Tafsiran Lelaki Metroseksual Melayu.

Posted on Thursday, May 1st, 2008 at 23:08

Semalam, ketika berjalan-jalan di One Utama, aku telah terlihat seorang lelaki Melayu yang ‘salah’. ‘Salah’ di sini bermaksud tidak kena, atau janggal, atau terencat. Ketika ditanya, aku cakap kat Pidosan, “Aku tengah cari idea untuk nukilan esok.”

Jadi untuk hari ini, aku ingin terangkan pemerhatian aku tentang Lelaki Metroseksual Melayu (LMM). Bukan, tiada kena mengena dengan seks, hanya kerana ada perkataan seksual, tetapi, kalau kamu sudah terperap di bawah tempurung kelapa selama ini, istilah metroseksual ini paling sesuai untuk menerangkan si David Beckham.

Lelaki yang tiada masalah bermesra dengan bahagian femininnya. (Mana Feminin ya?) Masih tidak faham? Baca saja-lah pemerhatian aku. (Nota: Terdapat banyak serpihan LMM ini, tetapi hari ini aku terangkan tentang serpihan asas, iaitu lelaki Melayu dalam lingkungan pertengahan atau lewat 20an, dan masih memandu kereta Nasional. Yang lain semua semestinya Cerita Lain.)

1. Suka David Beckham.
Bukan sebab dia pandai main bola, tapi sebab itulah idola fesyennya. Bukan jersi bola, tetapi pakaian-pakaian yang dipakainya ketika tidak main bola. Sebab itu ramai LMM suka Manchester United jika dibandingkan Chelsea atau Arsenal. Maaf, aku tidak suka menonton bola. Zaman bola aku berakhir ketika berakhirnya zaman gandingan triniti Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards.

2. Suka Rambut Berkilat.
Tak kisah-lah, sama ada disikat ke belakang, atau pun di’gel’ sampai terpacak, tetapi rambut mesti nampak berkilat. Istilah Bahasa Inggeris-nya wet-look. Sekarang jarang mengenakan gaya rambut ‘Beckham fin’ sebab Mat Rempit pun pandai ber’fin’ sekarang. Kalau tak tahu apa itu ‘fin’ sila Google sekarang, terima kasih.

3. Suka Pakai Sweater. Terutamanya yang V-Neck.
Tapi bukan dipakai, tetapi di ikat di bahu. Atau di pinggang. Sebab semua orang tahu apa akan jadi jika kita pakai sweater di Malaysia. Ya, kita akan sweat. Yang V-neck pula tidak terhad kepada sweater. Janji V-neck saja terus diterkam. Tak rela I.

4. Suka Berseluar Pendek Warna Khaki.
Jadi, alang-alang untuk menstabilkan situasi kepanasan akibat sweater tadi, kebanyakannya akan memakai seluar pendek. Bukan jenis yang seluar kargo, tetapi jenis yang macam seluar pejabat, cuma pendek.

5. Tak Pandai Ikat Tali Kasut.
Akibatnya, suka memakai kasut jenis slip-ons atau mocassin. Selalunya tanpa stokin. Dan jualan kasut Crocs di Malaysia juga meningkat sebab mereka ini. Kamu tak tahu ke kalau pakai Crocs kebarangkalian kamu untuk mati akibat dibaham buaya meningkat 300%?

6. Suka Pergi Urut.
Tak kisahlah, sama ada di spa mahal (jarang dikunjungi) atau di pusat mengurut. Paling afdal jika ke spa yang ada perkhidmatan facial sekali. Lagi seronok, dia.

Ehhhh jap jap! Aku rasa ada banyak persamaan LMM dan LAM, iaitu Lelaki Arab Metroseksual.

7. Mengambil Masa Yang Lama Di Bilik Mandi.
Inilah aku rasa ciri yang paling penting. Selesai mandi (mandi di sini bermaksud basahkan badan, sapu body scrub (dan disental gunakan span asli), moisturizer, shampu dan conditioner), kena buat facial scrub, facial moisturizer, facial mask, shaving moisturizer dan kemudian bercukur jambang, aftershave lotion, deodorant, dan akhirnya minyak wangi.

Bila keluar rumah dijamin bau macam tingkat bawah Parkson Grand atau Metrojaya. Alah, tempat jual minyak wangi dan alatan kosmetik semua. Macam John.

Bu-wek.
Aku nak balik bekerja.

Popularity: 5% [?]

Responses (13)

  1. Lari keluar says:

    suka betoi aku baca ‘tafsiran’ nie. hahaha.

    • nur amira says:

      ade lagi satu..
      cucuk vitamin c ok…jgn main2…dh tu suke biar awek tgu dy lama bersiap nk g dating

  2. you and whose army says:

    oh. Ada nampak Pidosan. Tak prasan plak ada MM.

    “Sebab itu ramai LMM suka Manchester United”

    SOKONG !!!

  3. Kurie says:

    en.MM
    Kat umah aku ada 3 jenis:
    1-mandi memang lama (cepat 15 minit, lama 30 minit)…minat chelsea…rambut panjang
    2-mandi sekitar 20 minit…rambut panjang…x tahu istilah LMM…x brapa suka bola
    3-mandi sekejap…pakai minyak wangi mengalahkan bangla…suka tengok bola dan juga cerita hindustan…

    Adakah mereka ada krisis identiti diri yg serius…atau aku yg x pandai menilai mereka?

  4. aremierulez says:

    Zaman bola aku berakhir ketika berakhirnya zaman gandingan triniti Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards….

    ni legend import team johor dulu ni…

    kau org johor ke?

  5. manusia ganjil ikan yu says:

    lupa nak tambah.
    selalu letak rayban uptown atas kepala.

  6. Cicatrices Pourpres~ says:

    oh crap. banyak kawan-kawan aku mcm ini rupenye

  7. yuzy says:

    Ko pernah mandi dengan dorang ke?

  8. SESEORANG says:

    en MM,gambar hiasan tu x nampak metroseksual pon.mcm student ipta tahun 1,yang mase skolah dulu jadi pengawas jek..

  9. penanya says:

    aku mandi lama
    kawan2 aku cakap
    tp x terasa seperti seorang metrosexual

  10. Minianimalis says:

    kalau ubersexual lak macm mana? ada sdikit persamaan tapi apa perbezaanya? mungkin boleh buat nukilan baru pasal ubersexual ini..

  11. Minianimalis says:

    tapi jadi metrosexual ok what, pembersih tau dorng ni haha…

  12. [...] Fesyen Kemas Tapi Macam Tidak Kena. Azman ini bergaya, tetapi tidak sebergaya Lelaki Metroseksual. Sebab Lelaki Metroseksual sering disalahanggap oleh golongan ini sebagai Lelaki Homoseksual, dan [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes