Perkara-Perkara Menarik Yang Berlaku Setelah Munculnya Blog Ini.

Posted on Monday, April 14th, 2008 at 07:22

Ya, ya, aku tahu aku memang kurang menulis semenjak dua menjak ini. Memang sengaja. Seperti yang aku telah katakan beberapa kali di sini, aku sudah tiada perkara menarik untuk ditulis. Jadi, daripada memaksa diri menulis nukilan yang sub-par, aku telah membeli kamera (dua kali, ok?) dan sebaliknya menyerahkan pemerhatian aku kepada pemerhatian bergambar, tentang perkara-perkara yang aku lihat dengan mata sendiri yang kamu sendiri pun boleh lihat bersama. (Walaupun sebenarnya banyak lagi perkara yang aku lihat, tetapi di atas sebab-sebab yang mungkin melibatkan masalah undang-undang dan maruah orang, aku tidak siarkan di sini. Cerita Lain.)

Pejam celik pejam celik, sudah lama juga aku mengeblog. Dari nukilan-nukilan awal yang berunsur sensasi murahan (fikirkannya sebagai Harian Metro atau Mangga versi Minimalis) yang selalunya melibatkan kata-kata seperti ‘buah dada’, ‘bogel’ dan ‘bikini Melayu’ untuk memancing pembaca, hinggakan ke perubahan sekarang yang lebih berunsur laporan bergambar. Itu pun ramai yang kata aku fetish dengan kaki. Jangan lupa pula penulis-penulis blog lain yang berhasad dengki, yang selalu meninggalkan komen-komen ataupun nukilan di blog sendiri yang berunsur provokasi yang biasanya tidak dipedulikan aku, sebab semua orang tahu aku ni berdarah sejuk.

Ah.

Tapi banyak juga perkara-perkara menarik yang berlaku kepada aku semenjak aku mulakan blog ini. Ada yang agak bodoh, tetapi ada juga yang boleh dikatakan mengujakan. Antaranya—

1. Ramai orang menghantar mesej untuk mencadangkan perkara-perkara yang patut aku tulis. Yang terbaru ialah tentang kisah seorang anak kerabat yang sanggup menubuhkan kumpulan Facebook semata-mata untuk mengumpul ‘perempuan-perempuan’nya. Nak ikutkan aku pun dua kali lima juga, cuma aku letak gambar kaki mereka sahaja, dan nama aku bukan Pablo.

2. Cakap pasal gambar kaki, sekarang sudah makin ramai orang yang meminta aku mengambil gambar kaki mereka untuk diletakkan di sini. Seperti yang aku katakan, jika aku suka kamu, dan kaki kamu tidak berkurap dan bernanah, sudah tentu aku sudi. Selak kain tinggi sikit, ya?

3. Orang cam aku dari kasut yang aku pakai. Sekurang-kurangnya sudah 3 kali berlaku. Termasuklah cerita di mana aku berada di dalam lif dengan seorang perempuan (yang dikatakan amat ayu) yang telah cam aku dari kasut putih aku (kalau kamu nak tahu, ianya kasut Converse All-Star Hi Leather Ox. Sila eksploitkan pengetahuan ini.), tetapi malangnya dia tidak menegur aku. Cerita yang didengar dari kawan, jadi aku tak pasti sama ada benar atau tidak. Cuma ada satu cara untuk mengesahkan kesahihannya.

Kamu, lain kali tegur aku ok?

4. Aku menjadi stereotaip. Mungkin stereotaip aku lebih nilai komersil dari AKAB yang lebih menjurus kepada jenis bohemian puisi Guinness berkulit hitam manis. Tetapi kalau aku lihatkan pautan-pautan ke blog ini, biasanya pautan itu mengstereotaipkan aku sebagai sama ada Melayu moden yang minum arak dan suka ambil gambar ataupun Melayu kampung yang minum arak dan suka ambil gambar. Pick your choice, kids.

5. Kawan-kawan aku lebih kerap menyuruh aku menterjemahkan dokumen berbahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. (Ya, Malaysia, bukan Bahasa Melayu.)

6. Kawan-kawan aku panggil aku MM. Mungkin mereka ingat aku Amir Hafizi.

Tetapi, secara jujur, ada beberapa perkara yang aku inginkan dari blog ini. Endorsement barangan, contohnya. Ini mungkin akan berlaku tidak lama lagi, jika nasib aku baik. Macam-macam barangan aku boleh endorse, walaupun pilihan yang mungkin paling ketara adalah kasut putih dan kamera.

Lagi-lagi compact camera.

Aku tak perlu menang tender kerajaan untuk projek blog RM2 juta atau sebagainya. Kita biarkan benda-benda sebegitu kepada orang lain. Aku kapitalis, jadi syarikat-syarikat swasta serta badan-badan bebas sekalian (terutamanya yang tinggi 5′ 5″ keatas dan bertubuh langsing), sila tinggalkan alamat e-mel di Kotak Fitnah di tepi sana, terima kasih.

Popularity: 2% [?]

Responses (4)

  1. DzULhAFiZi says:

    cool blog…

    sempoi seh

  2. SaraH San says:

    :)

  3. Jannah says:

    Kakiku Untukmumu

    Jannah from Penang with love :P

  4. Jannah says:

    Okay kelihatan bodoh. Typo double MUMU :)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes