May 11, 2008 7

Bala Hujung Minggu.

By in Layan Diri

Untuk seorang blogger, apakah bala yang mungkin paling malang yang boleh menimpa?

Ya, kematian komputer riba.

Setelah lama berbakti kepada tuannya iaitu aku, komputer riba iBook aku (ya, aku hanya mengguna iBook di rumah) telah selamat pulang ke rahmatullah, membawa bersamanya segala kenangan manis dan pahit, serta beribu-ribu fail jpeg.

Jadi, sebagai menghormati dan mengenangi segala jasa iBook yang aku gelar John Hafiz Jr., aku di sini ingin mengumpul derma bakti sebagai proses terakhir kehidupannya yang penuh warna-warni dan dedikasi. Segala bentuk dermaan (dalam nilai matawang USD) boleh dibuat dengan pautan berlabel ‘Paypal: Donate’ di sebelah kiri atas laman ini. Segala bentuk dermaan akan disumbang ke tabung Macbook Hitam Baru Melayu Minimalis.

Jadi kita ambil peluang di sini untuk bertafakur selama seminit untuk mengenang jasa beliau.

Ok.

Popularity: 1% [?]

7 Responses to “Bala Hujung Minggu.”

  1. Melayu Minimalis says:

    sorry. mac user. since 1996.

  2. rooneil says:

    bro MM, berapa byk dah dana terkumpul?

  3. Melayu Minimalis says:

    RM3.20.

  4. kuc1n993m0k says:

    tak boleh repair ke?

  5. Melayu Minimalis says:

    tak nak repair.

  6. kuc1n993m0k says:

    so apa bikin sama itu john hafiz jr?

    buang?

    simpan buat perhiasan?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes