April 7, 2008 14

Sindrom ‘Diakui Malaysia’.

By in Pemerhatian

Kisah si Sufiah (TSDTK) baru-baru ini mengingatkan aku tentang satu perkara yang aku patut tulis lama dahulu. Aku perasan (dan aku pasti kamu juga) kita di Malaysia ini kadang-kadang macam tidak cukup rakyat bermastautin. Lagi-lagi rakyat-rakyat bermastautin yang kononnya ‘terkenal’ di mata dunia, tak kisahlah, atas sebab yang betul atau salah. Jadi kita memang seronok jika ada artis atau pengganas yang ada ‘kaitan’ dengan Malaysia, tak kisahlah, walaupun dia bukan orang Malaysia, atau di memang sudah lama tinggalkan Malaysia. Janji ada Malaysia.

Jadi di sini aku ingin senaraikan (seingat aku) mereka yang tergolong di dalam golongan ‘Diakui Malaysia’.

Bukan orang Malaysia tapi diakui orang Malaysia.
1. Betty Boo
Dahulunya terkenal di United Kingdom dengan lagu hitnya “Doin’ The Do”. Kecoh satu Malaysia dahulu bila orang dapat tahu bapanya (?) merupakan orang dari suku kaum Dusun. Selalu muncul dengan imej berperut kempis.

2. Guy Sebastian
Pemenang rancangan ‘Australian Idol’ ini menyusahkan hati aku disebabkan rambut afronya yang besar dan kekerapannya muncul dengan lip gloss dan perut separa buncit. Geli.

3. Che’Nelle
Dilahirkan di Kota Kinabalu dan kemudiannya berhijrah ke Australia, gadis separuh Cina ini menggelikan aku sebab suka memakai pakaian yang menampakkan perutnya yang buncit.

Orang Malaysia Tetapi Mungkin Tak Bayar Cukai Malaysia.
1. Datuk Jimmy Choo
Kalau kamu peminat ‘Sex In The City’ kamu mungkin tahu selain dari kasut Manolo Blahnik, watak Samantha juga suka kasut Jimmy Choo. Ya, aku ramai kawan perempuan jadi aku agak arif tentang siri ini. Kata orang, aku sebenarnya serupa dengan watak ‘Mr. Big’. Mungkin. Mula berjaya setelah membawa diri ke London.

2. Datuk Michelle Yeoh
Aku rasa dia mungkin bayar cukai di Malaysia, tapi tengoklah dia, satu Malaysia tak suka dia dahulu, nasib baik si Jackie Chan suka kat dia. Mula berjaya setelah membawa diri ke Hongkong.

3. Angelica Lee
Pelakon yang mula mengukir nama dengan filem ‘The Eye’ ini tidak diendahkan langsung ketika aktif di Malaysia. Mula berjaya setelah membawa diri ke Taiwan.

Orang Malaysia Tetapi Mungkin Tidak Diakui Orang Malaysia.
1. Taufik Abdul Halim @ Dany
Pengebom malang yang kehilangan kaki ketika cuba mengebom pusat membeli-belah di Jakarta dan dikatakan terlibat didalam pengeboman Bali. Dihukum gantung sampai mati di mahkamah Indonesia. Sebenarnya, kalau kamu nak tahu, kami rakan sekelas dari Darjah 1 hingga 6. (Kisah Benar) Pure irony.

2. Sarah Marbeck
Model yang dahulunya terkenal seketika di Malaysia sebagai model seiras Cindy Crawford. (Mungkin). Kemudian popular lagi untuk 15 minit ketika mengaku menjalankan hubungan dengan David Beckham selama dua tahun. Agak-agaknya berapa juta dia dapat untuk 15 minit tersebut, ya?

3. Karamjit Singh
Mungkin bukan tidak diakui orang Malaysia, tetapi agak malang jika kita lihat bekas Juara Rali Sedunia ini bersara begitu sahaja kerana tiada tajaan, walaupun di dalam arena Rali untuk production cars, dia memang Raja. Mungkin dia tidak secantik Nicole David.

Malaysia boleh!

Popularity: 2% [?]

14 Responses to “Sindrom ‘Diakui Malaysia’.”

  1. manusia ganjil ikan yu says:

    Lupa sorang lagi.

    Dr Bombay. Calcutta

  2. broken_nigina says:

    2.guy sebastian
    ada rasa yang sama pada dia.
    geli.

  3. heartbeat says:

    oh malaysia!

  4. BELIA_SONIK says:

    jangan lupa Billy Tan, pelukis comic X-men .. http://www.billytanart.com/

  5. Fendy says:

    aku rasa Karamjit Singh lagi hebat dari Alex Yong. tetapi beliau tidak dapat tajaan. memang tidak adli

  6. Melayu Minimalis says:

    oh ya! Billy Tan!
    How could I have forgotten him.

    Dia memang world.

  7. Dela says:

    juga shayna zaid?

  8. Fiza says:

    It took me a while to remember who Sarah Marbeck is. Memang classic case of 15 minutes of fame.

  9. King says:

    setelah sekian lama aku menunggu, kini MM kembali mengeluarkan penulisan yang berinformasi…

    macam dulu2…

    (aku sudah ada alasan)

  10. 47 says:

    Malaysia memang macam ini.

    Haih..

  11. you and whose army says:

    vijay singh bukan ada kena mengena gak ka dulu? x sure

  12. buih says:

    who the hell is Mr Big ah?i get that alot too..

    they dont really expect me to watch it to find out..or do they?

  13. mamafiza says:

    Dear Sir MM,

    Wish you were in the pink of health *cheerio*

    Congratulation for your superb writings. Truly valuable! One of your silent readers for almost a year ^_-

    Me: sokong No. 3; Sir Karamjit Singh. Sangat kasihan buat beliau. Extremely talented!

    Always told my lil son (passionate in car racing, love watching “Top Gear” with Papa & Mama) “Poor this marvelous uncle, no one ever try to help him. Let us pray for him lil boy”

    May Allah swt blessed your precious life.

    Have a pleasant day Sir!

    Yours truly,
    mamafiza
    http://www.littlekittle.com

  14. Melayu Minimalis says:

    dela-
    shayna zaid is ‘not there’ yet, but if she gets any bigger where she is based, then i guess all Malaysians are gonna love her…

    you and whose army-
    ya ya, vijay singh pun dulu ada kena mengena, sorry tak ingat :)

    mamafiza-
    thanks for finally leaving a comment! looking forward to more…

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes