn mmg terdorong jadi malas. Maka nak keluar dr kepompong malas tu, kita perlu duduk di dalam satu environment di mana ramai org rajin seperti mat2 saleh
Aku tak pernah lagi dengar ‘jutawan2 segera’ bangsa kita yg naik dengan hasil usaha sendiri…. mesti ada link dgn politician. Bila agaknya nak jumpa org melayu yg boleh betul2 jutawan tanpa melalui segala proses mengampu2 tu?
satu theory yang saya ada terfikir dan bersetuju dgn MM dalam posting-nya yang terdahulu adalah faktor2 yang mendorong kepada ‘kemalasan’ ini..faktor geography dan cuaca tropikal ini…yang menyebabkan kita lebih ‘laid-back’..tiada dorongan survival..’humiditiy’ yang sesuai untuk lena dan baring saja diatas sofa sambil kipas di habis pasang.
ampu atau tidak…mereka berusaha mencari peluang dalam dunia yang serba tidak adil ini…cuba kamu mengampu….boleh kaya tak?
oh golongan anak muda yang tidak boleh dimaki hamun…itu semua part of life
dialog kebiasaan:multilevel? nak tau kene datang OFFICE!.pastu tayang kereta sambil cerita percutian keliling dunia.nak blanjer satu meja pun susah!.
macam sial
p/s-jangan takut pada deepshit situation…itu semua dunia….tak mati pun
dan oleh sebab kelompok besar Melayu malas ni lah yg segelintir kecil Melayu yg tak malas tak pasal2 kene stereotaip.
i think i managed to figure out who you are, and it’s changed my perception about you in real life completely. in a good way, of course.
*tutup mulut*
betul tu,kite sepatutnye jgn peduli kat dieorg ni
heh, melayu terkenal kerana malas?
benar, tetapi bukan semua.
[it's all in the head]
aku juga mempunyai kawan-kawan & kenalan [dari waktu di univ sehingga waktu bekerja] yang bukan melayu yang juga pemalas [dari lingkungan baya aku sehingga umur 40+]
mereka juga banyak berhutang. haha!
lumrah manusia, malas + berhutang
mungkin bukan bagi orang yahudi.
*smirk*
ok, aku hendak menghabiskan cuti aku dengan membuat laundry, walaupun terasa malas. haha!
*smirk lagi*
MM, Mak sunnguh terharu dengan apa yang MM tulis ni. Mak pun Melayu jugak, tapi Mak tak malas. Mak buat banyak odd jobs untuk cari duit, terutama sekali kerja-kerja blow.
Mak 100% la setuju dgn kau. Kelasss kau ni MM. Ada gambar tak?
Muuaah…
mcm kita di MALAYsia budaya dan masyarakatnya berada dalam satu rapatan biasa yang dipanggil ‘kerja makan gaji’ atau ‘nine-to-five’.
berbicara mengenai MLM sedikit sudah terlintas beberapa perspektif, cthnya, ‘upline makan duit downline’ ‘scam’, ‘testimoni palsu (bergambar sebelah merc) dan lain-lain lagi. semuanya negatif bukan?
MLM hanya sekadar satu industri. begitu juga industri pemprosesan makanan atau industri biomedik dan lain-lain.
yang merosakkan industri MLM? kita. eh. mereka. mereka yang dibutakan dengan entah apa.
hmmm…aku tak berapa setuju la dgn post ni. kenapa melayu terkenal kerana malas? kerana orang melayu macam kau ni la salah satu sebabnya. nak mengutuk bangsa sendiri.
orang cina lagi la banyak berhutang. dan diorang kaya pun sbb diorang berhutang. orang2 kaya lagi byk berhutang….buat pe nak guna duit sendiri utk beli sana sini…baik guna duit bank…lagi untung. dan…diorang (cina) pun malas jugak. masa aku study dulu, takde pun budak2 cina yang hebat2 sangat. masa aku keje….diorang lagi la kaki kelentong. aku tak rascist….tapi cuma nak explain kat melayu minimalis yg sungguh minimal pemikirannya.
bro…lu kena banyak bercampur ngan bangsa lain kot? pastu lu kena see things in different view than u always does la….kalau tak….lu pun termasuk dalam kategori typical melayu…
bro minimal, sistem piramid tu apa? lu tau ka?
