Semenjak pemergian John Hafiz Jr. tanggal Jumaat lepas, hidup aku kesepian. Tiada Wicked Weasel, tiada Skype dan tiada Bit Torrent. Jadi aku terpaksa mencari aktiviti lain untuk meluangkan masa di rumah.
Pada masa yang sama, aku terpaksa menulis blog di tempat kerja, dan ya, tempat kerja bukan tempat yang optimum untuk mengeluarkan nukilan-nukilan bernas.
Jadi sekarang aku nekad, nekad untuk mengumpul wang untuk membeli komputer riba baru dalam 2 minggu terdekat ini. Ya, aku memang mampu, dan aku memang yakin boleh. Walaupun dana Melayu Minimalis buat masa ini menunjukkan hanya RM3.20 sahaja yang terkumpul. Macam mana Jeff Ooi boleh kumpul lebih RM100,000 dari blognya, ya?
Dan untuk dua minggu ini, aku akan hanya menulis tentang misi aku untuk membeli komputer riba, sampai kamu semua bosan. Sebab aku memang begitu. Aku selalu wujudkan matlamat, dan aku obses untuk mencapai matlamat tersebut. Itu kekuatan, dan kelemahan aku.
Kurangkan pengeluaran wang, jimat berjimat dan hidup berikat perut. Aku boleh! Aku boleh!
Hari ini juga aku ada satu permintaan. Ditujukan khas kepada semua pengusaha cineplex yang bertaburan di Lembah Kelang.
Tolong tunjuk semua filem hingga habis 100%.
Jangan buka lampu sehingga semua kredit untuk filem itu habis ditayangkan.
Jangan tukar muzik sehingga semua kredit untuk filem itu habis ditayangkan.
Sebab kalau kamu semua tidak tahu, banyak filem sekarang ada babak tambahan ataupun mesej tersembunyi betul-betul di penghujung kredit filem. Contohnya filem ‘Cloverfield’ dan ‘Iron Man’. Dua-dua aku tidak dapat lihat di panggung wayang sebab pekerja panggung yang tidak sabar untuk balik ke rumah.
Tolonglah.
Popularity: 1% [?]
beli lah, aku pun baru angkat ri tu
dr smlm xde pertambahan dr USD1 tu ke? aiseh.. org m’sia x byk ade paypal la.. cuba letak no acc maybank.. senang org nk derma guna maybank2u..
arituh aku tgk iron man.. premier lagi kat cineleisure.. aku tunggu sampai habis kredit.. aku puas. aku balik, esok citer kat member aku, diorang tanya, ko tgk tak scene (spoiler ahead) samuel l jackson jadi nick fury?………….. aku call member aku tanya kot² aku tergaru mata selama 5minit sepanjang tgk citer tu. dia pun tak recall yg ada scene tuh. lepas hampir seminggu, semua org citer pasal scene tu and how iron man is the build up for avengers movie coming soon in 2010/11… aku dah tau pasal avengers movie tapi SLJ as nick fury? sampai sekarang aku sumpah cineleisure pasal menghilangkan definasi prestij mlm movie premier aku.
benci semua org yg rushing keluar dari panggung.
Babi betul, tak pasal2 babi dapat nama.
I watched Iron Man on the first day. Gila kentang excited sebab one of the first few. The movie habis then we waited through the initial credits sequence, then poster “Don’t Leave Anything Valuable” popped out so we blah from the cinema la. Tak tau langsung ada that Avengers thingy at the end.
Last last beli dVd cetak rompak juga. Macam mana industri perfileman Hollywood nak maju?
IMAX pun sama!
KAMI telah tunggu tau!
aku pun tunggu juga. last2 kena carik extra scene kat Youtube.