Dilema Pengangkutan Awam.

Posted on Thursday, May 8th, 2008 at 10:10

Aku sebenarnya tidak memandu. Bukan tak reti memandu, tetapi aku sekarang tak mempunyai kereta untuk dipandu. Kalau ada pun, kereta kawan-kawan yang suka suruh aku memandu sebab aku pengamal defensive driving.

Jadi, untuk ke kerja tiap-tiap hari, aku biasanya akan menumpang rakan sekerja, dan tiap-tiap pagi aku akan menunggu di kedai mamak sambil minum teh ‘C’ ais sebelum dia datang mengambil aku.

Tapi kadang-kadang, atas sebab-sebab tertentu, aku tiada kenderaan untuk ditumpang. Jadi pada masa-masa tersebut, aku terpaksalah naik teksi, monorel, LRT. Aku tak pandai naik bas. Bas terakhir yang aku selalu naik dahulu adalah Bas Mini Wilayah Nombor 12 untuk ke Universiti Malaya, tempat aku buat sarjanah muda dalam Pengajian Nuklear.

Jadi, masa aku terpaksa ambil pengangkutan awam, macam-macam aku fikir. Dan lihat. Dan bau. Jadi hari ini aku tuliskan tentang pemerhatian aku tempohari bila aku balik naik monorel dan teksi.

1. Orang Kita Bodoh.
Macam-macam notis ada. Cuma kita tak pandai patuh. Paling banyak notis adalah yang berbunyi seperti “Sila Beri Laluan Untuk Penumpang Turun.” Kita di sini masuk pintu macam pelir masuk puki. (Maaf, carutan.) Masuk cepat-cepat, keluar cepat-cepat. Semuanya kurang sabar. Kasihan orang yang hendak keluar dari monorel, tersepit di celah ketiak basah akibat sifat orang yang tak reti nak tunggu penumpang dalam monorel yang ingin keluar.

2. Teksi Kita Busuk.
Dengan bau bedak untuk keringkan ketiak basah, dan yang paling menjengkelkan, bau bunga rampai. Bunga rampai untuk letak di hantaran kenduri kahwin ok? Bukan untuk letak dalam teksi.

3. Orang Kita Memang Malas Membaca.
Aku pernah tinggal agak lama di sebuah negara di mana ramai penumpang keretapinya (boleh kata 95% ke atas) akan membaca ketika dalam perjalanan. Suratkhabar, buku, komik, tak kisah-lah, asalkan membaca. Kita di sini amalkan hobi tenung muka orang di dalam keretapi. Yang maju sedikit akan tenung muka orang sambil mendengar mp3 curi dari telefon bimbit.

4. Pemandu Teksi Tidak Cukup Gaji.
Akibatnya mereka suka meminta lebih. Tambah RM2 dari jumlah meter, ataupun mereka yang melintah duduk lepak beramai-ramai di depan kompleks membeli-belah dan hotel. Senang-senang sahaja hendak minta tambang RM20 untuk perjalanan yang biasanya bernilai RM8. Kasihan tau pemandu-pemandu teksi yang jujur yang seramai 187 orang tu.

5. Bas RapidKL Kita Gagal.
Sebab hanya tunjuk destinasi terakhir. Aku tak tahu pun bas-bas tersebut singgah dan lalu mana. Ingat aku ada telepati ka?

6. Mesin Tiket Kita Menuju Kegagalan.
Paling pasti mesin membeli tiket di LRT selalu sama ada tidak berfungsi atau tidak berfungsi. Kalau berfungsi pun, hanya boleh guna sekeping wang kertas dan bakinya perlu dipenuhi dengan duit syiling. Akibatnya barisan untuk membeli tiket panjang berjela-jela. Aku sampai sekarang tak faham kenapa mesin tiket LRT hanya boleh terima sekeping wang kertas. Itulah, kononnya nak berjimat beli mesin tiket yang sub-par, akibatnya terpaksa mengupah lebih ramai orang yang tak pandai senyum untuk menjual tiket secara manual. Syabas!