MM, saya tak nak minta gambar awak macam sorang tu. Gial gambar awak nampak gayanya. Dalam blog dia pun dia minta pembaca hantar gambar awak kalau ada.
Melayu Malaysia ni layu sebab di dokongi oleh pemerintah melayu. Cuba kalau bukan melayu yang memerentah Malaysia ni, barula terhegeh-hegeh nak berusaha dan bekerja kuat macam kat Singapura tu.
Baru la melayu tak buat blog hanya sebab tak berkenan dengn si anu atau si anu sebab blog yang dia buat tu ada tujuan dan manfaat lebeh besar untuk kebaikan bangsa dia.
skim piramid tu engkau cari 2 orang kawan..nnt dua org kawan tu akan carik 4 kawan lain..lepas tu 4 orang kawan lain akan cari 8 orang kawan lagi…
hahaha..teori yang menjahanamkan orang melayu yang ingin lekas kaya…
teori piramid juga bermaksud bos besar ko dok atas sekali. bawah dia ada 2, 3 orang pengarah. bawah manager ada exec-exec. bawah exec ada staff2 biasa yang lagi ramai termasuk lah admin staff biasa.
bos besar
pengarah pengarah pengarah
exec exec exec exec exec exec
staff staff staff staff staff staff
staff staff staff staff staff staff
eh. mcm orang bawah mengkayakan org atas je. unbelieveable? believe it.
belum buat belum tau. kalau diberi peluang jalan yang lebih singkat (bukan mudah) untuk lebih cepat berjaya, apa salahnya? orang offer jadi senang pun susah, orang offer jadi susah pun susah. habis tu macam mana?
jangan condemn sebelum kaji secara habis.
anti sama kerana belum tahu
atau anti kerana tidak mahu tahu
atau anti kerana tidak peduli.
tahu dahulu baru bersuara.
Sudah Malas Menulis.
Malas kerana cuaca? Death 1982 got a point there. Bak kata Al Gore dalam documentari pasal Global Warming beliau, ibarat katak didalam periuk slowly simmering, the frog tak perasan dirinya sedang dimasak, kerana slowly the body adapts to the increasing heat. If no one saves the frog, we would have frog stew.
jannah-
I think what he is referring to is a post i made about my theories on why people here are exceptionally lazy. i forgot which one. somewhere…
namun, apa yang pasti, aku tidak akan mengaku dan berserah kepada ‘stereotypical tag’ yang dikenakan terhadap bangsa ku sendiri(i.e malas) dan menggangap ianya suatu ‘inheritance’ dan kesinambungan putaran biology(macam ada DNA/gene malas ke?,Biorhythm mungkin lah) which is absurd. Sometimes, procrastinating can be useful too.
Tidak pasti sejauh mana skim-skim ala MLM ada kene-mengena dengan sifat malas. Yang selalu jumpa mereka sangat rajin menganggu. Tak kira masa. Cara memujuk macam sial. Mana-mana pun skripnya hampir 100% sama.
Kehidupan kelompok MLM ini satu hala. Tak ada estetika langsung!
Tidak keterlaluan jika persamaan ditampal kat dahi mereka:
Kelompok MLM = Pengganggu
budaya laid-back setahu aku orang spanish pun ada budaya ni.. melepak je keje tepi kedai arak dengan keldai..
tapi aku akui aku malas hahah.. aku malas nak buat labwork, bila hujung bulan baru buat kerja sampai tidur2 di lab aku.. bukan aku seorang saja..