February 4, 2008 9

Sedar Diri.

By in Layan Diri

Sebentar tadi aku telah terserempak dengan Rakan Sekolah aku ketika dalam perjalanan ke bank. (Kena bayar nafkah. Cerita Lain.) Rakan Sekolah aku ini dahulunya memang nakal. Tak silap aku, dialah yang pertama sekali menunjukkan video porno kepada aku, dan masa sekolah dahulu, beliaulah yang memang kaki parti, maklumlah, bapanya seorang doktor, dan lengkap dengan kereta klasik convertible meronda ke hulu hilir sekeliling bandar. Kiranya di sekolah dia ini agak popular-lah.

Kemudian masa Tingkatan Empat dia tumbuk muka aku sebab dia kata aku biadap dengan emak dia. Macam sial. Terus dia masuk ke dalam senarai ‘arch enemy’ aku (sila baca buku ‘Killing Yourself To Live‘ karangan Chuck Klosterman untuk tafsiran sebenar ‘arch enemy’, yang berlainan maksudnya dari ‘nemesis’.)

Selepas sekolah menengah, aku jarang mendengar berita darinya, kecuali dari teman wanita aku ketika itu (memang rebutan kami berdua sejak sekolah. Malah, kalau tak silap aku kami berdua asyik rebutkan perhatian 3-4 perempuan paling popular di sekolah ketika itu), yang telah mengaku pernah mengayuh basikal dari Shah Alam Glenmarie ke rumah si Rakan Sekolah kita ni di Subang Jaya dan kemudiannya telah mengulum zakar Rakan Sekolah aku. Ah, memang bodoh zaman-zaman remaja aku…

ANYWAY, aku telah terserempak dengan si Rakan Sekolah tadi, dan, walaupun umur kami sebaya, dia telah gemuk. Dan nampak membosankan. Sah A.A.y.D.d.K.B.G.A.B. Mungkin selepas berkahwin dia telah mengambil keputusan untuk menjadi Bosan.

Jadi, aku terfikir, walaupun kita berdua mungkin bermula dari tangent yang sama, kenapa sekarang aku memang tiada sebarang persamaan dengan si Rakan Sekolah aku ini, kecuali umur? Bukan sahaja dia, tetapi ramai rakan sekelas aku sekarang memang tiada yang macam aku. Mungkin sekerat dua kerat sahaja.

Mungkin ada dikalangan kamu yang mungkin berbisik, “Sebab mereka tu semua Sedar Diri!”. Tetapi pada aku semua ini subjektif. Tak semestinya Sedar Diri = Bosan, bukan?

Jadi kenapa? Bilakah saat berlakunya sesuatu yang boleh disamakan dengan spiritual enlightenment, saat di mana kita tinggalkan semua dan mula serius (dan mungkin bosan) dengan kehidupan?

Dan adakah aku sendiri akan mengalami pengalaman yang sama? Adakah aku akan akhirnya Sedar Diri?

Jap, kawan-kawan perempuan aku nak ke kolam renang…

Popularity: 2% [?]

9 Responses to “Sedar Diri.”

  1. Cik Kiah says:

    subjektif?
    benar. sangat benar.

    aku adalah seorang perempuan yang berumur 28 tahun dan masih belum berkahwin.[tetapi sudah mempunyai teman lelaki yang sangat memahami]

    aku juga dikalangan majoriti kawan-kawan aku yang berkahwin di peringkat umur yang muda & gemar menayang gambar anak-anak di facebook & friendster. oh tidak.

    tetapi aku bukan seperti mereka.

    aku masih ada misi peribadi di dalam hidup yang perlu diselesaikan sebelum berumahtangga.
    [bukan untuk menjadi Bosan tetapi kerana self satisfaction]

    ada yang menyatakan aku gila bila aku berkata aku hanya akan berkahwin apabila umur aku 30 tahun ke atas.

    aku Sedar Diri bahawa aku tidak bersedia untuk berkahwin & mempunyai tanggungjawab yang amat berat sebagai isteri & ibu.
    [might as well just kill the unborn]

    sebagai seorang profesional, aku sedar bahawa ia adalah sesuatu yang sukar kerana kerjaya aku memerlukan komitmen yang tinggi.
    [but i really love my job & i can say that i am really ambitious]

    in a nutshell, it depends on what you want in life. what gives you the self-satisfaction. what is your personal goal. what makes you whole.

    if you don’t know these things, you.are.just.lost.

    carpe diem!

  2. realistic dreamer says:

    cik kiah, you rock, i feel the exact same way. i want to be able to support my family, and be READY before i jump ito the whole wedding thing, and looking as my realistic life/career plans, i wont be able to have a mafimy until 30, maybe 33. but thats ok!

    if some people are ready to have a family and settle, all the power to them, but as for me, theres still alot more for to experience before i settle down, i doubt i ever will settle down…

    dream big, and achieve it. if you want something, go for it, nothing should stop you, and quit being malas! you deserve it just as much, if not more, than the next person, but you have to work hard…sorry lari topik, this is in response to the entry after this :P

    tata!

  3. v for viva says:

    mungkin rakan kau tu nampak membosankan….tp siapa tahu dia bahagia…

  4. sina says:

    I’d say — to each, his / her own.

  5. i'm not perfect neither says:

    sebelum ini aku hanya membaca dan mengagumi tulisan kau.
    tapi kini aku start sedar,ko terlalu banyak menilai orang lain!!
    and who the fuck are u to judge and define people???
    so,its like u r the only one that living the coolest life ever??!!
    mungkin bagi kamu,mereka BOSAN,tp mungkin bagi mereka golongan seperti kamu yang memBOSANkan.
    its not your problem if they want a life like that!!kamu selalu anggap orang lain tak secerdik/se’cool’ kamu.nampaknya ahli fizik nuklear juga kadang-kadang seorang yang bodoh dan cakap tanpa berfikir..c’mon man..nobody’s perfect!!so are u!!

  6. Nirrajim says:

    hahah!

    Arch Enemy? mereka superb.

    Aku seorang yang kuat bekerja sehingga aku tidak dapat mengenal pasti sesiapa di ofis aku yang ada menyimpan gambar anak² mereka.

    Kehidupan berkahwin adalah suatu yang menakutkan.

    Menjadi gemuk selepas kawin tidak sengeri pasangan anda bertukar menjadi Firaun ataupun hitler selepas anda mengikat satu perjanjian “paksa” sehidup semati.

    ahh! Pening kepala ini semua!

  7. pemerhati says:

    Kepada ‘i’m not perfect neither’,

    Dengan cara kamu membawa diri dan berkata kesat kepada Melayu Minimalis (dalam bentuk tulisan yang ditinggalkan kamu beberapa perenggan di atas), kamu juga sedang menghakimi dan menilai diri dan perlakuannya.

    Oleh itu, pertuduhan yang kamu lempar kepadanya seperti api yang memakan dirinya.

    Juga, saya ingin membawa perhatian kamu kepada kesalahan tatabahasa, iaitu “i’m not perfect neither”. Saya minta kebenaran untuk menegur. (Yang betul: “I’m not perfect either,” or “Neither am I perfect” dan kedua-duanya hanya boleh digunakan apabila didahului dengan satu frasa/ayat comparison yang lain.)

  8. Emphbone says:

    bak kata kawan aku kalau aku berfikir untuk kahwin lambat:

    “cuba kau fikirkan nasib bakal anak kau nanti, kau dah pencen dia baru nak masuk universiti, dia dah keje, kau dah mampos!”

    wakakakkaka..

  9. Arcane says:

    Kulum zakar?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes