Baru-baru, sebagai penyelidikan, seorang penulis majalah telah bertanyakan kepada aku tentang apa bezanya hipster dan scenester. Ada banyak sebenarnya, tetapi malangnya tidak ramai yang tahu. Cuma satu fakta yang amat ketara ialah, seorang scenester mungkin seorang hipster, tetapi seorang hipster tidak semestinya seorang scenester.
Mari aku cuba terangkan.
Hipster
- pakai skinny jeans sebab bergaya.
- minat dan arif tentang muzik.
- selalu pergi ke gig untuk tunjuk baju band baru, atau beli baju band baru. Termasuklah dari label-label baju tempatan seperti Kurasamerasa apa entah.
- sangkut kamera DSLR di leher tetapi pakai full auto mode sahaja.
- tidak beli muzik kerana duit habis beli pakaian. Cuma dengar lagu di Myspace sahaja.
Scenester
- pakai skinny jeans sebab muat. Alang-alang masih muat tu pakai sajalah kan? Yang tak muat akan menyumpah-nyeranah kata skinny jeans hanya untuk hipsters.
- minat dan arif tentang muzik dan main dalam band yang main muzik-muzik pelik. Paling kurang pun pernah ada fanzine zaman awal 90an dahulu atau sekarang ada blog tentang muzik-muzik atau awek-awek ‘baru’.
- selalu pergi ke gig untuk main bersama band di gig, sambil memakai baju band baru. Termasuklah dari label-label baju tempatan seperti Kurasamerasa yang diberi percuma sebagai promosi. Kalau tidak main dengan band pun akan tolong mengangkat peralatan band yang membuat persembahan agar dapat masuk ke dalam gig secara percuma sebagai ‘crew’ atau ‘roadie’.
- pakai kamera compact dengan aperture priority mode sebab senang sedikit ambil gambar perempuan.
- tidak beli muzik kerana semua band beri CD percuma.
Cuma, pada masa yang sama, ada scenester yang tiada kena-mengena dengan hipster langsung. Kebanyakannya yang berperut buncit, rambut menipis ataupun yang sudah berkahwin dan main muzik metal.
Huhu.
Popularity: 3% [?]

sekali imbas, macam rempit-rempit tengah melepak.
errrrr…
*gulp*
no matter dia hipster or scenester, skinny jeans = not to be worn by people yang nampak tak elok pakai skinny jeans no matter dia muat ke tak. hehe.
heheheheh…u make me laugh..
Pada pandangan saya, skinny jeans patut dipupuskan dari muka bumi seperti pupusnya burung dodo, kerana kebanyakkan orang yang menggayakan skinny jeans ini gagal menggayakannya dengan menarik!
Malah, mereka menggayakannya dengan cara yang agak menggelikan hati (baca = lawak) kerana terikut-ikut gaya kawan-kawan yang berjaya menggayakannya dengan baik!
Dan yang lebih sadis, ada yang memakai skinny jeans dengan niat untuk membuat kenyataan awam, bahawa dia seorang yang kurus; walaupun saiz skinny jeans itu bersaiz 36!
Dan ini semua mengganggu konsentrasi saya untuk makan nasi kandar kari kambing di restoran mamak!
MM, tolonglah jadi polis fesyen di blogosfera!
serious dudue!
mmg post yg bagus!
ohh..1st time dengar istilah ini semua.. emm..seronok ehh jadi macam tu?
scenester, err. not really yang telah di-explainkan. kecuali pasal skinny. rasanya scenesters tu yg minat band seperti emo/screamo/etc. dgr lagu ini thick as blood-fuck scene kids. uhh. kebykan budak2 indie salah mentafsirkan diri mereka sbg seorg “scene kid”. salah sama sekali. indie dan scene, lain.
http://www.wikihow.com/Be-a-Scene-Kid
pergi ke halaman untuk mengetahui lebih lanjut.
hipster kids. hmm, let’s see. Hipster – One who possesses tastes, social attitudes, and opinions deemed cool by the cool. (Note: it is no longer recommended that one use the term “cool”; a Hipster would instead say “deck.”) The Hipster walks among the masses in daily life but is not a part of them and shuns or reduces to kitsch anything held dear by the mainstream. A Hipster ideally possesses no more than 2% body fat.
(copied dari The Hipster Handbook)hmm, macam indie, tapi semestinya bukan macam budak indie melayu. -.-” puhleese.
yeah, enough said, kot? :X kalau disagree, mmm, mintak maaf ya? :)
[...] betul lah kamu. Sila baca nukilan berikut. Beza ‘Hipster’ dan ‘Scenester’. Tafsiran ‘Perempuan Hipster Melayu‘. Tafsiran ‘Hipster Malaysia’. Dan [...]