March 11, 2008 0

Siapa Yang Nak Kemas?

By in Pendapat

Pilihanraya umum telah pun tamat. Rakyat telah pun bersuara. Era baru akan bermula untuk Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Sekarang siapa yang nak kemas sampah-sampah kempen depan rumah aku? Buat semak sahaja. Boleh hilang deposit pencalonan tau!

Awal tengahari tadi aku telah ke Sunway Pyramid untuk hal-hal kerja. Blok baru kompleks ini memang tersergam indah, penuh dengan rangkaian francais-francais kapitalis Barat yang menjual barangan murah yang dijual terlalu mahal. Ketika itu aku sedang berjalan dengan rakan sekerja aku, yang merupakan orang Subang.

Kalau ikutkan pemerhatian aku tengahari tadi, Sunway Pyramid penuh dengan orang-orang bosan yang tiada gaya. Perempuan tidak bermekap, berbaju besar dengan seluar pendek selekeh. Lelaki berbaju Cheetah dengan seluar Levi’s tiruan dan berkacamata budget.

Aku – “Waah. This place is nice. But it’s filled with ‘Subang’ people.”
Rakan – “Eeeeeh! All this people from PJ ok?”

Jadi aku terfikir. Kalau diikutkan ranking, orang dari bahagian mana di Selangor yang paling bergaya dan yang paling kurang bergaya?

Yang aku tahu Shah Alam ialah kawasan fashion disaster. Tempat di mana mengusha orang merupakan aktiviti awam yang masih boleh diterima orang ramai. Juga seluar jeans boot cut.

Subang pula penuh dengan pelajar-pelajar kolej yang berhijrah dari kampung-kampung di Johor. Yang berfesyen menurut fesyen kampung-kampung Johor.

Sebab itu aku tinggal di Damansara. Cerita Lain.

Popularity: 1% [?]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes