March 26, 2008 4

Aku Tak Kebal.

By in Pemerhatian

Pagi tadi, ketika aku sedang duduk menunggu di kedai mamak sebelum pergi kerja seperti biasa, brader pemandu kereta (drebar, bukan race car driver) yang selalu duduk lepak dengan aku ketika dia standby menunggu majikannya telah datang duduk bersama aku. Brader ini memang epitomi Melayu, dengan rambut kerinting halus bermullet, baju polo, hidung pesek tapi agak petah berbahasa Inggeris.

Sedang kita berdua sibuk melayan diri datang seorang lelaki dari Seberang, sibuk menjaja himpunan cincin berbatu geliga yang ingin dijualnya. Aku memang tidak minat, tetapi brader drebar ini memang berminat sungguh, jadi aku pun layan saja lah.

Batu geliga mata harimau-lah, batu petir-lah, batu kayu entah apa-apa, yang semuanya mempunyai ‘kuasa’nya tersendiri untuk si pemakai. Aku tak tahu sama ada brader drebar tadi akhirnya membeli apa-apa cincin ataupun tidak sebab aku terpaksa pergi kerja, tapi aku terfikir mengapa tarikan benda-benda ‘mistik’ ini wujud dalam budaya Melayu.

(‘Conscious Life For Coma Boy‘ dari Aereogramme sedang berkumandang dalam iTunes aku.)

Aku teringat sebentar kisah pawang terhandal India yang cuba ‘menyumpah’ sampai mati seorang rasionalis terkenal secara langsung di tv, dan gagal segagal-gagalnya. Macam-macam jampi sumpah seranah di keluarkan, tetapi yang kononnya si ‘mangsa’ hanya mampu tertawa. Kuasa kepercayaan seseorang itu memang kuat.

Kalau percaya hantu, hantu akan ‘menjelmakan’ diri.

Kalau percaya kena santau, badan secara automatik akan jatuh sakit.

Kalau percaya kebal, badan tak akan sakit.

Kalau percayakan diri sendiri, semua boleh jadi.

Semuanya mind over matter. Bukan?

Popularity: 2% [?]

4 Responses to “Aku Tak Kebal.”

  1. broken_nigina says:

    setuju.
    kuasa minda.

  2. Pegang Cahaya says:

    ya mengikut kenyataan memang benar ..
    tetapi ada certain part kita tak boleh sanggah..

    =)

  3. Anonymous says:

    kuasa allah harus di perhalusinya….
    kau memang tak percaya…tapi allah percaya akan kejadian..sebab dia maha mengetahuinya..
    kalau mengikut sunah nabi .. ada nabi pakai cincin kedua blah tangan nya iaitu jari manis…
    salah 1 kepercayaan kamu adalah tak percaya akan semua itu…
    sebagai contoh…. kamu sakit..jumpa doktor , doktor bagi ubat…so atas kepercayaan mana kah yang kamu pilih… doktor atau ubat…..jawapan kamu tahu…kan.siapa dia…??? bergitu juga dengan batu batu ini atau keris atau kaqam atau jin atau syaitan….semua yg terjadi atas kehendaknya…saya ader batu malam bersinar…ader di tangan saya… so kegunaannya saya pakai untuk perhiasan diri semata mata… dan kepercayaan batu tersebut saya serah pada allah taala yg menentukan…sama ada berkuasa atau tidak wallahualam…allah maha mengetahuinya.

  4. Anonymous says:

    Aku Tak Peduli. Kamu Pedulikah? Tapi awas, komen bodoh hanya akan membuatkan anda kelihatan bodoh, jadi komenlah dengan bijaksana.

    org yang tak percaya akan kejadiaan nya adalah org yg bodoh,,,…setiap manusia yg di hudupkan pasti mendapat tarikh kematiannya..bergitu juga ngan kau…. sekiranya kau mati ari ini…dan dalam masa 10 thn kebelakangan ..kamu sembahyang mintak ampum pada tuhan…dan di panjang umur…maka dengan usaha kamu , allah taala akan panjangkan umur kamu….adakah kamu tahu bila kamu mati…44 hari adalah tanpa kematian … adakan dalam masa itu kamu perasan akan diri kamu akan pergi…cuba buka minda kamu semua .. fikir fikirkan lah akan kejadian ini… dalam al-quran dah nyata kita di jadikan dari setitis air…iaitu air mani.dan di kembalikan ke tanah apabila sampai ajal..kenapa nabi adam di turun kan ke bumi oleh allah taala..?adakah nabi musa dari keturunan yahudi..boleh kah perempuan jadi iman.?fikir fikirkan lah…. kita di jadikan sebagai kahlifah di bumi ini … iaitu lebih power dari binatang-jin-syaitan dan yg mulia di muka bumi ini…sebab kita adalah keturunan adam,,yang di lahirkan di syurga,,
    jng naj komdeng org jer bro… ” kamu tak akan dapat menilaikan diri sendiri, malahan org yang akan menilaikannya…”fikirkan lah.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes