
Malam semalam, ketika bosan menonton Astro kerana ketiadaan John Hafiz Jr., (yang akan aku jadikan pemberat di atas meja), aku telah mendengar lagu tema yang aku selalu dengar dahulu, tetapi yang aku sudah lama tak dengar.
Lagu tema ‘Beverly Hills 90210′.
Nampaknya saluran 8TV akan kembali menyiarkan rancangan tv ini, yang aku betul-betul minat ketika di sekolah menengah dahulu.
Nama-nama seperti Brandon dan Brenda Walsh, Dylan McKay, Kelly, Donna, Steve, Andrea memang sudah tentu tidak asing bagi kamu yang suka ‘Beverly Hills 90210′. Sampaikan malam tadi aku sempat berborak dengan kawan aku, yang mengaku pernah memiliki baju t-shirt Brenda Walsh, tentang episod-episod kegemaran dari siri tersebut. Yang aku paling ingat ialah episod ketika watak yang dilakonkan Brian Green iaitu David Silver kehilangan kawan baiknya yang tertembak kepala sendiri dengan pistol. Juga episod ketika Brandon Walsh berjaya membeli kereta convertible Ford Mustang impiannya setelah penat lelah bekerja di sebuah diner. Jangan lupa pula episod ketika bapa Dylan McKay dilepaskan dari penjara dan kemudiannya mati ketika keretanya meletup.
Memang macam-macam.
Kalau kamu semua sudah lupa, sila lihat klip Youtube di bawah, ya?
Jangan main-main. Mamat poyo ini (David Silver lakonan Brian Austin Green) sekarang teman lelaki si Megan Fox, ala.. perempuan panas gila dari filem ‘Transformers’ tahun lalu.
Popularity: 1% [?]
betul ke Beverly Hills 90210 nak ditayangkan balik?
hari ape bro?
ya.. megan fox memang panas..
Haha I remember Beverly Hills. Grew up watching it. I must’ve been 9 ke 10 yrs old masa tu. Yeah, they’re bringing the show back. Kelly jadi guidance counsellor at her old school, Donna pun coming back to the show, Brenda tak tau lagi.
Ada ‘Bring Brenda Back’ petition online.
aku ada baca tajuk berita beverly hills 90210 akan ada spinoff series this year. jadi re-run merupakan satu strategi pemanas badan kearah menyediakan penonton kepada siri baru ini. memandangkan aku tak berapa minat 90210, jadi aku tak baca detail. berita detail boleh dicungkil dari tvguide.com atau tv.com
amierulez-
aku tak pasti hari apa tapi iklan dah keluar 8tv.
magenta-
yeah they’re bringing the show back but i think 8tv is gonna show the reruns of the original series. woo hoo.
nerdfreak-
90210 is the bomb. dah lah sekarang ada Google Maps boleh tengok lokasi-lokasi sebenar!
luke perrrrrrrrrrrrrrryyyy!!!! hahahhaa
(ingat dak Yusry KRU mula mula dulu depa dok kata dia macam luke perry, dan dan p buat sideburn rambut lagu tuh!)
Aku ingat. Nama diner dimana Brandon bekerja ialah The Peach Pit. Masa aku pergi Universal Studios waktu sekolah rendah, aku tangkap gambar posing maut depan Peach Pit tu. Mungkin aku patut bubuh gambar tu kat Facebook. *ponders
Bring Brenda back!