February 6, 2008 11

Perangai Rempit.

By in Pemerhatian

Aku rasa ramai antara kamu yang kenal Mat Rempit. Secara rupa luaran, memang agak mudah mengenali golongan yang terkenal dengan rambut berminyak yang disikat kebelakang yang pastinya mempunyai ekor agar memudahkan pemanduan motorsikal ketika berhelmet. Ekor aerodinamik pacuan dua lejang.

Juga pastinya kamu semua kenal perangai Mat Rempit yang pada umumnya menjengkelkan, suka berkelompok (ketika makan, berlumba dan seks), terlalu inginkan perhatian dan cara pertuturan berlagu-lagu dengan suara yang dibuat sengau. Contohnya seperti frasa ‘Ek Eleh’ (atau mungkin dieja E’ Eleh, di mana ‘ boleh disamakan dengan huruf jawi ain) yang biasanya akan disebut meleret-leret seperti ‘Ekkk Eleeeeeeeeeeehhhh……….’.

Kiranya Mat Rempit (yang aku pasti mempunyai tanggungjawab sosialnya di dalam masyarakat negara kita. Mungkin) amat sinonim dengan kehidupan seharian kita, terutamanya perangai mereka yang secara umum boleh dikategorikan sebagai ‘kurang menyenangkan’.

(“Untitled 5 – Alafoss” dendangan Sigur Ros sedang berkumandang dalam iTunes aku.)

Jadi tidak hairanlah jika ada di kalangan Mat Rempit yang mungkin maju sedikit jika dibandingkan dengan peer group mereka telah mengambil keputusan untuk, sekurang-kurangnya, bermakeover.

Dan secara peribadi aku telah perhatikan dua taktik makeover yang boleh kita perhatikan jika kita berjalan-jalan di Kuala Lumpur.

1. Ravepit (terima kasih kepada pembaca bernama ‘Aha Shake’. Peminat Kings Of Leon mungkin.)
Seperti ramai pembaca ATP tahu, istilah Ravepit muncul dari Kotak Fitnah Dan Dengki di laman web ini sendiri. Secara mudahnya ia amalgamasi (wujud ke perkataan ini?) dua perkataan iaitu ‘raver’ dan ‘rempit’.

Secara jujurnya, aku sudah perasan golongan ini sejak lama dahulu, cuma mungkin aku biarkan golongan ini sebab mungkin mereka ikhlas untuk berubah ke jalan yang tak lurus kepada jalan yang lebih lurus (walaupun masih bengkok).

Fesyen mungkin berubah sedikit, dan mungkin citarasa muzik mereka berbeza dan menjulur kepada Paul Van Dyk atau Armin Van Buuren atau Marco Van Basten (walaupun secara tersembunyi masih melayan Zamani dan XPDC. Borak pasal XPDC, Mael kembali beb! C.I.N.T.A!!)

Aku rasa kesedaran diri dan keinginan untuk menaikkan taraf sosial sendiri (dan mungkin untuk menimba lebih ramai awek dari kolam yang lebih besar penuh dengan mereka yang berpakaian lebih ketat, senteng dan berlubang sambil dipengaruhi dadah sintetik) membuatkan ramai juga Mat Rempit berevolusi menjadi Ravepit.

Tapi perangai kena ubah, beb.

2. Rempit Hipster.
Aku jumpa seorang tadi di Pavilion. Dan mungkin dengan kawan-kawannya, aku tidak perasan.

Turun eskalator tetapi terkangkang dengan kaki ternaik di atas tempat letak tangan eskalator. (Maaf aku tidak tahu istilah yang sebenar) Berpakaian macam hipster, lengkap bertopi dan berbeg plastik Topshop. Mata bertemu mata (macam ketika Ajai bertemu Nurul), dia usha aku, lepas itu cakap sendiri kuat-kuat.

Macam hipster, tapi Rempit.

Aku pasti semuanya sebab hendakkan si Juliana Evans.

Tak mengapa, tapi perangai kena ubah, beb.

Popularity: 3% [?]

11 Responses to “Perangai Rempit.”

  1. yaya says:

    “Turun eskalator tetapi terkangkang dengan kaki ternaik di atas tempat letak tangan eskalator”

    hoh?

    ada orang cenggini rupanya.
    tak senonoh.

  2. Jannah says:

    Dude,

    Hari tu jalan2 BB, pastu depan Maybank nampak segerombolan remaja2 tengah shuffling. Pastu radio mereka dah mati bateri kut, but they kept on dancing. Ni kategori manakah?

    Liyana Jasmay lagi cute okay :P

  3. Perempuan Jomblo says:

    baru balik dari Pavillion jugak. kecewa sebab mana mana ada rempit.

    jalan jalan sambil cakap sendiri sekuat hati macam kau cerita tu.

    sambil hidu gam

    DI KHALAYAK RAMAI.

    macam ba.

  4. Aha Shake says:

    aku terharu(lebih dari mama jawa)..harap ada sesiapa yang akan wiki mengenai istilah ini dan meng-creditkan aku dan blog ATP..ATP..kenapa familiar eh, owh..All Tomorrow’s Parties..sebuah novel sci-fi dan festival music yang aku tak akan dapat pergi. :(

  5. Beautiful^Devil says:

    setuju dgn sume2 pendapat di atas… dh la busuk… isk… bau tancho kuat.. pastu berlagak handsome.. john, abbas and arafat lagi sejuta kali ensem dr derang… kan2? i luv u ATP… isk… sgt suke…

    Liyana Jasmay mmg sgt cute… huhu…

  6. tarantular says:

    hakahakah tancho akahakha…serious shit busuk gila bila berpeluh. Anyway, rempit ni aku rasa nak ubahkan mmg la terlalu rumit. Perhaps, sampai bila2 pn ada

    Shuffle tu kalau gempak tu, aku bole la terima walaupn kulit tk putih mcm americans, tp kalau takat hangguk2 pehtu movement sama je, shuffle apa jadahnya ! Baik shuffle je kad2 gambar kapal terbang yg slalu main time skolah tu….

    Takat perangai bangang tu tkpe lagi, tapi bila dh sampai tahap sekarang, di mana dh berani rogol pompuan ramai2 dlm semak , merompak semua…aku rasa dah sampai masanya golongan di diperangi habis-habisan.

    As usual, org kita akan hanya tersedar bila keadaan dah jadi bertambah buruk. Maka sebab itu la kita tak nampak apa2 tindakan drastik ke atas golongan mcm ni.

  7. Anonymous says:

    Khairy Jamaludin punya budak tu…haha.oleh yang demikian, hipster memang memainkan peranan yang besar .

  8. 47 says:

    “‘Ek Eleh’ (atau mungkin dieja E’ Eleh, di mana ‘ boleh disamakan dengan huruf jawi ain)”

    Aku memang dah tahu yang pemerhatian MM selalunya ‘sharp’.

    Tapi aku tak sangka yang kejituannya sampai ke tahap mikroskopik haha…sampai syllable ‘E’ pun yang disebut mat rempit pun dianalisa.

    Mungkin sebab background MM kot yang asyik bergelumang dengan ‘subatomic particles’.

    oui?

    p/s: Aku meluat dengan bunyi Ek Eleh…mual.

  9. Cik Kiah says:

    BB & Pavilion.

    kenapa aku tiba tiba rindukan nasi ayam chee meng.

    ya, tidak relevan.
    aku tahu.

    lapar.

    tetapi benar, rempit hipster sudah makin ramai membanjiri kawasan sana.

    menakutkan.

  10. miethology says:

    evolusi kot…penaiktarafan ekonomi..mungkin sebab mereka menjadi semakin glam…

  11. Dayana says:

    Liyana Jasmay jauh lebih cute dari Juliana Evans. Gotto lurve the real gadis melayu.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes