April 16, 2008 16

Malaysia Boleh 2.

By in Pemerhatian

Aku sebenarnya ingin menulis perihal Kokokaina dari dahulu lagi, cuma tidak kesempatan. Kalau kamu tak tahu, dia seorang penulis lagu dan pemain gitar berbakat yang mula popular di Youtube. (Maaf, aku tidak boleh meletak klip videonya di sini…) Dan dia bukan macam Che’nelle atau Guy Sebastian, yang dilahirkan di sini tetapi berpindah ke luar negeri ketika masih kecil. Dia ini masih tinggal di Kelana Jaya, masih orang Malaysia, tiap-tiap hari makan nasi dengan sambal tumis sampai sekarang.

Jadi, bermula dengan rakaman kasar yang dibuat di komputer, dia perlahan-lahan meletakkan rakaman lagunya kat Youtube. Dan aku rasa pihak Youtube pun perasan bakatnya sampai mereka letakkan klip videonya di muka depan youtube.com.

Akibatnya beratus-ratus ribu orang menonton klip video tersebut. Termasuklah si penyanyi Jack Johnson. Dan dia punya suka dengan bakat Kokokaina, dia telah mengajaknya ke Amerika.

Bukan untuk melancong, tetapi untuk mengajak Kokokaina merakam sepuluh lagu dengan bandnya. Dan untuk mengajak Kokokaina (banyak betul aku tulis Kokokaina) untuk merakam dan mengeluarkan album di bawah syarikat rakamannya. Tahniah Kokokaina!

Jadi apa pengajarannya di sini?

Lupakan Akademi Fantasia. Lupakan M Nasir. Lupakan fokus pada pasaran tempatan sahaja. Luangkan lebih banyak masa di Internet. Jika kamu benar-benar berbakat, pasti akan ada orang yang perasan. Kalau tak percaya tanya si Lily Allen, atau Marié Digby, atau OK Go, atau Tila Tequila. Kalau tak pandai Bahasa Inggeris cari si Kokokaina dan tanya dia dalam Bahasa Malaysia.

Good luck, Kokokaina!

Popularity: 2% [?]

16 Responses to “Malaysia Boleh 2.”

  1. buih says:

    Wah! Kokoaina best..Jack Johnson pun best…

    bestnye die.

  2. Sasha says:

    Aku ada tengok show dia kat the attic few weeks ago…ingatkan MM akan pergi…memang sedap suara dia..especially live. time tu dengar pasal show dia last minute,tak sempat nak bagitau ramai orang…lain kali cuba sound MM awal sikit…

  3. ami___ says:

    sorry i didn’t go sasha :/

  4. Bigcityb says:

    how do i contact you? :=)

  5. ledisordre says:

    kokokaina talented gila. thanks mate.

    er, kat mana nak sahkan pasal jack johnson nk bwk kokokaina gi record kt us?

  6. Sasha says:

    Baca kat R.AGE ataupun jumpa dia sendiri…

  7. zureen says:

    jack fucking johnson? weyh. this is BIG.

    like,super big.

    aku x suka che’nelle. (dunno y i have to mention it here tho)

  8. you and whose army says:

    agree. great talent.
    teringat billie holiday+kay starr bile dengar suara beliau.
    all the best for her

  9. Julia ♫°♪ says:

    kokokaina ? hmm tak pernah tau pasal dia.. thankyou for sharing !!!

  10. Melayu Minimalis says:

    julia-
    sama-sama!

  11. Maryam Samirah says:

    Jom pergi tgk KokoKaina perform live di Bijou Bazaar @ Juempa D’Ramo, Jalan Maarof, Bangsar. 26apr2008, 3pm.

  12. Melayu Minimalis says:

    maryam-
    i dont go out with strangers la.

  13. nerdfreak says:

    cik/puan maryam

    dimana buleh saya dpt tau schedule performance cik/puan kokokaina ni? saya amat berminat untuk pergi menonton persembahannya. sudi kiranya berkongsi info?

    terima kasih in advance.

  14. Matematis Muda says:

    lupa nak inform lu bro,
    aku ada link kan post ko
    tu je la

    aku juga berkongsi inkuiri dgn nerfreak,
    mana nak tau a?

  15. Fariz Bakar says:

    band journey pun sama jugak. dpt vokalis dari utube. org filipin..nama arnel pineda. lagu feymes “faithfully/open arms”

  16. [...] terkenal ialah Kokokaina. Akibat kesalahan maklumat yang amat memalukan kredibilit ketika menulis nukilan ini, Kokokaina telah bermurah hati berjumpa dengan aku sendiri tanpa peguam, pengurus, make-up artist [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes