
(Nukilan hari ini adalah seperti episod ‘catch-up’ dalam mana siri tv barat, di mana pada pertengahan musim akan disiarkan episod yang menerangkan apa yang berlaku di awal musim dan apa yang patut dijangka hingga akhir musim. Bagaimanapun ni tidak bermakna blog ini sudah sampai pertengahan musim, terima kasih.)
Tak disangka blog tak seberapa ini sudah 100,000 kali dilawati semenjak bulan Ogos lalu. Memang gembira. Dari permulaan yang goyah, masuk ke era penuh kontroversi dengan komentar-komentar bangang hinggalah kepada metamorfosis terkini kepada blog bergambar, memang banyak pengalaman aku telah harungi dengan blog ini.
Dan semuanya dengan kurang 1% nukilan tentang aku, sebaliknya penuh nukilan pemerhatian-pemerhatian dan pendapat aku sendiri. Dari perihal skinny jeans ke Nu Ravers ke Hujan hinggalah tentang pendapat aku tentang mereka yang Ingin Jadi© dan Lembu©. Tak lupa pula nukilan-nukilan bongkak penuh rujukan kepada model-model kurus berbuah dada besar (semuanya Cerita Benar, sumpah!) dan perempuan-perempuan berbikini di kolam mandi. Juga dua nukilan aku yang paling banyak tindakbalas, iaitu nukilan ini dan ini. (Ketawa)
Ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa aku kurang menulis semenjak dua menjak ini, dan secara jujur aku katakan di sini aku telah habis memperkatakan apa yang aku ingin katakan ketika aku mula-mula menulis di dahulu. Hendak tulis perihal diri sini, banyak implikasi undang-undang, jadi selagi aku tidak perhatikan perangai orang lain yang menarik untuk aku tulis, aku tidak akan memaksa diri sendiri. Tau.
Dan juga aku pasti sedikit-sebanyak ramai di antara kamu yang kenal siapa diri aku sebenarnya.
Ya, aku masih Faizal Hussein. Dan ya, selain dari berlakon, (jangan lupa, filem lakonan kegemaran aku masih “Gila-Gila Remaja”) aku juga seorang ahli nuklear fizik yang bertugas di Bangi, dan menurut cerita, aku juga seorang ahli PDRM.
Masih tidak berubah, ya? Masih seperti dulu, manusia biasa yang penuh cacat cela tapi mungkin sudah meningkat sedikit dari segi teknik pengambilan gambar.
Jadi, teruskan membaca, dan harap-harap kita boleh mencecah (dan menceceh) 200,000 orang pembaca (dan penonton gambar-gambar) dalam masa enam bulan lagi.
Siapakah seorang penulis blog jika tiada sokongan pembaca, bukan?
Popularity: 1% [?]
tahniah! ini blog terbaik yang hari hari aku baca.
congrats. and i hope someday you’ll write about lelaki subang, wanita damansara, etc. i miss the observational posts. :)
100,000 is a lot, belum page views lagi..think of the pay-per-click cost kalau u put up adverts!..huhuhu..boleh kaya bro..i prefer reading your stuff compared to self-absorbed-obsessive-vertically challenged-narcissists..keep it up!.
words well said…tahniah
tahniah bro for your achievement..teruskan menulis utk tatapan manusia2 seperti aku.anyway bro,apesal bro lucius da lame x menulis..masih idup kah?