7. Rupa Kad Touch N Go Buruk.
Hanya rekaciptanya. Macam kad nak masuk Zoo Negara.

8. Teksi Kita Tak Cukup Suspensi.
Semuanya bagaikan kereta yang bersuspensi besi tebal macam Perodua Rusa. Kalau nak yang selesa pastinya harus membayar lebih. Kalau tidak, terpaksalah merana bagaikan naik kenderaan pacuan empat roda zaman-zaman Camel Trophy. Apa jadi ya agaknya Camel Trophy tu?

9. LRT Kita Tidak Cukup Panjang.
Akibatnya selalu sesak. Aku dah hilang kiraan berapa kali muka aku terpaksa bersentuh dengan lengan berpeluh, atau awek kurang lawa yang cuba raba aku sikit-sikit. Kalau John mesti suka. Zerupppi katanya. Lebih baik kurangkan trip gerabak LRT tetapi panjangnya jumlah gerabak untuk tiap-tiap lawatan. Cuba tengok MRT di Singapura. Panjang nuuuuuh

10. Aku Memang Perlu Beli Kereta.
Maaf, bukan Kereta Nasional. Aku bekas pemilik Kereta Nasional. Tiap-tiap bulan membazir duit. Itu patah, ini cair, itu tertanggal, ini tercabut. Siapa ada saranan untuk kereta yang aku patut beli? Ataupun sesiapa di sana ada banyak sangat kereta dan sanggup sewakan sebuah kereta untuk dipandu aku? Aku bayar-lah

Popularity: 2% [?]

Responses (22)

  1. rooneil says:

    abg MM, hujah ke-6 sudah tidak boleh dipakai lagi. mesin tiket putra dah boleh guna lebig sekeping duit kertas

  2. Tipu Tapi Benar says:

    Untuk semua komentar anda, kecuali no 10, jawapannya adalah perlunya perubahan / peningkatan tahap pemikiran dan minda Masyarakat Malaysia.

    Bak kata Pak Lah yang disayangi tentang masyarakat Malaysia ini, “prasarana kelas pertama, minda kelas ketiga”!

    Walau diberi alat pengangkutan teleport seperti di dalam epik -epik sains fiksyen, keadaan berebut-rebut seperti lembu keluar kandang pasti akan kita lihat juga di Malaysiana ini.

    Untuk No 10 – Saya sarankan anda dapatkan produk Volvo atau Hummer. Ini kerana kebiadapan dan tahap ke’lembu’an kebanyakkan pemandu-pemandu di Malaysiana ini memerlukan anda menggunakan kenderaan yang terkenal dengan kekuatan chassis dan kebesaran saiz untuk menggerunkan pemandu lain dari kurang ajar terhadap anda.

    Sekian

  3. kurasaraksasa says:

    the rapidkl busses ada tunjuk the travel map la, usually it’s on the front sides of the bus. or the bus stations.
    i usually check the rapidkl website if i feel like getting adventurous.

    and yeah, our lrt is pretty small.
    the mtr, it’s twice as long as the current lrt, and it travels more frequently even more so during rush hour. and it’s not as bumpy and loud as lrt.

    and yes, orang kita memang bodo dan malas baca.

    //dill

  4. King says:

    beta pkai harley-davidson Road King-FLHR g keje. senang cilok. highly recommended.
    klu mcm nk ujan, tukar pkai Mini Cooper S.

  5. kafeina + nikotina says:

    Putra LRT selalu air cond tak cukup kuat lagi lagi time peak hours.

    Memang “therapeutic” bila tersepit tepi orang Malaysia yang banyak tak tahu apa itu “deodorant”.

    Orang Malaysia ni mmg tak ada kesedaran sivik, kena ada “pengawas” kat platform LRT yang suruh beratur & jerit “KASI ORANG KELUAR DULU!” baru reti.

    Kalau tak bengap ya rabbi.

  6. Melayu Minimalis says:

    Tu ah aku memang nak beli Volvo. Siapa ada lubang?

  7. Dela says:

    ahaha most of them is true.

    3. ada space ke untuk membaca/buat sudoku/crossword puzzle in the first place? :P kadangkala je yer. definitely not early in the morning / rush hour either that or tak leh nak concentrate pasal bau busuk.

  8. ami___ says:

    honda cik city, jimat minyak.

    atau naza 206 bestari.. mcm tengah promotion besar-besaran sekarang.

  9. belia_sonik says:

    pakai kancil la…baru minimalis..huhu..

  10. Faisal Rocks says:

    Kancil kereta nasional. Tidak efisien dan adalah pembunuh jika anda mengalami kecelakaan jalanraya.

    For a minimalist ride, drive a smart fortwo. park anywhere. It fits. Ada turbocharger lagi!!

    Public transportation memang bodoh.

  11. capik says:

    sebab lu tgk org, lu pun jadi x membaca hahahaha…..tp gwa suspect lu laaa….sume yg lu tules, mmg ade kebenaran…..kite telepas pandang kakadang…..

  12. Azzu says:

    point no. 6 tu dah boleh di strike out. pengawas LRT memberitahu sy: “adik sila guna mesin tiket”. “tapi saya tak ada syiling bang”. “tak apa, mesin kami dah upgrade, dan boleh terima up to 15keping duit seringgit” (dgn muka bangga).

    tapi sayang, banyak juga mesin yg tak boleh pakai sbb “hang”.

    ** lebih prefer main sudoku, baca e-book atau tgk pokok2 sewaktu dlm lrt.

  13. Lesbian Penguin says:

    honda jazz kaler pink pun cool

  14. heartbeat says:

    lama jugak tak baca entri yang macam ni.

    bawa kereta pun problem. road bully! kona tak bagi signal. ramai orang malaysia yang dajei!

  15. buih says:

    tak payah la pegi kerja..

  16. dD.Diyana says:

    I suggest Honda City as well.
    I’m bias that way.

  17. Perempuan Jomblo says:

    erm..org berebut2 tu mmg agak buduh la. stuju. b4 this kemana2 mmg pakai public transport since i was 9 years old sampai la berumur 21 tahun. naik bas ekspress pun nak berebut2? wtf? padahal tiket da ade nombo. tapayah bas exkpress, flight pun sama, baik air asia or malaysia airline. pelik apasal nak berebut.

    teksi; kurang igt bau dia, sebab da serik masa form 4 kena sexual harrasment ngan driver teksi. kalau saya buat cite pasal teksi, saya akan masukkan issue ni.

    pasal membaca tu, memang dah fenomena average malaysian read only two book a year.

    dan pasal perkara 10 tu…erm, vios? minyak jimat. tak tau la kalau kamu suka compact car.

  18. Uzair Sawal says:

    nak ckp tapi azzu dah ckp dulu. yeah, dah boleh letak banyak-banyak duit kertas dah.

  19. amer zaman says:

    ya..masalah membaca jer yg aku nak ulas lagi.

    kalau nk ikutkan,penjualan buku di malaysia,masih lagi memberansangkan.

    pestabuku..penuh yg amat..

    mungkin malu untuk baca didepan org
    bimbang dicap menunjuk

    aku jua begitu
    DAHULU

  20. zaX says:

    mesin LRT Star dah upgrade gak ke?
    jarang pakai tiket.
    pakai kad zoo negara je.

  21. jasmin says:

    define defensive driving.

  22. belia_sonik says:

    ‘defensive driving’ adalah cara pemanduan seperti defender Milan Alessandro Nesta. Tidak cemas. Awas dengan rentak permainan(pemanduan) kereta-kereta lain. Selalu berwaspada dengan persekitaran. Dan yang penting tahu selok-belok penggunaan badan(kereta) i.e tangkas mencari brek dan bukan pula clutch.

    *smirk*

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes