May 5, 2008 6

Ketinggalan Zaman.

By in Pendapat


(Rajah diambil dari Hipster Runoff. Idea untuk nukilan hari ini diambil dari laman yang sama.)

Innovation. Dari apa yang aku lihat, kita semua tiada banyak sumbangan jika dilihat dari sudut inovasi yang relevan untuk aku. Sebab kita semua peniru. Peniru dan kemudian mengaku hak sendiri.

Tak kisah-lah dari segi mana. Dari segi muzik, fesyen, gaya, pengangkutan, semua. Malas aku nak senaraikan di sini, aku rasa semua sudah tahu, bukan?

Kita tak banyak idea yang boleh dikatakan berasal 100% dari minda-minda terpelajar kita, dari trendsetter atau tastemaker kita, dari orang-orang yang betul-betul mempunyai pengaruh untuk mengubah minda dan persepsi awam. Kalau ada pun, kurang relevan.

OK, baiklah. Satu cabaran. Namakan satu inovasi Melayu/Malaysia (selain dari batik dan songket, yang mungkin kita ambil dari budaya negara lain pun), yang berjaya mempengaruhi minda secara global. Satu sahaja. (Maaf, Mee Rebus Johor bukan inovasi.)

Kalau kamu lihat rajah di atas, sebilangan besar kita mungkin termasuk di dalam golongan “Late Majority” dan “Laggards”. Dalam erti kata lain, kita ketinggalan zaman.

Tapi jangan resah, ke’ketinggalan zaman’ itu semestinya akan menjadi segar semula satu hari kelak, sebab citarasa dan trend hanya boleh bergerak dalam satu bulatan, bukan?

Jadi pakailah t-shirt polo kamu dengan kolar naik menegak.
Pakailah kasut but Timberland kesayangan kamu.
Pakailah cerminmata Oakley kanta kuning kamu ketika kamu memandu atau naik basikal.
Lunturkan warna rambut kamu supaya nampak keperangan.

Apa-apapun, citarasa itu subjektif, bukan?

Popularity: 2% [?]

6 Responses to “Ketinggalan Zaman.”

  1. Awin says:

    Dulu, cikgu kata, melayu agak ketinggalan 10 tahun kebelakang dari org barat. dari segi pemikiran, dll. dan melayu pemalas. sbb org barat lebih suka mencatat, tak mcm melayu. mcm kes alexander the great & iskandar zulqarnain. org yg sama tah? sy budak baru belajar. abg MM tolong jelaskan. tq :)

  2. content says:

    Nasi Lemak & Mat Rempit yang boleh shuffle.

  3. aremierulez says:

    haha..macam dalam note consumer behavior aku je ni…

    masa exam, aku pernah tulis yang kebanyakkan rakyat malaysia adalah Laggards sebab sukar menerima benda baru kerana pemikiran yang kuno dan sukar menerima benda baru…

    akibatnya, pensyarah aku bagi kosong untuk soalan tu…
    siot betul…

  4. valisaiskandar says:

    satay

  5. Mek Na says:

    aku rasa pasal kite ada preconceived idea on byk benda. that stops us from keep on moving

  6. belia_sonik says:

    orang kita tidak cukup individualistik macam di America/U.K sana..tunggu orang buat baru nak buat, nak ikut je tahu..hence..Laggards..kita bukan bangsa ‘penyebab/pemula’ sesuatu(i.e culture, fashion, music etc) tapi kita hanya tahu mengikut trend..negara dunia ketiga katakan..

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes