Aku mengaku, aku suka Paris Hilton. Walaupun aku tidak berapa gemar perempuan Mat Salleh, dan aku tidak pernah bersama perempuan Mat Salleh (atas keputusan sendiri, bukan sebab situasi, ok?) tetapi there’s something about Paris…
Jadi, di sini aku ingin senaraikan 10 Sebab Mengapa Aku Suka Paris Hilton.
1. Fizikalnya Memenuhi Kriteria Citarasa Aku.
Kurus dan tinggi, kulit yang (mungkin) halus dan lembut untuk disentuh. Dan buah dada yang sesuai dengan bentuk badan. Tapi aku tak pasti tentang bau badan. Aku amat sensitif dengan bau badan. Walau se-hot mana pun perempuan itu, kalau bau badannya ‘salah’, memang potong. Aku tak tahu bagaimana untuk menjelaskan bau yang ‘salah’, tapi aku tahu bau yang ‘betul’ itu bagaimana. Bau asli, tidak dicampur minyak wangi, tak kisahlah sama ada bau badan selepas mandi ataupun ketika berpeluh.
Tanya teman lelaki kamu. Kalau dia kata ‘tak tahu’, dia menipu. Ataupun hidung dia tak normal.
2. Bijak Pandai.
Segala aksi kebodohannya yang kita lihat di ‘The Simple Life’, itu hanya lakonan semata-mata. Aku tahu dia sebenarnya pandai, sekurang-kurang pandai memanipulasi media untuk kepentingan sendiri, dan tentunya pandai menjual diri dan imej diri sebagai imej, sebagai branding. Lihat sajalah endorsement yang dia lakukan untuk minyak wanginya dan koleksi kasutnya. Tak cerita pasal ‘video-video ekslusif’ lagi…
3. Kaya.
Bukan sahaja kaya akibat empayar hotel bapanya, tetapi kaya dengan perniagaan sendiri. Dari konteks ini aku rasa dia pandai menggunakan perhatian media terhadapnya untuk menjayakan perniagaannya sendiri. Dan produk yang dijualnya? Diri sendiri. Pure genius. Dan aku suka hakikat yang dia tidak saja bergantung pada harta serta wang dari bapanya, tetapi sebaliknya menggunakan harta yang sedia ada sebagai batu loncatan untuk mencari lebih banyak wang dengan usaha sendiri. Bagus. Tidak macam anak orang kaya kebanyakan orang Melayu di sini.
4. Berbakat.
Aku mengaku, aku suka single pertamanya, ‘Stars Are Blind‘. Siapa kata tak suka memang menipu. Elemen-elemen dub reggae dan pop memang sesuai. Tapi single-single selepas itu tidak se-catchy yang pertama. Tak mengapa. Itu baru bakat menyanyi, tak masuk bakat mengulum zakar lagi. Ish ish ish.
5. Suara.
Suara kecil dan nyaring, seksi lagi menawan. Aku mungkin tidak betapa suka suara squeaky secara normal, tapi aku rasa suara perbualannya memang bersesuaian dengan imejnya. Perfect.
6. Bergaya.
Aku tak pernah lihat Paris Hilton disenaraikan dalam mana senarai-senarai fashion faux pas di Internet. Sebab dia memang bergaya dan pandai bergaya. Tak macam Nicole Ritchie, suka sangat pakai baju macam guni.
7. Erm…
Tak cukup 10, tapi aku rasa 6 sudah mencukupi. 6 sebab yang cukup untuk menjadikan dia wanita idaman aku. Sekian, terima kasih.
Popularity: 2% [?]

Aku suka siot blog kau nih…
Rasa cam jumpa kembar aku kat online..
Aku pernah tulis pasal Paris Hilton gak dulu..
Dang kau pulak ngaku ni posting pertama dalam bahasa Melayu.
Apa-apa pun aku akan datang balik sini..
I’ve been watching Paris Hilton’s BFF. Where do they get hold of these people? They are from another planet!