
Aku rasa ramai perasan semenjak pilihanraya awam yang lalu, kerajaan kita telah mula memberi perhatian kepada kuasa dan pengaruh Internet. Bukan Internet sebenarnya, tetapi pendapat-pendapat, tak kira yang betul ataupun yang salah, yang boleh disiarkan sebebas-bebasnya di alam maya. Sebebas John.
Sampaikan sekarang ramai menteri-menteri kita sudah mula mempunyai blog sendiri. Sama ada dia tulis sendiri atau dia ada machai yang tuliskan, tak tahulah kan?
Jadi, untuk memudahkan A.A.y.D.d.K.B.G.A.B kita di Kementerian-kementerian di luar sana, ingin aku jelaskan 10 contoh jenis-jenis blogger (kita panggil pemblog di sini, ok?) kita yang aktif di Malaysia. Lepas baca ini boleh buat laporan bertulis terperinci kepada ketua-ketua bahagian kamu untuk menentukan siapa yang dapat projek juta-juta itu, ya? Maaf, ini bukan nukilan mengampu. (Tetapi pada masa yang sama untuk mencerahkan peluang aku, aku tidak sertakan mana-mana pautan kepada contoh-contoh pemblog di bawah. Kecuali John.
1. Pemblog Selebriti Lelaki Emosi Keruh.
Selalunya blog berlatarkan warna hitam, dan topik-topik utama adalah tentang cinta terlarang, cinta tak berbalas, cinta tanpa cinta (hanya seks), dan cerita tentang menumpang kereta, lepak di kafe, berlatarkan soundtrack punk rock. Terutamanya lagu-lagu Bad Religion dan The Smiths, yang selalunya berkisarkan kehidupan bagaikan neraka di dunia. Dan tak lupa perihal senaman.
2. Pemblog Emosional Diari Sendiri.
Pastinya ada grafik unsur-unsur bunga, dan lamannya akan penuh dengan widget berunsur kalendar, ‘tarikh hari ini’, ‘playlist hari ini’ dan yang sewaktu dengannya. Biasanya akan penuh dengan nukilan tentang berat badan, makanan yang dimakan (yang sedap jadi tak sedap, mandi tak basah punya kes dan lain-lain), dan luahan hati kepada si kekasih atau bekas kekasih yang ditulis dengan harapan si dia tidak akan membaca tetapi kalau dibaca pun tidak mengapa.
3. Pemblog Syair Kreatif.
Ada blog. Kreatif Sangat. Menyengat, disengat, tersengat. Oh, lihatlah dunia!!!
4. Pemblog Bergambar.
Lebih suka meluahkan perasan dengan gambar-gambar dari perkataan-perkataan. Selalunya penuh dengan gambar fokus makro bunga (dan kumbang), gambar kanak-kanak mandi di kolam penuh bakteria KLCC, dan gambar perayaan Deepavali, Thaipusam, dan Hari Kemerdekaan dan tidak lupa pula gambar kaki lima sekitar Kotaraya. Sudah tentu pengguna DSLR. Juga suka makan ambil gambar makanan sebelum makan.
5. Pemblog Cari Makan.
Contoh 1: Aku suka mengambil gambar dengan kamera Panasonic Lumix DMC-LX2 aku. Memang sungguh bagus, 10.2 megapixel, lensa wide-angle dan amat mudah untuk mengambil gambar-gambar mengancam. Dapatkannya sekarang di kedai-kedai kamera terkemuka, juga di cawangan-cawangan Courts Mammoth di seluruh negara!
Contoh 2: Blog penuh dengan iklan ihsan Advertlets, Google Adsense, Nuffnang.
Contoh 3: Blog perempuan fashionista yang suka jual baju-baju buruk mereka di Internet. Dengan harga yang mahal sangat. Jual barangan mistik pun ada!
6. Pemblog Dunia Fantasi
Sila lihat blog ini.
7. Pemblog Mempopularkan Band/Diri Sendiri.
Biasanya dibuat oleh band-band tempatan yang gemarkan muzik-muzik keras 90an, yang suka mengaku ditaja oleh jenama-jenama pakaian tertentu, walaupun baju dan jaket yang dipakai mereka dibeli duit mereka sendiri hasil penat lelah main 45 minit di konsert bergerak syarikat telekomunikasi. Penuh dengan gambar ahli band dengan 34 orang peminat. 34 orang dari sejumlah 35 orang peminat keseluruhan. Yang lagi seorang tengah mengambil gambar. Juga pengarah-pengarah serta produser filem syok sendiri yang tiada duit untuk mempromosikan filem jadi cuma promosi di blog sendiri.
8. Pemblog Politikus.
Contoh 1: Pemblog Pra-Pilihanraya—Untuk menang selepas pilihanraya.
Contoh 2: Pemblog Pasca-Pilihanraya—Untuk yang kalah selepas pilihanraya.
9. Pemblog Pra Akil Baligh.
Biasanya perempuan-perempuan cantik penyorak sekolah (cheerleader-lah) yang penuh dengan gambar berskirt mini sambil beraksi terkangkang dan gambar-gambar parti bawah umur dengan meja penuh tin-tin arak dan botol-botol arak kepunyaan ibu bapa. Banyak juga. Tak percaya sila Google sendiri.
10. Pemblog Jamin Berjaya.
Well, kamu di sini, dan sedang membaca bukan?
Popularity: 3% [?]
oh.. saya mungkin
2. Pemblog Emosional Diari Sendiri.
huhu~
pemblog suka bergambar,..hhaha…ak suka tgkp gbr sebelum mkn…haha..nk tulis malas n xde idea mcm ko…huhu
tp ko sgt2 la bajet…haha
Binatang!
gua tak dapat nak cari blog kategori 9 tu…
aremierulez-
ok gua bagi klu.
xuelikhan
pakai macro mode kat compact sudah ..tak perlu DSLR.
kalau macam tergolong dalam beberapa kategori takpe kan?
Saya dapat rasakan yang Pemblog Selebriti Lelaki Emosi Keruh merupakan pemblog yang bakal dapat RM2 Juta dari kerajaan Malaysia sebab blog dia berpusat di Bangsar sahaja, betul tak abang MM?
buih-
ini bukan panduan, hanya pemerhatian
tipu tapi benar-
tipu tu, tapi benar.
hehe.
aku tersenyum baca ulasan kategori 1
Nasib baik. Sejak kau tulis blog, dan buat tafsiran macam-macam,
kau tak pernah describe aku.
aaah. finally. back to the enjoyable observation posts.
MM is back! great job.
OHHHHHH…
akhirnya aku tahu aku berada dalam kategori yg mana..
kategori atau label tidak penting. janji buat hal sendiri dan tak masuk ISA.
yang mana gua nak pilih ni??
….dan luahan hati kepada si kekasih yang ditulis dengan harapan si dia tidak akan membaca tetapi kalau dibaca pun tidak mengapa.
(pandang kiri pandang kanan, gelak sorg sorg).
aku rasa aku tak tergolong mana-mana kategori pon..
muahahahaha..
mirailyani-
kamu nombor berapa?
aqila-
pasti ke?
Blog ko ni macam la bagus sgt..