Aku Dan Mimpi (Orang Lain).

Posted on Wednesday, March 26th, 2008 at 10:22



Aku tak ingat sebenarnya bila kali pertama aku berjumpa Arif, dan bagaimana kita berkenalan. Mungkin aku terjumpa dia di Persidangan Dunia Serantau di Hanoi tahun 1999 dahulu, mungkin tidak.

Kali terakhir aku terserempak dengan dia ketika parti cupcake kecil-kecilan tempoh hari, walaupun ketika itu kami tidak sempat berbual, akibat dedikasinya kepada Mai Neraka. (Aku tak ingat sebenarnya bila dia menukar nama kepada nama Kristian)

Walaupun begitu, Arif, walaupun selalunya tersipu-sipu malu dan senyap ketika berjumpa, amat menonjol di dalam ingatan aku.

Kerana Arif telah memberitahukan aku, yang dia telah bermimpi tentang aku.

Sebanyak dua kali. (Yang diberitahu sahaja, tidak termasuk kes-kes yang tiada laporan).

Sekali itu, katanya, aku memasak di dalam mimpinya. Sekarang aku nak tanya—aku masak apa dalam mimpi kau?

Selain dari Arif, ramai lagi kawan-kawan aku yang sering memberi mesej dalam Internet mahupun dengan SMS bahawa aku telah muncul dalam mimpi mereka. Dari mimpi-mimpi indah yang mengghairahkan (untuk wanita) hingga ke mimpi menakutkan yang biasanya melibatkan aku menjerit entah apa-apa terus ke muka mereka ala-ala watak lelaki tua bermulut besar di dalam video muzik ‘Come To Daddy’ dendangan Aphex Twin.

Mengapa ya?

Popularity: 1% [?]

Responses (8)

  1. Jannah says:

    Yeah, sudah bisa tinggalkan komen semula. Or is this a Blogger error?

    Mimpi permainan perasaan?

    Or our subconscious telling us things we’ve put aside in real life, denials and what not.

    Do you have recurring dreams? Like mimpi sama tapi ada additional things innit? Like new characters and such?

    P/s Happy Moments. Merangkap teknik mendapat top ten sebelum 8 April. Melawat blog rakan2 dan meraih undi :)

  2. Sue Anna Joe says:

    Baru-baru ni, Anna mimpi dipotong rambut oleh Winona Ryder. Tapi dalam mimpi tu, matanya berwarna biru.

    I’ve had a couple of dreams about this one particular blogger. Mungkin 2-3 times. And masa tu memang kerap membaca blognya. So when I didn’t read the blog for a while, didn’t have those dreams anymore. Probably it’s just because, when you read something, it usually makes you think, and it kinds seeps into your head.

    Mimpi-mimpi ghairah tu kemungkinan besar di rangsang oleh gambar kaki anda yg diapit oleh kaki gadis-gadis bermacam rupa. Besides, you know what they say about men and their feet. So I guess, shots of your feet, makes ones imagination run wild?

  3. Pegang Cahaya says:

    dia rindu kamu kot..
    berdasarkan blog kamu mungkin itu satu jalan cerita yang mampu dikaitkan dengan mimpi..

  4. Senandung K says:

    haha. sumpah. i dreamt about u lastnight. but u were waaaay taller. u, me and some other tall guys were walking to a concert on some planet mana tah. maybe those other guys are bloggers too. maybe not.

  5. magenta says:

    weird. mmg i did dream abt you last week. in my dream you did smtg. i told 47 abt the dream the next day. 2 days later, you did what i dreamed you would do. 47 cakap i should contact dr. mohinder. mgkn ada hidden superpower.

  6. Melayu Minimalis says:

    sekarang kamu tahu apa ‘power’ aku.

    invading people’s dreams…

  7. 47 says:

    magenta, i din say you should contact dr. mohinder.

    i said, i would contact mr. bennet ;)

    anyway, hope things are going well for you melayu minimalis.

  8. magenta says:

    oh yeah. tu lah 47, i was too impressed with my own ‘superpower’ to remember your exact words at the time.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes