(Panjang kan kaki mereka? Ataupun mungkin seluar mereka terlalu pendek.)
Semalam aku telah menonton DVD bertajuk ‘Wild Hogs’, yang merupakan kisah komedi tentang 4 orang lelaki yang sedang melalui krisis umur pertengahan. Mereka berempat mempunyai hobi bermotorsikal, dan untuk menangani masalah-masalah mereka, mereka telah
pergi menunggang motorsikal ke Los Angeles (road trip-lah kiranya) dan dalam perjalanan mereka banyak kisah-kisah agak lucu berlaku.
Seingat aku, aku telah tiga kali membuat road trip.
Road Trip #1
Aku dan beberapa orang rakan sekolej aku telah menyewa sebuah MPV, dan dengan nekad telah memandu ke bandaraya Osaka, Jepun yang jauhnya lebihkurang 700km dari tempat aku tinggal untuk menonton tiga kugiran yang aku minati ketika itu iaitu Hellchild, Corrupted dan Discordance Axis.
Akibatnya aku jatuh cinta.
Road Trip #2
Akibat tekanan kerja aku telah ponteng kerja, masukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg dan dengan nekad menuju ke Puduraya dan dengan secara rawak telah membeli tiket bas. Lebihkurang 5 jam kemudian aku berakhir di Pulau Pinang, berjumpa dengan ramai orang-orang lebih malang, tidak berumah yang berkeliaran dan mengemis di sekitar Komtar dan diajak berbual dengan orang-orang baik hati yang aku tidak kenali.
Akibatnya aku sedar betapa bertuahnya aku dan masih ramai manusia di luar sana yang masih baik hati walaupun tidak saling mengenali.
Road Trip #3
Akibat tekanan rumahtangga aku telah memandu kereta nasional bodoh aku ke arah Kuantan, tiba di Kuantan dalam keadaan hujan lebat dan akhirnya bermalam di Kuala Terengganu. Keesokan harinya aku telah makan banyak keropok lekor dan menikmati keindahan pantai kegemaran aku (di tanah Semenanjung) iaitu Pantai Merang.
Akibatnya kipas compressor aku cair. Ya, CAIR. Bodoh punya kereta.
Pengajaran semua road trip aku—jangan beli kereta nasional.
Popularity: 2% [?]

Macam tu pun kira panjang ke?
kira rendah gak ar standard ko nih.
ok, no prob.
gua pon minat road trip bro..tapi x senekad lu ar dlm roadtrip #2.gua pernah ke tioman 4hari 3mlm,berbekalkan tambang boat je.3 mlm tido tepi pntai bwh pokok kelape.
bestnye kalo i pun blh buat roadtrip x terancang…
mahu mahu~…